SEPASANG mata berwarna amber milik Diandrea merenung wajah Adib yang megenggam kedua belah jari jemarinya. Adib mencium tangan Diandrea dan tersenyum memandang gadis itu.
Sungguh, Adib memang cintakan Diandrea. Sangat sangat mencintai gadis itu dan rasa cintanya tak terhingga dan tak berkurang sedikit pun. Malah, ianya bertambah saban hari. Perasaan untuk memiliki Diandrea sangat besar padanya.
" I sayangkan you, Dian" Ucapnya. Diandrea tersenyum bahagia mendengar ungkapan yang keluar dari bibir lelaki kesayangannya itu.
Adib Dahlan, jejaka yang aku kenal di sebuah pameran seni. Lelaki yang aku sangat idamkan masih lagi berusia 32 tahun dan sudah mempunyai isteri. Sudah lama aku memerhati Adib Dahlan dan cuba untuk membuatkan jejaka itu jatuh cinta padaku.
Aku mempamer senyuman paling indah, sebelum menyandarkan kepala di bahunya. Kami sama sama menatap tasik yang terbentang luas bersama matahari yang mulai terbenam.
" I pun sayangkan you, sangat-sangat" Balasku lembut.
Adib melentokkan kepalanya di atas kepalaku umpama pasangan yang sudah berumah tangga. Tanganku digenggamnya erat.
Begitu indah bagi Diandrea perasaan ini. Sebanyak mana lelaki yang dia pernah keluar bersama, mereka tak sebaik Adib. Adib menghormatinya dan tak pernah sekalipun mengajak untuk berhubungan intim seperti lelaki lain. Adib juga pandai menyembunyikan hubungan mereka dari pengetahuan isterinya. Lihatlah, sudah hampir 2 tahun kami bersama dan tiada konflik berlaku lagi.
Dan Adib sangat menepati setiap citarasa dan material teman lelaki yang aku inginkan sedari dulu lagi.
Kaya, mempunyai isteri dan kacak. Masih muda lagi.
Cukup lama mereka berdua menatap matahari yang kian terbenam itu. Adib memandang Diandrea melalui ekor matanya sambil tersenyum nipis. Genggaman tangan semakin dieratkan umpama cinta mereka yang utuh.
Kau boleh, Adib. Kau boleh! Beritahu sahaja apa yang kau mahu Dian tahu.
Adib meneguk air liur sedikit. Dia membetulkan duduknya, sambil tangan kiri mengeluarkan sesuatu dari poket kemeja.
" I nak beritahu you sesuatu, baby" Kata Adib agak gemuruh.
Diandrea memandang wajah Adib dengan senyuman di wajah. Begitu indah senyuman gadis ini yang boleh membuatkan aku terleka.
Adib mengambil nafas, sebelum meluahkan kata kata.
" I nak jadikan you isteri I" Lancar kata kata itu keluar dari mulut Adib. Dia mengeluarkan sekotak cincin berwarna putih lalu dibuka. Sebentuk cincin berlian yang cantik berkilauan dan terlihat sangat mahal.
Tersentak Diandrea bagai tak percaya.
Adib.. Dia melamar aku?
Like, dia nak jadikan aku sebagai isteri!
Diandrea masih lagi terdiam, tak mampu berkata kata. Cincin tersebut dipandang sekilas, sebelum matanya menatap mata Adib Dahlan.
Sungguh, macam tak percaya!
" You tak sudi ke?" Adib menyoal memandngkan Diandria tidk memberi kata setuju atau tidak.
Diandr3
ra tersenyum menandaka" I.. I tak tahu nak cakap apa. Speechless" Benar, dia rasa sangat speechless sekarang. Tak mampu nak berkata apa apa.
Dia nak kau jadi isterinya dan dia sendiri melamar kau, Dian!. Selama mana kau jadi seorang perampas, kau tak pernah dilamar lelaki yang ingin dan benar benar mahu menjadikan kau isterinya.
Adib, dia sangat berbeza.
" Tak apa, sayang. Take your time as long as you want. Bila you dah ada jawapan, you boleh beritahu I. Dan cincin ni you boleh simpan" Adib menolak kotak cincin ke dalam genggaman aku.