Alicia melangkahkan kakinya di koridor. Jam ditangannya dilirik, hmmm dah pukul 3. Mungkin kawan ii nya dah dekat dorm sekarang ni. Selalunya, selepas jam pelajaran berakhir, dia langsung pergi ke dorm dengan kawan ii nya. Tapi harini, dia balik lambat sikit sebab baru je dapat maklumat baru terkait misi.
Memang, mereka rehat dari mengerjakan misi. Tapi bagi Alicia, rehat tak rehat sama je macam biasa, dia akan terus memantau pergerakan target dan mencari maklumat baru terkait target. Sebisa mungkin dia mengerjakan tugasnya dengan maksimal
Indra pendengaran Alicia menangkap bunyi sesuatu, seperti bunyi pergerakan yang mengarah padanya. Pendengaran ditajamkan, langkahnya dipelankan. Perlahan-lahan dengan jelas dia dapat merasakan seseorang yang menuju kearahnya
Alicia membalikkan badan, betul perkiraannya. Ada seorang senior yang berdiri tepat didepannya sekarang. Dari posisinya, Alicia dapat tahu yang senior didepan dia ni nak kejutkan dia. Ni Alicia lah, bukan senang nak kejutkan macamtu
"maaf, abang ni siapa?" soal Alicia. Dengan senior kena lah hormat sikit kan
"ah...pandai jugak kau mengelak" ucap senior itu sambil menggaru tengkuk lehernya
Alicia tak memberikan tanggapan apapun. Yelah soalan dia belum dijawab lagi kan? Kena lah tunggu sampai tuan punya badan nak jawab
1 minit, 2 minit... eh?
'yang senior ni duk garuk belakang leher daritadi tu apasal?' detik Alicia. Senior tu tak sadar belakang leher dia yang sebelumnya normal ii je, kini dah bertukar menjadi kemerahan. Mana taknya? Kuku dia Panjang, tak heran lah kalau jap lagi belakang leher dia tu luka
"ehem... maaf, abang ni siapa?" Alicia berdehem kecil sebelum mengulang soalan nya tadi. Tetiba pulak sakit tekak dia
Senior tu sempat lagi melirik ke kiri dan kanan
'adui mak... kita tengah bercakap dengan dia lah ni! Asal pulak tengok kanan kiri ni' detik Alicia geram. Niat awal dia nak balik pergi dorm, mandi dengan air panas habistu kerjakan hw, bolehlah bersembang dengan kawan ii dia. Tapi nampaknya terbatal rencana dia tu, nak tak nak kena lah layan senior innocent satu ni. Harap ii lah boleh cepat ii end perbualan yang takde topik ni
"ah, lupa nak perkenalkan diri. Aris, senior aris. Abang ni form 2" ucap senior aris.
"ok senior aris, sa-"
"cukup panggil abang aris je" tambah senior tu lagi
"fine, abang aris, saya Alicia. Form 1, maaf lah ye, saya nak pergi dorm dulu. Lain kali bila ada masa kita nak bersembang pun boleh. Good afternoon" ucap Alicia tanda mengakhiri perbualan. Memang dia tak selesa lah bila duduk lama ii kat sekolah, lagi bagus kalau dia cepat selesaikan perbincangan lepastu balik dorm
"baiklah kalau macamtu, good afternoon" balas abang aris
-
"akhirnyaaa" ucap Alicia lega selepas masuk kedalam dorm nya
"kenapa ni Alicia?" soal iman
"kejap ii, aku nak pi mandi dulu. Dah busuk badan ni" ucap Alicia. Dia meletakkan bag nya lalu mengambil handuk, pintu bilik air dibuka dan dia pun masuk kedalam.
"weh, dah balik Alicia tu?" soal moon yang nampaknya baru bangun dari tidur sejenak nya
"dah, tengah mandi tu" ucap iman
Moon mengangguk buat beberapa kali. Dia menarik bantalnya dan bersiap mendaratkan kepalanya Kembali
BAM!!!
Terkejut semua orang yang ada di dorm tu. moon yang tadinya hendak tidur resmi membatalkan niatnya. Melanie yang semulanya aman tentram melayan mimpi kini dipaksa bangun. Sedangkan iman sedang sibuk menangkap tablet nya yang terpelanting keatas
![](https://img.wattpad.com/cover/280111954-288-k893106.jpg)
YOU ARE READING
💕LOVE STORY ABOUT: EJEN ALI🎈
FanfictionMATA Academy, tempat ejen muda dipupuk dan dilatih sebaik mungkin. Terletak di sebuah pulau rahasia. Misi mereka adalah melindungi cyberaya dari ancaman musuh. Dan melindungi seorang pemimpin cyberaya, Dato' Othman. Namun bagi sebagian ejen muda, Ac...