Seminggu kemudian,
Aku terdiam memerhati kebesaran lapangan terbang di Kota Kabira ini. Baru pertama kali aku jejak kan kaki ku ke negeri ini.
Tidak pernah lagi aku melihat lapangan terbang di hadapan mata. Langkah orang tuaku hanya aku ikuti sambil mata ini nakal memerhati setiap pelusuk dan sudut dalam lapangan terbang. Ramai sekali manusia yang berada di sini. Masing-masing dari berbagai agama sibuk menguruskan tiket penerbangan serta menunggu di slot-slot tertentu. Ada juga sebuah lif berkaca di tengah-tengah lapangan. Boleh menampakkan manusia sedang turun naik dari tingkat atas ke bawah. Sangat moden dan menjakunkan diri aku yang masih baru dalam suasana begini.
Beginikah Ayah aku dulu? dia hari-hari ulang alik ke lapangan terbang bukan? Wah untungnya zaman muda ayah. Wajah Tuan Hamsyari dipandang. Ayah sedang berbual di hadapanku bersama Ibuku, Puan Aeesya.
Kami menuju ke kaunter pendaftaran untuk check-in. Kami datang 3 jam lebih awal dari waktu penerbangan kerana kaunter biasanya akan dibuka awal. Jadi mungkin masa menunggu kami nanti agak lama di sini. Setelah melihat ayah dan ibu sedang menguruskan urusan pendaftaran, aku memandang ke arah seorang lelaki tinggi yang memakai topi hitam berada di belakang kami. Dia hanya menunduk bermain telefon. Aku kurang jelas melihat wajahnya.
Kemudiannya, ayah dan ibu terus mengajakku ke tempat pemeriksaan keselamatan. Di mana di sini kami meletakkan bag-bag kami untuk proses pemeriksaan supaya tiada barang terlarang yang dibawa. Ayahku sudah berpesan lebih awal tentang ini, awal-awal juga aku sudah mengeluarkan peralatan logam lalu dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan. Aku pusing ke belakang lagi, dan lelaki yang sama masih berada di belakang kami. Aku abaikannya kemudian terus menuju ke arah ibu bapaku yang sudah agak jauh dari aku. Ini semua sebab aku banyak sangat bawa barangan yang berunsurkan logam.
Selepas hal itu selesai, aku kemudiannya melihat ayah dan ibu sedang duduk di tempat menunggu. Mereka masih berbual sesama sendiri. Manakala aku hanya menjadi pendengar dan mengambil tempat duduk di belakang mereka. Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar lalu aplikasi chat mula dibuka. Nampaknya Adel tidak berhenti-henti spam aku dari semalam untuk suruh mengambil gambar ketika berlepas ke Sweze. Haih lah Adel.
Ketika sedang khusyuk membalas mesej Adel, aku sedar akan kehadiran seseorang di sebaris tempat aku duduk. Lelaki yang sama tadi, duduk selang dua kerusi dengan aku. Dia bersandar lalu menutup mukanya dengan topi ketika mendongak memandang siling atas, dan kadang kala bermain telefon untuk membetulkan urat saraf.
Bila diteliti semula...
Aku macam pernah lihat lelaki ini.
Lama aku memandangnya, sehinggalah dia turut memandangku. Tersentak aku dibuatnya apabila aku mengenali wajah itu. Ini bukan ke Iskandar? abang jual kuih yang jumpa aku dalam hujan?
Iskandar turut terdiam melihat wajah yang dikenalinya itu. Arsalan?
Tidak sangka pula gadis itu ada di sini.Aku memandang hadapan semula. Diri ini sentiasa tidak berani untuk menegur dia. Walaupun otak kata mahu. Tapi hati menolak sekeras-kerasnya. Maka aku batalkan semula niat untuk menegurnya.
Niyaz Iskandar mendepankan badannya untuk melihat wajah perempuan di tepinya itu dengan jelas. Betullah apa yang dia lihat sekarang, memang Arsalan. Manusia misteri yang dia lihat di taman. Arsalan seperti tidak mahu menegurnya. Mungkin kerana segan. Iskandar kemudiannya kembali bersandar dan sempat menjeling seketika gadis itu. Dia tersenyum dalam diam.
___________
Tak. Ini bukan jodoh. Tapi takdir sementara. Ya aku percaya. Ini hanyalah takdir.
Betapa terkejutnya aku apabila melihat lelaki yang sama itu rupa-rupanya duduk di dalam kapal terbang ini bersebelahan dengan aku sahaja. Manakala ibu dan ayah di hadapan aku, dapat duduk berdua. Ini tidak adil!
YOU ARE READING
STEP
ActionAku selalu memikirkan sama ada benar kah ada puak lain yang wujud di dalam dunia ini selain daripada manusia biasa? Tetapi ayahku pernah bercerita bahawa ada seorang pengawal keselamatan pernah memberitahunya mengenai.. "wujud je mereka yang meranta...