Bab 1| THE LORD

66 4 1
                                    

°

°

°

Sang raja serigala hanya tersenyum sinis menatap mangsa yang terkulai lemah dihadapannya. Darah yang mengalir deras dari mangsa menaikkan lagi aroma ganasnya terhadap mangsa.

"Tolonglah! Aku janji aku tak ganggu puak kau... Argh!" jerit si mangsa sedaya upaya menahan kesakitan digigit oleh sang raja.

Sekarang ini, apa dia tahu adalah larikan diri dari puak raksasa ini.

Puak werewolf.

"Kau dah bunuh 4 ekor anak buah aku. Padahal anak buah aku hanya menjaga sempadan dunia aku dan dunia kau," sinis raja serigala itu menuturkan kata-katanya.

Melihatkan mangsanya sudah semakin lemah, dia mengeluh keras menatap manusia tersebut.

"Aku akan lepaskan kau. Tapi ingat, kau jejak dan kau sentuh anak buah aku lagi... mengucap lah kau untuk ke neraka,"  kata raja serigala tersebut datar.

Anak buah serigalanya yang lain menyeret lelaki tersebut dan dilempar diluar sempadan hutan tanpa belas kasihan.

Dengan lemah, lelaki tersebut berjalan ke rumahnya sambil menahan perit.

Manakala sang raja serigala, menayangkan riak kosong kepada anak-anak buahnya.

Awoo! Awoo!

Seru anak buahnya. Melihat si raja duduk ditakhta bagai memikirkan sesuatu, salah se ekor serigala tenang berjalan ke arah raja mereka. Dialah penolong kepada raja kejam itu.

"Lord, esok kau nak pergi ke sempadan dunia manusia tu?" penolong tersebut cuba mengisi kekosongan yang dirasakan raja serigala tersebut.

"Esok tunggu sahaja surat dari kerajaan manusia tu. Tahu lah aku uruskan mereka. Macam biasa, ada apa-apa perkembangan hutan?"

Tiba-tiba suasana hening seketika sebelum datangnya salah seekor serigala dengan sesuatu di gigitan mulutnya.

Surat.

Ceh, cepat betul kau mengadu ya! Dasar manusia.

"Esok siapkan tentera. Kita berunding dengan dunia bodoh tu," arah raja serigala tanpa melihat surat tersebut.

Buat apa? Kalau dah asyik surat yang sama. Bau yang sama dan tangan yang sama menulis. Muak!

"Pasal tadi... ada manusia yang bina pondok kira-kira tak jauh dari sempadan kita." berkerut seribu dahi raja serigala itu. Belum pernah lagi manusia tu berani nak jejak sini. Ada pun yang rasa 'berani' sangat.

"Pondok?"

"Ya, kalau lihat betul-betul ada serupa rumah. Tinggal lah seorang manusia yang tua tunggu ajal datang," cerita si pembantu lagi.

Lagi menambahkan kehairanan raja serigala tersebut. Hebat betul seorang manusia tua tu.

"Esok kita pergi rumah tu."










Senapang dituju kepada raja serigala tersebut. Muka selamba ditanyangkan kepada pengawal yang menjaga istana manusia tersebut.

"Dah aku malas nak formal. Cepat habiskan dan aku nak balik," ucap raja serigala tersebut.

Raja yang tadinya sedang sibuk menikmati secawan teh terganggu dengan kehadiran raja serigala tersebut.

"King, apa yang beta ingin sampaikan disini... jangan lah berkasar dengan rakyat beta. Sudah berapa ramai jadi mangsa king," rayu raja manusia tersebut.

Beast's Little PrincessWhere stories live. Discover now