Kuliah dah habis, so sekarang aku on the way nak balik dorm sebab nak letak barang sekejap. Jalan sorang-sorang, takda rasa takut dengan hantu pun, lebih takutkan manusia.
“ Aduh. ” aku terjatuh sebab berlanggar bahu dengan seseorang. Habis jatuh buku aku.
“ Alamakk sorry, sorry. Tadi saya nak cepat pergi hujung sana sebab barang saya tertinggal, gelabah sangat sampai terlanggar awak. Awak okay? ”
Suara lelaki? Dia tolong kemaskan barang aku yang jatuh tadi. Aku bangun, bersihkan baju. Tak sempat aku nak menoleh, dia bagi semua barang aku kat tangan aku.
“ Lahh dah pergi, tak sempat nak tanya nama. ” aku sambung berjalan nak pergi balik dorm, kaki aku macam terpijak sesuatu. Aku tengok bawah. Ada nametag, aku taktahu siapa punya.
“ Luqman? Hmm mungkin ini lelaki tadi punya kot. ”
Nak patah balik cari dia, hmm memang tak lah.. sebab dah malam, lepastu aku mana tahu sanga selok-belok sekolah ni. Kang sesat pulak. Aku teruskan jer berjalan ke dorm, esok baru aku cari orang tu.
^^
•
•
•
Susasana dalam dorm bising, semua sibuk bersembang. Aku duduk atas katil sambil pegang nametag tadi.
“ Hai, kenapa duduk sorang-sorang? ”
Perempuan pagi tadi tegur aku, aku senyum jer kat dia.
“ Ganggu ke? ”
“ Taklah, duduk lah. ”
“ okayy, nama saya Fika. Orang semua panggil saya Pika jer, ehehehe. Saya senior dalam dorm ni. Tapi jangan risau, saya bukan jenis yang buli junior. ”
“ Nama saya Lara. ”
Dia menghulurkan tangan nak bersalaman. Aku sambut dan tersenyum. Dia ternampak nametag yang aku pegang tadi.
“ Ehh nametag siapa tu? Boleh saya tengok sekejap? ”
Aku menguhulurkan kepadanya, wajahnya seperti tau sahaja nama tersebut.
“ Macam mana nametag ni boleh pada awak? Bukan ke ini Luqman punya? Saya kenal orang tu. Dia senior awak, sebaya dengan saya. ”
“ Owhh, bukan.. tadi saya terlanggar dia, lepastu dia pergi. Saya nak jalan balik tiba-tiba terpijak nametag tu. Saya tak pasti tu siapa punya sebab yang langgar saya tu pun saya taktau nama dia. ”
“ Oooo macam tu.. hmm takpe nanti saya tolong awak cari dia. Saya nak tidur dulu, sebab dah ngantuk. Saya tak biasa tidur lambat. Hehe. ”
“ Eh, tidur lah. Nanti esok nak masuk kelas, mengantuk pulak. Goodnight.. ”
“ Goodnight too, bye. ”
Aku pun nak tidur juga sebab student yang lain semua dah standby atas katil masing-masing.
^^
•
•
•
“ Cepat Lara.. Bangun, nanti terlewat pulak nak masuk kelas. ”
Aku terkejut sebab senior kejutkan aku bangun, tengok jam dah pukul 7.30 pagi. Kelas start pukul 8.00 pagi. Lagi 30 minit jer nak pergi berlari mandi. Nak tak nak kena lah berlari jugak biar cepat sikit. Kalau terjatuh, pasrah jer.
Aku gosok gigi, cuci muka lepastu siap-siap pakai baju terus masuk kelas. Cari tempat belakang-belakang sikit, lepastu duduk. Semua dalam kelas ni murid baru, so masing-masing tak kenal lagi. Ada sorang budak ni, dia duduk sebelah aku. Haduhh baru ingat nak duduk sorang-sorang kat belakang.
“ Hai, nama saya Mira. Awak? ”
“ Ehh hai, call me Lara. ”
“ Owhh okay, saya rasa macam pernah nampak lah muka awak.. errmmm kat mana eh? ”
Aku tersenyum kekok disitu, tak sangka baru jumpa dah cam muka aku.
“ Aaa Haaa!! Kita satu dorm, right? Dorm 251? Kan? ”
“ Iya. Hehe. ”
“ Haa betullah.. so untunglah ni kan, satu dorm, satu kelas. ”
“ Aaa- ”
Tak sempat nak bercakap, cikgu dah masuk kelas. Semua belajar macam biasa, takda yang berbeza pun dari sekolah biasa.
YOU ARE READING
© Anak Jiran Sebelah | Short Story
Novela JuvenilDua sahabat baik antara lelaki dan perempuan, terpisah kerana masalah keluarga. Bertemu semula ketika masing-masing sudah pun besar. Check out my second story-!! Anyways, don't forget to vote ya (☞゚∀゚)☞ Happy reading <3 𝚂𝚝𝚊𝚛𝚝 : 231021 𝙴𝚗𝚍 :...