Beberapa tahun kemudian
Elira.
Seorang gadis kampung yang mencari sesuap nasi di petengahan kota Gold Cap.
Dengan mata bundar bewarna coklat, kening yang tipis dan bibir merah delima sesuai dipandankan dengan kulit putih nya. Senyuman sentiasa terukir cantik di bibir gadis ini.
"Elira, tolong akak sekejap pelanggan tengah ramai ni!" Panggil ketua kedai tersebut, Isabella.
"Sekejap," ucap Elira dengan kakinya berlari anak menuju ke arah kedai sayur tersebut. Ya, Elira bekerja di sebuah kedai sayur milik Isabella.
"Boleh bagi harga rendah tak? Duit saya kurang ni."
"Saya nak beli sayur bayam ni."
Namun itu tidak mematahkan semangat gadis muda itu. Diri masih sabar melayan karenah pelanggannya. Dia bersyukur jualan sayur hari ini membuahkan hasil yang banyak.
Sedang dirinya sibuk, dia terdengar beberapa orang menjerit seraya berlari keluar dari pasar tersebut.
Dari jauh, mata bundar tersebut menangkap beberapa kumpulan berpakaian jubah hitam menuju ke arahnya.
Tidak menunggu lama semua orang bertempiaran lari meninggalkan Elira yang masih tercegat di kedai sayur tersebut.
Salah seorang daripada orang berjubah tersebut turun dari tunggangan kudanya. Apabila dilihat, baru lah Elira menampilkan senyuman manisnya.
"Hi Elira. Lama kita tak berjumpa," ucap lelaki tersebut.
"Hi Julian. Kenapa awak buat kecoh dekat pasar ni?" Tanya Elira bingung.
"HAHAHA, aku datang sini nak kutip hutang kau dan ayah kau lah. Ayah kau bagitau kau dekat sini dan kebetulan pasar sesak, aku 'halau' mereka yang halang laluan aku," lebar Julian menjelaskan situasi tersebut.
Tidak menunggu lama, Elira mengeluarkan beg kecil yang didalamnya terdapat duit hutangnya dan menyerahkan kepada Julian.
"Terima kasih, Elira. Jaga diri,"
"Hei Julian. Lain kali kalau nak kutip hutang pergilah rumah Elira. Asyik buat kecoh kat sini je," jawab Isabella yang memang lantang.
Julian hanya memutarkan bola matanya.
"Kau diam lah Bella. Ingat, kau ada hutang dengan aku," balas Julian sengaja membangkitkan kemarahan Isabella.
Tidak dilupakan, Isabella sempat menghadiahkan jeliran lidah pada Julian. Dasar orang tua!
"Kak Isa, Elira minta maaf ya kalau Julian tiba-tiba minta hutang sampai ke sini," ucap Elira dengan pandangan yang ditundukkan.
"Kau tak perlu risau Ira. Aku okay. Ira, malam nanti aku ada buat jamuan sikit untuk sambut ulang tahun pembukaan kedai aku ni. Datang tau bawa uncle sekali," ajak Isabella gembira.
"Tengok lah kak. Nanti saya fikirkan."
___________
"Oh my king, may come to us and we're ready to serve you my king," sambut satu suara yang menyebabkan semua serigala yang berada dikawasan tersebut menunduk hormat.
King itu terus berjalan menuju ke sebuah bilik. Apabila pintu dipulas, terdapat beberapa ekor serigala yang masih melahap beberapa sajian daging.
"Tak puas lagi ke korang makan? Hidung aku dah sakit sebab bau bangkai tu," ujar King yang sedia menutup hidungnya. Walaupun dia serigala, dia masih mempunya gen manusia dalam badannya.
"Standard kau tinggi sangat. Normal lah bau bangkai ni."
"Entah nya. Kau tu patut makan sejak kita 'lumyai' kan manusia tu semua."
Mereka terus membersihkan sisa bangkai tersebut.
King hanya melemparkan riak kosong. Sakit juga kepalanya menguruskan manusia yang angkuh dan keras kepala itu. King bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari tempat tersebut.
"When the time come, i will 'show' myself my dear. After so long, i can't wait that moment," ujar King sambil menatap raut wajah yang terdapat pada bingkai gambar yang terletak di meja bilik tidurnya.
__________
"Datang pun kau Ira. Jom masuk ada banyak makanan. Aku buat khas untuk kau tau!"
Teruja Isabella apabila dia melihat Elira bersama ayahnya datang ke rumahnya. Walaupun sederhana, namun Elira tetap bersyukur ada yang sudi mengajaknya meraikan ulang tahun tersebut.
"Kau ambil makanan dulu. Aku nak cari seseorang untuk aku kenalkan dekat kau."
Elira hanya mengangguk. Sekilas, dia menemani ayahnya. Dia tidak biasa dengan temoat yang begitu padat.
Dalam leka dia mengambil makanan, dia tersadung dan merasakan badannya menghempap sesuatu yang keras.
"Wow girl. Look what just you done to me!" Nada tersebut naik menyebabkan Elira mengalihkan padangannya.
Elira terkedu. Baju lelaki tersebut sudah kotor akibat makanan yang terjatuh atas badannya.
"I'm so sorry sir. I didn't mean to did this to you," tertunduk Elira meminta maaf pada lelaki tersebut.
Elira terus berlalu pergi kerana dirinya tidak mahu menimbulkan kekecohan. Keberadaan ayah terus dicari.
Di lain tempat, lelaki tersebut mengeluarkan sehelai kain yang tersimpan dalam poketnya. Sambil mengesat, dia terbayang wajah Elira yang dirasakan comel.
"Please, get out of my mind."
Lelaki tersebut menggelengkan kepalanya menghilangkan segala bayangan Elira di mindanya.
"Weirdo."
YOU ARE READING
Beast's Little Princess
Werewolf"Mr beast, do you have a wife?" "Why you ask that question, princess?" "Because, i'll be your wife till forever"