Chapter 7🔐

137 4 0
                                    

Selepas beberapa hari, keadaan Tengku Mustafar bertambah baik. Dia pun akhirnya discharge selepas menghabiskan 3 harinya dia hospital.

SelepasTengku Mikael memapah ayahnya masuk ke bilik ayahnya, tiba tiba ayahnya panggil, "Mika,"
"Ya papa..? Papa ada nak makan apa apa ke?"

"Takde cuma papa nak tanya, Mika kenal tak budak perempuan yang tolong papa tu?" tanya ayahnya.

Tengku Mikael hanya mendiamkan diri. Muncul rasa bersalah apabila papanya bertanyakan tentang Alissa. Teringat akan situasi di mana dia menengking perempuan yang telah menolong papanya.

"Mika, kamu kenal ke tidak?" Tengku Mustafar mengulangi soalannya kembali apabila anak sulungnya tidak menjawab.

"Oh kenal lah jugak. Dia kan student dekat one of the university mama yang mama selalu buat donation," tipu Tengku Mikael.

"Oh kamu kenal macam tu je la? Papa rasa papa nak kahwinkan kamu dengan dia la," ujar papanya lagi.

"Apa papa ni? Kenapa nak kahwinkan Mika dengan Alissa pulak? Mika kenal dia pun tak la papa" balas Tengku Mikael dengan nada yang sikit marah.

Jujur dia memang pernah terfikir untuk memperistrikan gadis itu. Tetapi selepas ada seseorang yang tidak dikenalinya menghantar video tentang gadis itu, dia tidak tahu hendak mempercayai siapa. Dia keliru.

"Aih tadi kata tak kenal, tahu pulak ye nama dia.. Apa apa pun Papa berkenan dengan dia. Papa ni pun dah sakit. Papa sekurang kurangnya nak tengok kamu ni kahwin sebelum papa tutup mata." ujar Tengku Mustafar.

Tengku Mikael hanya terdiam. 'Kantoi pulak'

"Yelah kalau nak suruh Mika kahwin pun, kenapa kena dengan perempuan yang tolong papa tu?Papa kenal dia pun tidak. Kalau dia perempuan jahat macam mana?" balas Tengku Mikael.

"Kalau dia jahat, takdela Papa kat sini, depan mata kamu ni hah. Papa percayakan Alissa. Kalau kamu taknak kahwin dengan dia, papa taknak sambung buat rawatan. Buat apa nak buat rawatan kalau kamu bukannya nak kahwin jugak kan?" tenang sahaja nada Tengku Mustafar.

Tengku Mikael rasa tercabar. "Tapi pa,"

"Takde tapi tapi, kalau kamu kahwin dengan dia, papa sambung rawatan papa, kalau tidak papa tak mahu sambung rawatan." Tengku Mustafar memotong kata kata anaknya.

"Fine! Tapi Mika tahu apa yang papa tak tahu. So Mika nak buat deal." sinis Tengku Mikael.

"Papa tak tahu la apa yang kamu tahu tu. Tapi papa tahu mesti benda tu tak betul. Baik, kita buat deal. Kamu dengan dia kahwin sampai tempoh papa terima rawatan. Iaitu selama 7 bulan. Kemudian kalau betul kamu dua tak jatuh cinta. Papa terima keputusan kamu berdua." ujar Tengku Mustafar.

"Okay, Mika setuju. Tapi papa kena janji, yang papa dengan mama tak akan halang keputusan Mika kalau Mika nak ceraikan Alissa." balas Tengku Mikael.

  "Then what about me? Why no ask either Alissa nak kahwin dengan Mika atau tak" tiba tiba kedengaran suara  wanita yang sangat familiar bagi Tengku Mikael.

'Shit' monolog Tengku Mikael.

Hah agak agak siapa yang tanya Tengku Mikael tu? Alissa or maybe mama Tengku Mikael? Hah entah entah perempuan lain. Korang rasa diorang kahwin ke tak? Apa lah yang Tengku Mikael tu tahu kan? Hah kalau nak tahu baca next chapter tau!! Anyway thank you sebab baca chapter kali ni. Saya hargai korang sangat sangat!! Kalau ada apa apa persoalan boleh comment je okieee! Jangan lupa vote chapter kali ni. Emjoy next chapterrr !! <3

Her arrogant husbandWhere stories live. Discover now