84

60 4 4
                                    

Apakah waktu yang paling selalu orang buat homework? Mestilah waktu prep kan. Untuk yang tak tahu waktu prep ni sebenarnya macam self-study sesion. Waktu tu kau sendiri akan buat keputusan kau nak belajar ke, kau nak siapkan homework ke, kau nak melukis ke, kau nak main phone ikut suka hati kaulah. Jadi dekat sini aku nak kongsikan pengalaman aku jumpa pelbagai orang masa waktu prep sebab aku nak mengenang kenangan lama.


THE SHUSSSHHH ONE

Aku sangat pasti dekat setiap sekolah yang ada kat muka bumi ni ada manusia macam ni. Tujuan dia nak senyapkan semua orang yang ada dalam kelas tu dengan kuasa mulut dia mengeluarkan bunyi shusssh. Little did he/she know that it doesn't even work. Sebab orang bertambah annoying dan kau hanya membazir air liur, nafas dan kau menambah haters kau.


THE TEKUN ONE

Budak yang ini semestinyalah menggunakan masa prep yang berguna tu dengan benda berfaedah. Alah study, siapkan semua homework productive person. Setahu aku semua orang akan bertukar jadi spesies macam ni bila ada homework yang kena hantar esok pagi.


THE GROUP ASSIGNMENT ONE

Bila cikgu dah bahagikan kau buat kerja group dan campur lelaki dan perempuan. Waktu prep je yang kau ada untuk discuss masa dekat asrama dah tak boleh dah. Jadi use time wisely.


THE TIDUR ONE

No description. As sleepy as it sound. Masuk kelas, letak beg, letak kepala atas meja. Tidur. Bangun-bangun je kau dah sampai asrama. Macamana kaki kau jalan pun kau tak tahu. Well aku dah experience benda ni dan trust me aku tak tahu macamana kaki aku boleh bawa aku sampai katil dekat bilik.


THE CHATTER ONE

Yang ni musuh ketat, sendat, padat bagi the shussh one. Diorang ni antara haters terbesar the shussh one. Yelah kau tengah cakap tetiba orang shussh kan kau. Tak ke minta pelempang. Diorang ni akan bersembang pasal-pasal apa-apa topik hangat yang ada tak kesah lah kat media ke, gosip mak cik cleaner basuh longkang ke. Yang lagi teruk gosip pasal kawan sendiri. Astaghfirullahalazim.


THE GADGET ONE

When I say gadget, yes. All type of gadget. Ada yang main game kat laptop, baca manga kat laptop sambil dengar night core, game kat tablet atau phone. Any type of gadget. Tapi kalau nak jadi this type ada banyak risiko juga. Lagi-lagi mata kau kena jadi tiga sebab bila-bila masa je warden boleh ada dekat belakang kau. So siapa nak jadi macam ni goodluck.


THE LAGU ONE

Simple. Telinga dia asyik ada earphone je. Kalau tak dengar lagu mungkin dengar ayat Quran Alhamdulillah. Sambil-sambil mendengar tu multitasking lah sikit. Telinga mendengar, tangan menulis jawapan, mata melihat dan otak memaham.Bagus orang macam ni sebenarnya sebab pendengaran dia tertutup jadi dia ada dalam dunia dia je. Tak kacau orang, tak bising. Aman je.


THE NOVEL ONE

Yang ni biasanya lepas habis siapkan homework keluarlah novel cerita cinta 300 mukasurat tebal untuk dibaca dari beg dia. Jadi dia akan khayal dalam dunia novel. Ada ribut datang pun belum tentu dia sedar.


THE CLASS CLEANER ONE

Ok untuk yang ni orangnya pembersih. Sangat menitikberatkan kebersihan. Aku suka orang macam ni. Sebelum dia mula buat homework dia akan pastikan lantai tu bersih berkilat sekali.  Jadi untuk tanda appreciation marilah kita sama-sama cakap terima kasih dekat dia. TERIMA KASIH AWAK!


THE CLASS TRAVELER

Budak ni ade yang disukai dan ada yang dibenci. Biasanya orangnya peramah, suka tegur menegur. Rapat dengan semua orang dalam batch. Tapi kadang-kadang bising tak bertempat. Dahlah buat bising dekat kelas orang pula tu. Ada juga jenis class traveler yang berhijrah sebab dia tak ada kawan rapat dekat kelas dia dan best friend forever dia dekat kelas sebelah. Sebab tu dia berhijrah. Takpalah kesian dekat dia.




ok sampai sini je aku listkan. Kalau nak part 2 bagitahu sebab ada macam-macam lagi ragam manusia kat dunia ni. Anyways jangan lupa siapkan homework dekat rumah sebab aku tak siap lagi.

Fakta Kehidupan Budak MRSM (Completed)Where stories live. Discover now