"Splash!"
Segelas air strawberi yang belum diminum disimbah ke wajahku. Sarkastik, aku terus bangun dari duduk lalu melihat gaun berwarna putih suci sudah basah dengan minuman berwarna merah itu. Serta merta aku memandang figura yang berdiri tegak dihadapan aku dan Datuk Atlan dengan tajam.
Datin Aminah.
" What are you doing!" Diandrea memandang Datin Aminah yang sudah mengetap gigi. Dia mengundur ke belakang Datuk Atlan, lelaki yang tua 30 tahun darinya sebagai perlindungan kerana dia sudah serik ditampar.
Datuk Atlan memegang lenganku, lalu menarikku jauh dari Datin Amirah. Amarah Datin Amirah memang sangat dirasainya dan situasi sangat ketat dan tegang ketika ini. Wajah Datin Aminah sudah berkerut dengan amarah.
Seumur hidup aku sebagai seorang perempuan perampas, memang tak lali disimbah air. Setiap kali aku disimbah air ianya bermakna hubungan kami akan putus kerana telah pun diketahui isteri mereka.
" Apa you buat kat sini Aminah?" Soal
Datuk Atlan.Datin Aminah mempamer senyuman sinis.
" Apa I buat? Apa you buat kat sini, dengan perempuan perampas ni?"
Perempuan perampas? Betul, tiada yang salah. Aku tak nafikan yang aku memang perampas.
" Tutup mulut you tu! " Arah Datuk Atlan.
Datin Aminah ketawa kecil. Aku masih berdiri di belakang Datuk Atlan kerana hanya dia yang mampu melindungi aku daripada datin gila ni.
" Kenapa? You takut perempuan ni sakit hati ke?" Soal Datin Aminah, namun soalannya tak diendahkan.
Datuk Atlan hanya fokus pada Diandrea sahaja. Hanya Diandrea yang mampu menyejukkan hatinya dan dia mahu menjaga hati Diandrea supaya gadis itu tak melangkah pergi dari hidupnya.
" Sayang, don't take seriously apa yang dia kata tu ok? Jangan ambil hati tau?" Aku angguk dan memegang tangan kanannya umpama menyedapkan hati lelaki tua itu.
" Apa yang ada pada Atlan sampai you nak dia sangat hah? Atau you nak harta dia? Duit dia? You tak penat ke jadi pihak ketiga?"
" I say, shut up! Diam!" Tengking Datuk Atlan pada Datin Aminah.
Aku sembunyikan senyuman kegembiraanku dalam hati. Gembira melihat rumah tangga yang bergolak di depan mata ni.
" Dasar perempuan tak guna. Terhegeh hegeh dekat suami I . I benci tengok muka you lah, hipokrit! " Kata Datin Aminah geram. Tengkingan Datuk Atlan tadi langsung tak dipedulikan malah Datin Aminah mencari modal untuk menyakitkan hati Diandrea
Terhegeh hegeh? Huh, aku Diandrea, si gadis perampas bermulut longkang tak pernah sekalipun terhegeh hegeh pun dekat lelaki. Not even once. Well, aku still ada maruah. Kalau aku tak nak, means aku dah tak nak. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Kalau diorang nak, aku lagi tak ingin. Buang masa aku je date dengan orang tua tu.
Telefon Datuk Atlan berdering ketika situasi genting ini. Tanpa dia, tiadalah benteng pertahanan untukku. Terpaksalah aku melindungi diri sendirian.
" I nak jawab call penting ni, sayang" Ujar Datuk Atlan padaku. Datin Aminah hanya menjadi pemerhati.
Aku angguk dan membiarkan Datuk Atlan pergi ke ruang belakang setelah melihat nama contact pada paparan skrin telefon Datuk Atlan. Panggilan perniagaan yang sangat penting untuk lelaki yang berusia 56 tahun itu.
Mataku memandang Datin Aminah. Wanita yang berusia lingkungan awal 50 tahun, lebih tua dariku. Matanya mencerlung memandangku yang sedang tersenyum sinis. Sangat sinis.