2° 🍉

312 18 1
                                    

“ Sarah oo Sarah, aku baru balik ni. Pergi lah buat kopi ke apa. ” kata Hafiz, suami kepada Sarah.

“ A-awak dah balik? ”

“ Engkau tak nampak ke aku kat depan kau ni? ” riaksinya mula bertukar kepada marah.

“ Saya pergi dapur dulu. ” Jawab Sarah ketakutan melihat wajah suaminya itu. Sudah lewat malam baru balik rumah.

ON CALL*

“ Ahahahha, janganlah macam tu sayang, abang bukan taknak teman.. tapi abang ada kerja lah esok. ”

“ Alaaa habistu takkan saya kena pergi sorang-sorang? ”

“ Kan dah cakap tadi.. abang ade kerja, sorry lh eh. ”

Sarah mendengar perbualan suaminya dengan perempuan lain dari dapur. Sedih, kecewa dan sakit hati hanya mampu dipendam kerana takut kehilangan suaminya. Sarah takut diceraikan, rasa sayang masih ada pada suaminya.

Sarah keluar dari dapur, membawa secawan kopi. Perlahan-lahan berjalan menghampiri Hafiz.

“ Awak, ni kopi saya dah buatkan. ”

“ Letak jer atas meja tu. ” Matanya ralit memandang handphone.

Sarah letak lalu beransur masuk ke dalam bilik tidur.

^^

Pintu bilik ditutup, Sarah duduk atas katil sambil memeluk lutut. Air matanya mengalir, menangis teresak-esak.

“ Kenapa awak buat saya macam ni? ”

Tok Tok Tok"

Sarah serta-merta lap air matanya. Anaknya Lara membuka pintu dan masuk. Lara duduk di sebelah ibunya. Mata anaknya memandang wajah ibunya dan seperti dapat mengetahui sesuatu. Tiba-tiba tangan Lara mengelap sisa air mata ibunya.

“ Kenapa mama nangis? ”

Sarah terkejut mendengar soalan Lara. Cepat-cepat dia menukar topik.

“ Lara, kenapa tak tidur lagi ni? Kan dah nak dekat pukul 11 ”

“ Papa pukul mama lagi ke? ” Lara bertanya lagi. Soalan ibunya tadi tak dijawab.

“ Ishh mana ada sayang, anak mama mesti ngantok kan.. nak mama tidurkan? ”

Lara mengangguk, mereka berdua bangun menuju ke pintu.

Belum sempat Sarah membuka pintu, Hafiz masuk ke dalam bilik itu.

" Eh perempuan, kau buat kopi ke ape huh? Pahit gila. Ke kau ada letak racun? " Hafiz menampar isterinya dan menarik rambut isterinya.

" Aahh sa- sakit. "

" Papa, janganlah pukul mama. " Lara mula menangis melihat ibunya diperlakukan sebegitu. Dia menahan bapanya.

" Eh budak, kau ketepi. " Hafiz menolak Lara sehingga anaknya terjatuh. Kepala Lara terhantuk di bucu katil lalu pengsan.

" LARA!! " Sarah menolak suaminya, berlari ke arah Lara. Mata Hafiz terbeliak.

“ Lara, Lara. Bangun sayang. ” Sarah mengejutkan anaknya, air mata mengalir deras. Kepala Lara diangkat dan diletakkan di atas peha.

“ Astagfirullah, darah. ” Terkejut apabila melihat darah di tapak tangannya. Hafiz mendengar perkataan darah, mula gelabah.

“ Call ambulans!! ” Jerit Sarah. Dia menangis sekuat-kuatnya seketika Hafiz menelefon ambulans.

^^

[ HOSPITAL SULTAN ISMAIL ]

“ Lara jangan tinggalkan mama, sayang. Please, jangan tinggalkan mama. ” Rayu Sarah sambil mengekori nurse ke wad emergency.

Maaf puan, puan tak boleh masuk. Sila tunggu diluar. ”

Nangis, nangis sekuat-kuatnya, hanya nangis yang Sarah boleh lakukan. Ibu bapa Sarah dah tiada, dia anak tunggal dan anak yatim piatu. Hafiz datang.

“ Lara macam mana? ”

Sarah berhenti menangis, matanya merah menahan marah. Dah lama dia pendam semua yang suaminya lakukan. Dia mendongak melihat Hafiz.

“ Semua yang jadi ni salah kau! ” Sarah bangun dan menampar Hafiz.

“ Aku dah lama bersabar dengan apa yang kau buat selama ni, kau keluar dengan perempuan lain, Aku diam. Kau pukul aku dengan Lara, aku diam. Sekarang aku nak kau ceraikan aku! Aku dah tak tahan, Hafiz. ” Sarah menjerit-jerit melepaskan geram. Semua orang dalam hospital itu terdiam melihat mereka berdua.

Sarah berjalan keluar dari hospital, tak kesah dengan semua orang yang pandang. Dia balik ke rumah menggunakan teksi.

^^

“ Aku dah tak tahan dah dengan semua ni. Bodoh, kau bodoh Sarah. Kau masih sayangkan dia walaupun dia buat macam-macam kat kau. Kalini aku nak hidup tanpa dia. ” Sarah bercakap sendirian sambil mengemas barang-barang dan pakaian nya.

Hafiz sampai di rumah, keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah apabila melihat pintu rumah terbuka.

“ Sarah, sarah. ” Panggilan itu tak dijawab. Dia melihat Sarah turun tangga dengan membawa beg luggage.

“ Nak pergi mana? ”

“ Eh kau tak payah sibuk lah, ceraikan aku. ”

Hafiz diam, semua perasaan kesal dah tiada guna.

“ Aku ceraikan kau dengan talak 1 ”

“ Huh, well done Hafiz. Kau pergilah dekat perempuan kau tu. ” Sarah mengambil anak kunci keretanya. Dia menoleh kembali ke arah Hafiz.

“ Rumah ni atas nama aku. Aku nak jual rumah ni. So kau boleh prepare barang kau and out from this house. Aku boleh tinggal kat rumah lain. ” Terus Sarah keluar dan menghidupkan enjin keretanya. Kereta lagi satu milik Hafiz.

Hafiz terdiam seribu bahasa, kaki meja disepak.

“ Arghhhhhh!! Kau halau aku macam tu jer? Dasar. ”

^^

Sarah meneruskan pemanduan nya ke hospital. Malam ni dia tidur di wad Lara. Rasa sedih, kesian, sayang semua dah ditepis. Tujuan utama dia teruskan hidup adalah untuk besarkan Lara.

© Anak Jiran Sebelah | Short StoryWhere stories live. Discover now