Evelyn semakin merapatkan lagi sweater yang ia pakai. Sweater rajut berwarna baby pink itu Nampak sesuai dengannya, dipadukan dengan jeans biru gelap. Tapi penampilan tidaklah penting saat ini. Baru beberapa hari ini, suhu disekitar pegunungan menurun, waktu malam pun terasa lebih sejuk. Semua pelajar diharapkan sedia pakaian hangat dalam dorm, kut ii nanti suhu makin turun pulak kan. Aircond pun dah lama dorang tak pakai, bukak tingkap pun dah dapat rasa angin yang bertiup kencang. Elok lah tu, berkurang jugak tagihan listrik asrama.
Dormmate dia tak berani nak duduk dekat balkoni. Dia sendiri lah yang berani duduk sambil menikmati secawan teh hangat. Sambil merenungkan diri sejenak, hmm nasib baik harini tak gelap. Mika dengan roza tengah tengok movie, entah movie apa evelyn tak tau. Akhir ii ni tengah hot movie dengan genre horror. Behh, dia mana berani nak tengok. Kaira pulak tengah sibuk main game, bising lah sikit sebab dia main sambil terjerit-jerit sekali. Banyak betul perangai
Ditengah suasana yang sedikit bising akibat jeritan kaira itu. Evelyn memandang kosong pada pepohonan ditaman. Taman tu still elok lagi, walaupun sempat ada satu pokok tu nak tumbang, mungkin sebab angin. Bunga ii pun masih elok. Dari atas, dia boleh Nampak beberapa bunga lavender yang diterangi oleh lampu taman. Bangku ii ditaman Nampak kosong, tiada siapa yang mendudukinya.
Teh chamomile diteguk sekali lagi. Wangi bunga dapat tercium apabila cawan didekatkan. Thanks to roza yang inisiatif untuk beli teh macamni hoho, kat café tu mana ada dorang sediakan teh chamomile. Kena lah beli sendiri.
Angin Kembali berhembus, tapi kalini angin yang santai je. bukan angin yang kuat macam badai tu. rambut coklat evelyn berkibar, mengikut arah tujuan angin. Disebalik rambut yang lebat itu, terlihat sepasang anting yang terpasang pada kedua telinga evelyn. Anting berbentuk bunga berkelopak lima, dengan warna silver. Jarang ii ada yang perasan dengan anting dia. Yelah sebab dia tak ikat rambut tu, tergerai macamtu je, tertutup lah anting tu.
Angin berhenti berhembus sebaik sahaja evelyn menukar pandangannya. Matanya mengarah kepada Gedung asrama lelaki. Di asrama itu, tepat di blok ke 2. Salah satu tingkap yang menghubungkan balkon dengan dorm terbuka, terlihat satu susuk tubuh yang tengah berdiri sambil memandang kosong. Entah melamun atau apa. Tapi yang jelas, evelyn tahu itu siapa, walaupun dari kejauhan, evelyn dapat mengenali orang itu. Postur tubuh tegap dengan rambut pacak keatas. Dari sekian banyak pelajar lelaki, dia paling hafal gaya tubuh itu. Berdiri sambil menongkat dagu dan sebelah tangan memegang batas balkon. Itulah chris. Yang makin membuat evelyn yakin ialah style rambut dia yang tak pernah berubah. Baik disekolah, academy, mapun pergi keluar sekalipun. Selalu macamtu, itulah yang membuatkan evelyn hafal.
Nampaknya dia juga sedang menikmati sejuknya angin malam.
Angin Kembali berhembus. Anting silver itu sedikit bersinar setelah diterpa cahaya bintang. Kedua mata masih khusyuk memerhati chris. Cahaya bintang lagi ii membantunya, dapat dengan jelas dirinya melihat wajah chris yang berseri. Tak heranlah kalau mata dia tajam, dia kan ejen neuro. Mestilah terlatih untuk menyiasati keadaan sekitar, termasuk melalui indra penglihatan dia.
Fikirannnya melayang entah kemana. Dalam hatinya, ia berulang kali memuji keelokan rupa dari sang pujaan hati. Bukan hanya rupa nya yang elok, evelyn tau juga bahwa susuk yang didambakannya juga memiliki hati yang lembut. Kalau biasanya ejen kombat lebih terlihat sebagai ejen yang kuat dan tidak memberi ampun pada musuhnya, evelyn lebih melihat chris sebagai seorang ejen yang kuat fisiknya, namun lembut hatinya. Pfft, ala dia melebih je tu. iman lagi baik hati dari chris yang suka menyakat orang tu. ala dengan crush kan.
Evelyn semakin sibuk dengan angannya. Suara mika yang tengah gaduh dengan kaira langsung tak di dengarnya. Yang dia dengar hanyalah suara angin yang semakin membawanya ke alam miliknya sendiri. Cangkir didekatkan pada mulutnya, meneguk sisa teh yang telah dingin. Nasib baik takde habuk masuk dalam teh tu.

YOU ARE READING
💕LOVE STORY ABOUT: EJEN ALI🎈
FanfictionMATA Academy, tempat ejen muda dipupuk dan dilatih sebaik mungkin. Terletak di sebuah pulau rahasia. Misi mereka adalah melindungi cyberaya dari ancaman musuh. Dan melindungi seorang pemimpin cyberaya, Dato' Othman. Namun bagi sebagian ejen muda, Ac...