2

569 39 0
                                    

CINCIN berlian di dalam kotak putih Tiffany&co dilihat dengan senyuman yang melebar di bibir merah merekahnya. Tangan runcingnya menyarung cincin emas bertatah berlian yang sangat bernilai itu.

Dia tak sabar mahu bergelar Mrs Adib. Dia tak sabar mahu berkongsi cinta dengan Adib, jejaka yang dia sangat cintai. Dan semua itu akan berlaku tak lama lagi. Dan perkara itu akan menjadi perkara paling indah yang berlaku dalam hidup.

" Cantik!" Desis Diandrea perlahan.
Pilihan Adib memang tak pernah menyebalkan hatinya.

Bila difikirkan balik..jika kami akan berkahwin, bagaimana aku mahu mengambil hati Puan Syukriah? Sudahlah aku pernah menjalin hubungan cinta dengan Tuan Mohsein, suami rakan baiknya iaitu Puan Qasrina. Hesy, susah betullah.

Diandrea menggaru kepala yang tidak gatal sambil menatap cincin yang masih berada di jari manisnya.

Tapi jikalau Puan Syukriah tak terima dan restu kami, aku tak kisah. Aku boleh berkahwin dengannya di negara lain. Thailand, Aussie dan Turki boleh sambut ketibaan aku dan Adib. Restu? Jika dia tak merestui hubungan kami, aku takkan terhegeh hegeh untuk buat Puan Syukriah ubah fikiran. Setakat restu je, I don't even need that.

Ya, kau tak perlukan restu untuk berkahwin dengan sesiapa pun yang kau mahu. Ini hidup kau, dan ini cara kau.

Cincin yang berada di jari manis dicabut dan diletakkan kembali di dalam kotak Tiffany&co. Kotak tersebut disimpan di dalam laci barang kemas dengan rapi.

Cincin tu umpama nyawanya. Tersangatlah berharga baginya.

Usai kemudian, Diandrea bersandar di kepala katil dan menatap siling yang kosong. Dia tersenyum nipis mengenang setiap peristiwa indah yang berlaku antaranya dan Adib. Sambil itu perlahan lahan dia menutip mata dan cuba untuk melelapkan diri memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 11:30 malam.

Sudah benar terlewat dari waktu tidurnya. Rutin hariannya tidur sebelum pukul sepuluh, tapi sekarang sudah lewat satu setengah jam.

" Don't leave me, Naim! "

" Lepaskan aku! "

" Please, I beg to you Naim. I'll do everything for you"

" Lepaskan aku lah perempuan! Jangan sentuh aku!"

" Don't go with her. Remember you daughter, Dian. She loves you, and I love you too. "

" Cinta kau dah tak berguna untuk aku lah! "

" Naim!"

" Ayah!"

Terbuka mata Diandrea secara mengejut. Dia bangun dari tidur sekejapnya. Mimpi indahnya bertukar menjadi ingatan tragis yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

Dia mengelap sisa air mata yang berada di tubir mata. Air mata yang keluar sendiri tanpa apa apa rasa sedih dalam hatinya. Sedikitpun, dia tak merasa sedih. Entah bagaimana air mata itu boleh keluar sedangkan hatinya tak merasa sebak apapun?

Peristiwa lalu membelenggu ingatanya kembali. Peristiwa yang dia cuba lupakan tapi semua itu mustahil untuk dia lakukan. Kisah keluarga kecilnya yang musnah angkara perempuan simpanan bapa sendiri.

Diandrea mengambil nafas sebelum menghelanya perlahan. Kalaulah memori lama boleh hilang semudah helaan nafas yang keluar, pasti hidupnya tak dihantui dengan dendam yang kekal.

Kepala digeleng kepala beberapa kali sebelum dia mengusap wajah mulusnya.

" You just had your own revenge , Dian. Kau dah dapat apa yang kau mahukan dan hasrat kau dah tercapai.."

" Dan sekarang, hanya bahagia untuk kau dan Adib. Tiada yang lain"

Tapi mengapa hatinya rasa berat tiba tiba? Dia sangat yakin Adib Dahlan satu satunya lelaki untuknya. Dia tak kisah berkongsi pun, yang dia mahu hanya cinta dari Adib Dahlan.

Wedding AgreementWhere stories live. Discover now