1° 🍉

519 20 0
                                    

“ Zharif..bagi lah balik teddy bear saya. ”

“ Tak boleh.. ” Zharif menjelirkan lidahnya.

Zharif berumur 9 tahun, Lara berumur 8 tahun. Mereka sangat rapat, selalu bermain bersama. Mereka berdua berjiran, rumah bersebelahan. Ibu Lara juga rapat dengan ibu Zharif.

“ Zharif, Lara.. mari masuk. Kenapa berlari-lari kat tengah panas tu? Mari sini masuk. ” jerit Marina, Ibu kepada Zharif memanggil dua orang kanak-kanak itu.

“ Tengok ni aunty, Zharif ambil teddy bear Lara. ” Adu Lara.

“ Zharif..bagi balik teddy bear tu. Mari masuk, jangan main kat luar tu..panas, baru pukul 3 petang. Mama ada goreng nugget. Lara ngan Zharif nak tak? ” Tanya Marina dengan teruja.

“ Wahh Lara nak, Lara nak !! ” Lara berlari ke arah auntynya. Zharif turut berlari menuju ke arah ibunya.

“ Haa..mari masuk, tak mau lah main tengah-tengah panas..nanti demam. Tu nugget aunty dah letak atas meja. Lara makan ya. ” Kata Marina sambil membelai rambut Lara. Zharif sudah pun berlari masuk ke dalam mengambil nugget. Sahabatnya Lara, tidak diendahkan.

“ Haih.. manalah budak bertuah ni? Lara... oh Lara.. ” jerit Sarah, ibu kepada Lara. Sarah menjenguk-jenguk di kawasan luar rumah. Kelibat anaknya tetap tiada.

“ Mama.. Lara kat sini lah.. makan nugget kat rumah Zharif.. ” jawab Lara di hadapan pagar rumah Zharif sambil mengunyah nugget yang dipegangnya itu. 

“ Ish kamu ni.. kenapa tak bagitau mama dulu? ” marah Sarah.

“ Eh beb.. haa masuklah. Dari tadi Lara main kat sini jer, tak pergi mana-mana pun. ” jemput Marina sebaik sahaja siap membuat air sunquick.

“ Bukan apa.. risau jugak kalau dia main kat luar, nanti kalau datang van putih macam mana? kang dia culiknya- ” fikir Sarah. Ayatnya terbantut. mereka berdua duduk di atas sofa, anak-anak mereka pula sibuk bermain game di dalam telefon.

“ Apa kau ni? Jangan pikir negatif boleh tak? Budak tu elok jer main kat sini, ni minum air dulu..” Marina menepuk bahu rakannya itu. Segelas air dihulurkan.

“ Hmmm ye lah.. aku cuma beringat jer.. ” Sarah mengambil air yang dihulur itu lalu minum sedikit.

“ Haa laki kau mana? Dari semalam aku tak nampak kereta dia. ” tanya Marina sambil menyisip air. Sarah hanya diam tak berkutik, wajahnya mula suram.

“ Dia keluar dengan perempuan tu lagi kan? Beb, kau jangan nak sorokkan lagi lah.. aku kenal kau macam mana, sanggup dia buat macam tu kat kau kan? Eyyyy geramnya aku..kau tak boleh berdiam diri beb.. ” Marina seperti sudah tahu tentang rakannya.

“ Dah nak buat macam mana? Dia cakap diorang dah nak kahwin dah pun bulan depan..perempuan tu kan pilihan mak dia..bukan aku. ” jawab Sarah pasrah, matanya mula berkaca apabila menyebut tentang mak mertuanya.

Mak mertuanya tak pernah menerimanya hanya kerana dia tidak boleh mengandung. Lara hanya anak angkat sahaja. Mak mertuanya juga tidak pernah melayannya dengan baik. Hanya kakak iparnya sahaja yang melayan dia dengan baik dan ramah.

“ Dah dah.. lupakan je lah, kita perlu teruskan hidup.. tanpa dia pun kau boleh hiduplah beb.. rumah yang kau duduk sekarang ni atas nama kau kan? Mak dia tu tak sedar yang anak dia kaya sebab kau..harta semua tu atas nama kau. ” kata Marina sambil mengusap belakang badan Sarah. Sarah hanya mengangguk.

AUTHOR ;

APA-APA PUN, VOTE TAU!!

© Anak Jiran Sebelah | Short StoryWhere stories live. Discover now