Bab 14

49 8 2
                                    

Bunyi dentuman yang kuat dari luar rumah menyentak Johan dari tidurnya. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Selimut tebal dialihkan dari menyelimuti badannya dan pintu bilik dibuka.

Kelihatan Hazriel dan Aizat serta Adrian menyedari akan bunyi tersebut. Mereka berempat memandang satu sama lain.

"Darwish mana?" Soal Johan.

Mereka berempat bergegas ke bilik Darwish. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan Darwish sedang menjenguk ke luar tingkap biliknya. Nampaknya semua sedar akan bunyi dentuman yang kuat itu.

Buk!

Bunyi kuat itu datang dari atas. Baru mereka sedar, seorang daripada mereka tiada bersama. Kelima-lima lelaki itu laju mendaki anak tangga dan Darwish memulas tombol pintu bilik Yasmin.

Pintu dibuka dan hanya kosong.

Tiada Yasmin kelihatan.

Mereka memeriksa setiap ruang di dalam bilik serta bilik air tetapi masih tiada.

"Yasmin!!" Nama Yasmin dilaung kuat untuk menarik perhatian.

Perasaan risau mula timbul. Kemudian mata Darwish terpandang ke arah balcony di bilik Yasmin yang sedikit terbuka.

'Pelik... Selalunya Yasmin mesti tutup pintu balcony ni..."

Darwish membuka pintu itu luas dan memeriksa bahagian itu. Dia memandang ke bawah dan ternampak satu kain yang agak kecil berwarna putih dibiarkan dia atas lantai.

Darwish mencapai kain itu dan terdapat satu tompokan seperti cecair dan baunya menyengat menusuk ke hidung Darwish menyebabkan dia segera menutup hidungnya.

"Boys, look at this" katanya lalu menghulur kain putih yang dijumpainya.

Adrian mencapai kain itu dan menghidunya sedikit.

Berkerut dahinya apabila dia merasakan bau itu sangat familiar baginya. Seperti cecair yang telah dia pelajari sewaktu di dalam makmal.

Kemudian dia memandang yang lain yang sedang menanti jawapan darinya.

"Apa tu ian?" Soal Aizat.

"I-ini bau ubat tidur...." Jawabnya ringkas.

Persoalan bermain di minda mereka. Kenapa benda ni ada dalam bilik Yasmin? Yasmin cuba nak bunuh diri kah? Tak mungkin.

Telefon Adrian berdering.

Membuntang mata Adrian melihat nama yang tertera. Dia mengangkat panggilan.

"Hey old friend. Had a sweet dream?" Ujar Khairul dengan nada sinis.

"What do you want fucker?"

Khairul tertawa jahat.

"Why you sound so mad my friend? Chill. How's your night? Did you enjoy your dream?" Tanya Khairul lagi.

Adrian seperti memahami mengapa Khairul menelefonnya.

"Kau yang ambil Yasmin?!"

"Wow you just realized that?"

"Stop playing with me you fckery fuck!"

"Yes. Adik kesayangan korang ada dengan aku. Cantik juga adik korang ni kan?... Apa kata kalau korang bagi aku try adik kesayangan korang ni?"

Adrian mencengkam phonenya kuat.

"Kau jangan sentuh dia dengan tangan kotor kau!" Jerit Adrian membuatkan yang lain mengerti apa yang terjadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Bond That You Break (Ongoing)Where stories live. Discover now