Elira kini berada di pasar Gold Cap bersama Evan. Hari ni Elira cuti jadi dia membawa ayahnya untuk membeli barang keperluan. Kebanyakkan sudah habis di rumah.
"Ayah nak beli apa dulu?" tanya Elira sebelum satu kertas dikeluarkan dari poket jubahnya.
"Kita beli barang kering dulu lah ya. Ayah risau itu yang habis dulu. Barang basah kita masih ada stok di rumah," ujar Evan lembut.
Lalu dia memimpin anak gadisnya untuk membeli sayuran dan buahan. Dalam leka memilih, tiba-tiba kawasan pasar menjadi kecoh.
Evan dan Elira dapat melihat beberapa pasukan pengawal diraja sedang mengedar risalah dan menampal beberapa poster. Tidak ketinggalan untuk Evan mengambil risalah tersebut.
Risalah berkaitan dengan Festival Bulan Cahaya yang diadakan setiap tahun bagi meraikan kemakmuran dan kesejahteraan negara Kushia.
"Ira, teman ayah beli pelita dan lampu angin."
_________
Malam pun menjelang di mana semua rakyat Kushia berkumpul untuk meraikan festival tersebut. Berlainan pula dengan Elira dan Evan yang hanya menyambut di dalam hutan.
Mereka menyiapkan juadah kecil-kecilan yang di hiasi dengan lampu terang dan meja makan yang memuatkan beberapa orang.
"Ayah, kita sambut dua orang je?"
"Tidak, ayah ada jemput 'kawan' ayah jugak." Evan tersenyum lembut dengan tangannya menggengam tangan Elira erat.
Tak lama kemudian, kelihatan beberapa ekor serigala yang berjalan ke arah mereka. Apabila bulan memunculkan diri, maka bertukarlah mereka ke rupa manusia.
"Hey Evan! Thank you sebab jemput kami untuk jamuan manusia hari ni," ucap salah seorang daripada serigala tersebut.
"Sama-sama. Jemput lah makan," pelawa Evan sambil tersenyum mesra. Elira punya hanya membuntuti ayahnya kerana dia jarang untuk berkomunikasi dengan makhluk jadian ini.
Elira meliarkan pandangannya ke seluruh arah. Sosok yang cari tidak memunculkan diri. "El, cari siapa tu?" Roger perasan yang Elira sedari tadi tidak berhenti mencari sesuatu.
"Tak ada apa. Saya cuma ca-"
"Cari aku ke?" tidak semena-mena, timbul satu suara yang cukup Elira kenal. Badan dipusing bagi mencari punca suara tersebut.
Hans Elvian.
Elira terhinjut bahunya terkejut mendengar suara yang seakan berbisik di tepi telinga kanannya. Mata bundae Elira merenung ke arah Hans yang tajam merenungnya.
Tampan juga rupanya ketua serigala ni. Badannya yang dicetak elok dengan dihiasi 6 kepingan roti di badannya.
Rambut hitam yabg tidak terlalu panjang dengan mata kuning keemasan. Tak lupa juga rahang yang keras menampakkan aura kejantanannya.
"Dah puas tenung aku? Kat mana lagi fizikal yang aku belum tunjuk untuk buat kau terpegun sampai macam tu sekali?"
Pipi Elira memerah. Termalu sendiri apabila dia meng'scan' badan Hans tanpa berkelip.
Tangannnya laju menampar bahu Hans yang tegap sambil anak matanya diliarkan ke tempat lain.
"Auch! Kau ni tangan manusia ke tangan batu?" Hans mengusap bahunya perlahan. Boleh tahan jugak kuat perempuan ni.
"Kenapa diam je? Aku dah dekat depan mata kau dah ni. Dah bisu ke?"
"Ish awak ni! Saya malu lah!" Elira tidak tahan dengan usikan Hans yang makin liar. Jantungnya seakan mahu meletup apabila Hans mendekatkan lagi wajahnya menatap Elira.
"Aku datang sini nak makan. Bukan nak tenung kau," kata Hans sebelum beredar ke meja makan. Selamba dia meninggalkan Elira yang sudah merah mukanya seperti tomato.
Evan pula rancak berborak dengan tetamu yang hadir. Dalam kelompok serigala jadian, bukan semua dapat bertukar diri menjadi manusia.
Namun, mereka masih menghormati Alpha mereka. "King, minta maaf ya juadah kami ni biasa-biasa." Evan hanya memerhatikan gerak geri Hans.
Hans hanya mengendahkan ucapan Evan. Tangan kekar tersebut mengambil peha ayam yang sudah dipanggang sebelum disua ke mulutnya.
Lain pula dengan Elira yang masih tercegat di hadapan rumahnya. "Ira, sini lah duduk dengan kami. Tak penat ke berdiri?" ujar salah seorang dalam kelompok serigala tersebut. Tangan dilambai untuk menjemput gadis tersebut duduk.
Namun entah mengapa, Elira terus duduk di sebelah kanan Hans memandangkan itu sahaja tempat yang kosong.
"Kenapa duduk sebelah aku? Nak aku suap eh?" Hans yang masih mengunyah hanya menegur gadis tersebut perlahan.
Elira hanya melihat tangan Hans yang yang ingin menyuapnya tiba-tiba beralih masuk ke dalam mulut Hans.
"Makan sendiri."
"Ish!" Elira sekali lagi termalu sendiri.
Cari Elira ke cari King?
YOU ARE READING
Beast's Little Princess
Werewolf"Mr beast, do you have a wife?" "Why you ask that question, princess?" "Because, i'll be your wife till forever"