86

46 2 0
                                    

Kali ini aku/saya. (tak kesahlah) nak menerangkan tentang gelagat manusia bernama roommate ni kepada sesiapa yang baru nak masuk asrama nanti.


Suka menyinggah bilik orang

Manusia macam ni selalunya memang tak wujud dalam bilik sendiri. Kalau nak cari dia pergilah dekat bilik best friend dia mesti jumpa punya. Biasanya diorang akan berkurun dekat situ sampailah esok pagi. Mereka ni hanya masuk bilik untuk tukar baju dengan bersihkan bilik je.


Kurang pendidikan kebersihan (pengotor)

Hati-hati kalau dapat roommate macam ni. Lagi-lagi kalau kau jenis pembersih dan tak suka bau busuk dalam bilik. Kena latih diri untuk tingkatkan nilai kesabaran yang tinggi sebab orang macam ni sebenarnya kadang diorang x perasan yang apa yang diorang buat tu kotor ataupun buatkan korang tak selesa sebab mungkin dia dah terbiasa macam tu kat rumah dia. Apa yang kau kena buat sebagai roommate ialah tegur. Tegur, tegur dan jangan berhenti menegur sampailah kau rasa macam tahap kebersihan dia ni dah ok. Bak kata aku tak tahu siapa perempuan lawa ni bukan semua pembersih. Hati-hati. *bukan semua perempuan lawa pengotor ini hanyalah saya nak menunjukkan bahawa dont judge a book by its cover.


Bawak geng dalam bilik

Dia ni bestfriend lah dengan yang suka menyinggah bilik orang ni kan. Kalau menyinggah biasa-biasa tak apa lah jugak. Ni kalau melepak lagi buat bising lagi tak ke kacau ketenteraman orang tu. Jadi kalau kau jenis suka ajak kawan lepak bilik kau janganlah sampai bising sangat roommate kau pun nak tido. Apa kata kau lepak tempat lain jugak.


Homebody

Kalangan orang macam ni ialah bagi aku mesti dia enjoy je pkp sebab dapat duduk rumah dia sorang-sorang. (not me exposing myself) Dia akan terperap dalam bilik je hari minggu. Tak terfikir pun dalam otak dia nak menyinggh bilik kawan ke apa. Lagipun dia lagi suka spend time dengan diri dia sendiri. Jangan risau. Dia ada kawan cuma dia lagi prefer stay dalam bilik sampailah hari berakhir.


Lebih pendidikan kebersihan (pembersih)

Yang ini kalau kita ada orang pengotor mesti kita ada orang pembersih. Orang pembersih ni memang aku tabik. Sebab dialah yang dorong aku jadi pembersih jugak. (terima kasih roommate kalau kau baca ni. hehe) Diorang ni cerewet sikit dalam bilik sendiri. Kalau kau lalu loker dia kan mesti semua benda tersusun siap ada compartmen untuk setiap benda lagi. Yang paling cerewet mesti pasal kasut dan selipar kat luar bilik. mesti tersusun. Yang dah tak nak pakai kena terus letak dekat rak kasut sebelum masuk bilik kalau tak mesti kau dapat bebelan percuma je haritu. Tapi macam aku cakap terima kasih kerana menegur.


Bawak banyak gila makanan

Ini aku tak tahulah. Makanan yang dia bawak sampai satu kotak. Macam-macam ada. Maggi ada, biskut, choclate, keropok. Tu belum masuk air kotak yang dia bawak. Kalau dia jenis pemurah tak apalah juga boleh kau minta makanan sikit kalau lapar. Tapi kalau dia jenis kedekut nasib kau lah. HAAHAHHHHAHAHHAHA.


Apa-apa pun. Ini adalah kemungkinan besar orang yang kau akan jumpa bila kau masuk dunia asrama ni. Macam aku cakap dalam bab sebelum ni. Duduk asrama ke, sekolah biasa ke kau kena ada sifat toleransi. Lagi-lagi duduk asrama ni bukan kau sorang je macam kat rumah. Kalau roommate kau ada buat salah atau buat kau tak selesa, tegur dia. Maybe dia tak tahu. Dan kau pun janganlah kerasa kepala sangat. Kalau ada orang tegur terima teguran dengan hati terbuka. Barulah boleh hidup aman dan harmoni. HOHOHO.

sekian sahaja coretan kebosanan aku..... tata

Fakta Kehidupan Budak MRSM (Completed)Where stories live. Discover now