Bab 6

39 8 3
                                    

3 minggu selepas kejadian

Aroma yang memikat menangkap hidup penghuni yang berada di rumah. Johan yang memakai apron pinknya dengan rambut panjangnya diikat sedang memasak makanan untuk tengahari. Dengan lengan baju dilipat menampakkan urat lengannya yang memang digilai wanita.

Darwish yang baru turun dari biliknya berjalan ke dapur. Seperti biasa, ada sahaja benda yang nak disakatnya lebih lebih lagi dengan Johan. Perlahan-lahan kedua tanggannya melingkari pinggang ramping Johan. Johan bagaikan sudah biasa dengan usikan Darwish itu hanya membiarkan.

"Sayang masak apa harini sayang?" Tanya Darwish dengan suara yang manja.

"Alahai awak ni, awak buta ke? Tak nampak saya tengah gaul sambal ni?"

Jawab Johan yang hanya membalas usikan Darwish.

"Cantiklah sayang saya ni. Ni yang buat abang geram ni, nak gigit je"

Darwish merehatkan kepala di atas bahu kanan Johan.

"Sedapnya baring atas bahu orang kan?" Darwish mengangguk.

"Apa kata harini kita tukar menu. Sayang masak kari kepala manusia pun ok juga kan?"

Darwish mengangkat kepalanya lalu memandang Johan pelik.

"Kepala siapa kau nak masak? Kau biar betul"

Johan ketawa.

"Betullah. Aku masak kepala kau, barulah aman sikit hidup aku"

Darwish mencebik.

"Eleh, nak gurau-gurau pun tak oyeh. Cium kang baru tahu"

Darwish melepaskan pelukannya dari pinggang Johan.

"Aku rasa kau ni dah terlalu lama sangat single. Better kau pergi cari girlfriend cepat, takut melarat sampai ke mampus tak ke aku yang susah?"

Johan berkata sambil mematikan api kemudian mencedok kuah sambal yang sudah dimasak ke dalam sebuah mangkuk.

"Taknak aku. Saya kan setia dengan wife saya yang sorang ni" Usik Darwish sambil jarinya mengusap pipi licin Johan.

"Kalau kau rasa hidup kau dah tak bermakna, kau try lah buat macam tu lagi. Memang auto ke kerajaan langit lah citernya" Tangan Darwish ditepis dari muka Johan.

Darwish menarik kerusi meja makan sambil menjerit memanggil Aizat, Hazriel dan Yasmin.

"Anak-anak!! Turun makan!!" Jerit Darwish. Sudu besi yang dipegang oleh Johan digunakan untuk mengetuk kepala Darwish.

"Sakitlah sayang" kata Darwish lagi.

"Haa tau pun sakit. Pergi naik tolong angkat Aizat turun" Kata Johan yang tak ubah seperti mak-mak membebel.
Sebab itulah Darwish suka menyakat Johan.

"Eish yelah-yelah" Darwish menyerah kalah dan bangun semula dari tempat duduknya lalu menaiki tangga. Johan hanya mampu menggeleng kepala barangkali makin penat perangai Darwish yang mengada. Yelah siapa suruh single lama sangat. (Kau yang tgh baca ni pun sama je. Takyah nak geleng-geleng sangat eh)

Bunyi tapak kaki menuruni anak tangga menangkap telinga Johan. Darwish dan Hazriel sedang memapah Aizat yang masih lagi dalam fasa memulihkan luka daripada peristiwa hari itu. Manakala Yasmin mengekori mereka dari belakang.

Yasmin membantu menarik kerusi meja makan untuk Aizat duduk. Johan menyenduk nasi putih ke atas pinggan masing-masing. (Husband material betul). Selepas bacaan doa dibaca oleh Hazriel, mereka pun menjamu selera.

"Zat, kau tu jangan makan yang gatal-gatal. Nanti kang effect kat luka kau tu susah pula" kata Darwish. Aizat mengangguk. Tak sangka yang kawan-kawannya sangat prihatin terhadap dirinya. Manalah tak risau, kawan baik mereka sejak kecil dalam kesakitan, takkan nak happy pula.

The Bond That You Break (Ongoing)Where stories live. Discover now