Bab 4 | His Majesty

13 1 0
                                    

Hans Elvian.

Satu nama yang cukup terkenal dengan identiti sebagai raja dalam kerajaan serigala. Ramai orang hanya mendengar nama tersebut namun tiada siapa tahu wujud sebenar dirinya.

Ada yang mengandaikan dia separuh manusia dan separuh serigala. Ada juga yang menganggap dirinya sebagai kisah dongeng yang direka oleh pemburu hutan. Lagi pula, apa yang dia kisahkan?

Kerajaan serigala bukan lah kerajaan yang mengancam empayar luar, tetapi sesiapa yang berani mencari masalah akan mendapat akibatnya.

Dia juga sangat berkuasa di kalangan puak serigala bahkan tiada siapa mampu melawan dirinya.

Cerita  tentang dirinya semakin meluas ke seluruh pelusuk dunia manusia. Bagus juga, asalkan tiada gangguan yang berlaku maka dia tidak mengambil tindakan tegas.

"King?"

Hans yang sibuk dengan alat yang baru dia temukan di dunia manusia iaitu gelang tangan tersentak apabila seseorang memanggil dirinya.

Roger yang masih setia di pintu bilik kerja hanya diam melihat kelakuan tuannya. Jangan salah faham ya, walaupun mereka tinggal di hutan, tetapi mereka juga dapat membina petempatan kecil untuk hidup.

Hans adalah manusia yang boleh berubah fizikal kepada serigala. Sedikit sebanyak dia dapat belajar kehidupan manusia dari ibunya.

"Kau nak apa?" tanya Hans dengan acuh tak acuh kepada Roger. Matanya tidak lepas dari membelek gelang tangan yang baru dia jumpa.

Bukan curi ya.

"Tak ada apa. Cuma saja cari tuan dalam bilik ni."

"Roger," panggil Hans perlahan.

Kepala ditoleh melihat rajanya yang menatap dirinya datar. Seolah-olah sesuatu bermain di fikiran Hans.

"Benda ni untuk apa? Boleh seksa tebusan ke benda ni?"

Suasana hening seketika.

"Bu-bukan king. Benda tu adalah gelang tangan. Ia merupakan barang perhiasan bagi seorang wanita di dunia manusia. Ia bukan alat yang merbahaya," jelas Roger yang jelas kelihatan sesak menahan tawanya dari terkeluar.

Dia masih ingin hidup lagi.

"Oh, jadi benda ni tak berguna lah untuk aku."

Hans meletakkan gelang tersebut ke tepi meja. Dia tidak berminat dengan segala perhiasan. Tidak membawa makna selain rasa bangga diri yang tinggi sehingga mereka menjadi bongkak dengan kekayaan.

"Tapi, gelang tu boleh jadi sebagai satu hadiah. Hadiah yang membawa maksud kita menghargai seseorang dengan ikhlas," kata Roger yang kian melabuhkan punggung ke kerusi berdekatan dengan Hans.

Hans hanya mendiam. Lama dia merenung gelang tangan tersebut.

Memori lama seakan kembali menerawang minda si raja seperti sebuah kaset rosak.

Di mana dia melihat ayahnya membelikan ibunya sebuah hadiah yang dipakai di pergelangan tangan. Cuma, warna yang dipakai ibunya adalah hijau bertakhtakan batu emerald.

Dia dapat mengingat jelas ibunya yang tersenyum suka dengan pemberian tersebut.

Hans pun bangun dari duduknya menuju ke arah tingkap. Pemandangan yang cukup harmoni  buat si raja.

Namun dia tidak menjamin yang keharmonian ini berkekalan. Setidaknya, dia boleh cuba bukan?

Satu masa nanti, akan berlaku sesuatu yang tidak dijangka buat kedua buah pihak antara kerajaan manusia dan puak serigala.

Dengan itu, Hans sendiri banyak meluangkan masa untuk mencari cara agar mereka hidup bebas dan harmoni tanpa mengira bangsa dan keturunan.

"Roger."

"Ya King?"

"Aku harap, akan ada waktu dimana kita dapat hidup bebas di dunia tanpa adanya batas seperti sekarang."

Roger sekadar memandang rajanya dengan tatapan penuh harapan. Berharap waktu itu tiba dengan tepat waktunya.

__________

Kini,  terlihat sebuah kereta kuda yang elok berehat di perkarangan hutan.

Mereka yang ditugaskan menjaga sempadan hanya diam mengawasi. Takut-takut kalau puak serigala datang menyerang kerajaan manusia.

"Ayah, dah penuh dah bahan yang kita perlu. Jom balik!" Ucap satu suara anak kecil yang berusia 11 tahun.

Cuba memanggil ayahnya pulang dari mengutip hasil hutan yang kelihatan subur. Seperti dijaga rapi oleh seseorang.

Ssst Ssst!

Bunyi yang datang dari dalam hutan mengejutkan kedua insan tersebut. Si ayah mendekat dengan anak yang berlindung di belakang.

Kini, terlihat wajah seorang yang terlihat cukup bengis. Dirinya yang tidak berbaju namun seluar panjang cukup menunjukkan kegagahan yang dimilikki.

Cakaran yang ada pada badan membuatkan sesiapa sahaja yang melihat berasa gerun.

"Berhenti di situ King! Ini kawasan sempadan. Baik kau jangan buat kacau atau kami tikam kau!" Jerit salah seorang pengawal yang berhampiran.

Hans hanya menatap pengawal tersebut bosan. Tak ada minat untuk melawan bicara melainkan dirinya ingin berbicara dengan orang lain.

"Kenapa kau kutip hasil tanaman hutan? Bukan kau orang dah tahu yang aku kuasai hutan ni? Atau kau sengaja mencari maut?"

"Bukan King. Ampunkan kesalahan aku dan anak aku. Kami cuma ingin mengambil sedikit hasil kerana kami tidak mempunyai duit yang cukup untuk-"

Belum sempat si ayah berbicara, sebungkus kain dicampak ke arahnya. Si ayah pun hairan.

Dia terus membuka ikatan kain tersebut dan terkejut besar apabila melihat isi dalamnya.

"Ambik ni. Jangan kau datang sini lagi kalau tiada urusan. Hasil hutan yang kau kutip, aku halalkan,"ujar Hans sebelum meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.

Dalam hati, si ayah mengucapkan syukur.

'Semoga tuhan melindungi orang baik sepertimu, King!'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 31 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Beast's Little PrincessWhere stories live. Discover now