Chapter 5🔐

160 7 1
                                    

Hari ini di universiti Alissa terdapat ceramah tentang psikologi. Alissa serta dua orang rakannya mengikuti ceramah tersebut kerana mereka bertiga memang berminat dengan psikologi semua ni.

Tengku Adlina juga berada di situ. Tengku Adlina ialah seorang wanita yang sering memberikan derma kepada universiti. Universiti ini merupakan salah satu universiti yang sering ditaja oleh cawangan syarikat yang diuruskan beliau. Beliau juga rajin membantu universiti jika universiti ada membuat apa apa program amal. Alissa sangat menggagumi Tengku Adlina.

Sedang dia menuggu ceramah itu bermula, dia terasa ada sepasang mata yang memerhati nya. "Looking for me huh?" tiba tiba suara garau yang memang dia kenali berbisik di telinganya. Meremang bulu romanya!

Alissa tidak memandangnya malah hanya menjulingkan matanya ke atas. 'perasan betul mamat poyo ni' dia berbisik sendiri.

   " I heard that little girl" jawab Tengku Adam Mikael sambil berjalan menuju ke pentas ceramah lalu menempatkan dirinya di sebelah Tengku Adlina. Kemudian dia menghadiahkan senyuman sinisnya itu.

Kemudian, Alissa terdengar para gadis yang gelak tergedik gedik selepas Tengku Adam Mikael menyengitkan matanya kepada gadis gadis itu. Alissa hanya buat muka menyampah.

Setelah penceramah sampai, pengerusi majlis menjemput Tengku Adlina untuk memberikan ucapan sebelum ceramah dimulakan.

"Harini anak lelaki sulung saya ada menemani saya. Mungkin ada yang kenal mungkin juga tiada. Tidak mengapa saya akan kenalkan sekali lagi. Ni anak lelaki saya, Tengku Adam Mikael currently taking over our business company.Oh and single lagi." gelak Tengku Adlina.

   Apa lagi makin menggila la semua perempuan bila dapat tahu lelaki pujaan mereka tidak berpunya. Tetapi Lelaki itu hanya beriak biasa.Dia langsung tidak mengendahkan tepukan dan jerikan oleh para mahasiswi universiti disitu.

Alissa hanya terkebil kebil mendengar kenyataan tersebut. "Wei sejak bila Mika, i mean Tengku Adam Mikael tu anak Tengku Adlina?" dia bertanya kepada dua orang kawan nya itu.

"Apa punya soalan kau ni? Kau main main ke serious ni?" tanya Ezzati. "Betul betul lah ni" balas Alissa "Sejak lahir la wei Tengku Adam Mikael tu anak Tengku Adlina. Takkanlah masa Tengku Adam Mikael umur 7 tahun baru Tengku Adlina tahu tu anak dia. Soalan kau ni pun." balas Nisa.

"Tapi asal aku tak pernah jumpa dia sebelum ni?" tanya Alissa. "Oh masa dia kenalkan anak dia tu, kau datang dewan lambat sebab kau cakap kau ada langgar mamat kat luar dewan. Sebab tulah kot kau tak sempat jumpa dia. Lepastu dia terus sambung belajar dekat luar negara" jelas Ezzati. Alissa hanya membuatkan bentuk mulut 'oh'.

Setelah habis ceramah, Alissa cepat cepat cuba untuk meloloskan dirinya dari dewan. Memandangkan dua orang kawannya itu harus berjumpa dengan lecturer dahulu, terpaksalah dia ke kafe seorang diri. Dia mengemaskan barangnya dengan cepat lalu melarikan dirinya. Dia tidak ingin berjumpa dengan lelaki yang menggelarkan dirinya 'gentlemen' itu harini. Dia berasa malu!

"Not so fast sweetheart." tiba tiba ada tangan yang menahan Alissa.

'aih tak sempat pulak' keluh Alissa.

" Yes, what business do we have, Mika?" tanya Alissa cuba beriak biasa. Padahal muka tahan malu. "Jom, i teman you pergi kafe. I tak boleh nak bawa you pergi restaurant. I datang dengan mama harini. I taknak mama tanya macam macam kalau i bawa you dengan dia satu kereta," jelas Tengku Adam Mikael.

'comel lah pulak mamat ni. Aku tak mintak dia terangkan apa apa pun.' Alissa bercakap dalam hati.

  "Dengar tak i cakap apa tadi?" tanya Tengku Adam Mikael selepas Alissa tidak membalasnya. "Oh- faham faham. I tak mintak pun you bawak I pergi restaurant ke apa welkk *jelir lidah* " balas Alissa lalu jalan meninggalkan Tengku Adam Mikael.

  Dia hanya menggelengkan kepalanya. 'Berapa la umur budak ni'  keluh Tengku Adam Mikael.

Alissa berasa kurang selesa dengan mata mata yang memandang mereka berdua. 'Haih mamat ni aku dah suruh dia pergi dulu dah' omel Alissa.

  "Your mama taknak balik ke Mika? You kata you datang dengan dia kan?" tanya Alissa cuba menghalau Tengku Adam Mikael . "Oh papa datang, nak jumpa university owner. Nanti diorang balik sekali. I ingat nak bawak you keluar tapi tengok you dah lahap makanan macam tu, tak jadi la i nak kacau" balas Tengku Adam Mikael lalu matanya kembali memandang ipad meneliti dokumen dokumen penting. Gaya mereka dah macam pasangan suami yang sedang menemani isterinya yang lapar tu makan.

"Hai kawanku Alissa!" terjah Nisa. "Sorry wei lambat sikit. Lecturer tu minta explanation kitaorang dengan detail. Susah betul nak mintak discount cuti dengan lecturer tu." sambung Ezzati.
"Takpelah. Aku faham lecturer Aina memang macam tu."

"Oh Tengku pun ada. Terima kasih temankan kawan kami. Tengku nak kami join makan dengan korang berdua atau Tengku nak privacy dengan Alissa?" tanya Nisa dengan muka yang teruja.

   "Oh takpelah saya ada kerja, saya kena balik office sekarang. Bye sweetheart, nanti kita jumpa lagi" balas Tengku Adam Mikael lalu meninggalkan mereka bertiga. Alissa tidak membalas. Dia hanya memandang gerak geri lelaki itu.

"Kau ada apa apa ke dengan Tengku Adam Mikael tu?" tanya Ezzati. Alissa hanya meneruskan menghabiskan makanannya. "Nampak macam aku ada apa apa dengan dia ke?" tanya Alissa kembali. Mereka berdua hanya terdiam. Alissa kalau suka seseorang memang dia akan terus berterus terang. Dia tidak akan beralih alih. Takde masa!

Tiba tiba terdengar seorang perempuan berkata secara perlahan tapi masih mampu didengari mereka bertiga."Apalah hebat sangat perempuan ni sampai Tengku rapat dengan dia macam tu"

"Well i'm not insecure bukan macam someone and i know that i'm pretty. Siapa je taknak rapat dengan i kan? Tak macam you, kutuk orang lain to make yourself better. Padahal.... *pandang atas bawah* you sendiri..," Alissa sengaja menggantungkan ayatnya lalu gelak menganjing.

Perempuan itu ataupun namanya Liana hanya mendengus geram.

Okay itu sahaja untuk chapter ni. Macam panjang. Anyway nampak macam Tengku Adam Mikael ni suka Alissa kan? Tapi we never know what happen next. Adakah mereka bergaduh? Haaa kalau nak tahu bacalah next chapter hihi. Oh ya lepas ni saya hanya menggelarkan Tengku Adam Mikael sebagai Tengku Mikael. Sebab macam panjang sangat lah🤣 jenuh nak menulisnya. Anyway Terima kasih bagi yang baca chapter ini. Saya amat menghargai korang semua. Kalau ada apa apa persoalan, tanya di comment. Jangan lupa vote chapter kali ini ye!! <333

Her arrogant husbandWhere stories live. Discover now