Pernah tak waktu hari minggu tu korang tengah bosan-bosan baring atas katil sebab takde kerja lepastu kawan kau ajak nak prank call someone tapi tak tahu siapa?
"Kita nak prank siapa ni?"
"Budak lelaki nak?"
"Tak payahlah nanti diorang kata menggatal,"
"Budak perempuan?"
"Lagi tak boleh nanti diorang perasan suara,"
Kawan kau yang tak bercakap dari tadi pun dengan bersahaja dail nombor entah apa-apa.
"Wei kau dail nombor sapa tu?"
"Entah aku main teka...WEH DIA ANGKAT!!!"
terus dia pas kat telinga kau. Kau tak tau nak buat apa sebab kawan kau bagi secara tiba-tiba.
"Hello, amoi ah siapa ni?"
Kau pun jadi gelabah dengan kawan kau.
"Err..errr....you're refridgerator is on fire,"
Kawan kau pun dah tergelak macam nak mati supaya tak buat bising😂
YOU ARE READING
Fakta Kehidupan Budak MRSM (Completed)
De Todo[ON GOING] Korang pernah terfikir apa yang budak-budak MRSM ni selalu buat? Kepada yang duduk smk tu, anda sangat bertuah. Janganlah nak berangan sangat nak masuk MRSM sebab budak mrsm tak semestinya perfect. Kepada yang berada di sekolah rendah, s...