BAB 1

1.6K 52 0
                                    

TUK TUK

BUNYI ketukan kuat bertalu-talu di muka pintu kamarnya mengejutkan Naura dari lena panjang. Sebal Naura rasakan bila ada yang berani menganggu tidurnya tika ini.

Malas nak terus berteka-teki tubuh lekas dibangunkan dan langkah diatur berlalu menuju ke pintu kamarnya. Naura nak tengok siapa yang berani-berani menganggu paginya tika ini.

Buka saja daun pintu pandangan mata jatuh pada susuk tubuh Natrah yang sedang tersengih bagaikan kerang busuk. Dipandang bosan si adik sebelum langkah kembali diatur masuk ke dalam kamarnya.

"Kau nak apa ganggu aku pagi-pagi buta ni, Natrah?" soal Naura bosan. Punggung dilabuhkan duduk di birai katil. Natrah ni kalau tak ganggu hidup dia sehari memang tak sah agaknya.

"Pagi buta kau cakap, kak? Eh kau ni memang tak reti nak tengok jam ke, kak? Sekarang ni dah pukul 12. Dah masuk waktu tengahari bukannya pagi lagi. Matahari tu pun dah tercongok dekat atas kepala," bebel Natrah.

"Hesy! Kau ni Natrah, kalau sehari tak membebel macam mak nenek memang tak boleh ke? Bosanlah aku dengar."

Bebola mata Natrah julingkan ke atas. "Amboi kau, aku baru cakap sikit kau dah cop aku ni kuat membebel. Aku bebel pun perkara yang betul," riak wajah cemberut ditayangkan. Tanpa sebarang ajakan punggung dihenyakkan selesa ke atas birai katil milik Naura.

"Kau nak apa datang bilik aku ni?"

"Aku datang bilik kau ni sebab nak bagitahu yang umi dengan abah suruh kau turun bawah cepat. Ada tetamu yang datang nak berjumpa dengan kau," beritahu Natrah niat asal dia ke mari.

Berkerut halus dahi Naura mendengarkan ujaran Natrah. Wajah si adik direnung penuh tanda tanya.

"Ada orang nak jumpa dengan aku? Siapa?" soalnya penasaran.

Bahu Natrah jongket sebagai jawapan. "Entah aku manalah tahu, kak. Cuma tadi umi ada bagitahu aku yang lelaki tu kawan kepada abah. Katanya dia nak sangat jumpa dengan kau."

"Lelaki? Kawan abah? Eh dah kenapa pulak dia nak jumpa dengan aku? Sah-sah dia tu kawan abah pergi ajelah jumpa dengan abah. Bukannya dia tu ada kaitan dengan aku pun," kepala yang tidak gatal digaru hairan. Bermacam soalan kini bermain dibenak fikirannya.

"Hesy kau ni banyak tanyalah, kak. Sekarang ni baik kau pergi bersiap cepat. Lepas tu nanti kau turun bawah. Nanti kalau kau lambat membebel pulak abah tu. Kau pun macamlah tak tahu perangai abah tu macam mana," arah Natrah. Dia dah bersedia mahu berlalu.

"Hmm yalah kejap lagi aku turun. Hesy! Kawan abah ni pun satu hal mengacau aje orang nak berehat hujung-hujung minggu macam ni," bebel Naura.

Dengan rasa malas langkah diatur berlalu ke kamar mandi. Baik dia segera membersihkan dirinya sebelum telinganya ni nanti bernanah dek kena harus mendengar bebelan si abah dan uminya.

Selesai membersihkan diri, Naura lekas menapak turun ke ruangan dapur. Naura mahu segera mengisi perutnya yang sudah berkeroncong nyaring.

Jejak saja kaki ke ruangan dapur, mata mulai bertaut pandang dengan mata tua si ibu yang sedang leka dengan kerja-kerjanya. Koyak senyuman manis diulas bibir Naura sebagai tanda sapaan buat wanita kesayangannya ini.

"Good morning, umi..." sapa Naura ceria. Tubuh gempal Puan Ramlah dipeluk kejap.

Tangan Naura yang memeluknya kejap ditepuk lembut. Mahu sesak dadanya dengan perlakuan si anak dara sorang ni.

"Eh budak bertuah ni matahari dah tegak atas kepala kamu baru nak bangun, ya. Anak dara jenis apalah kamu ni Naura," kepala digeleng perlahan.

Pelukan dilepaskan perlahan. Sengihan tak bersalah meniti di wajahnya kini. "Alah sorry lah umi bukannya selalu pun Naura bangun lambat, kan? Cuma hari weekend macam ni aje Naura ada peluang nak bermalas-malasan dekat rumah ni. Kalau hari-hari biasa Naura busy dengan kelaslah, dengan assignment lah. Ini pun Naura bangun lambat sebab semalam busy siapkan assignment."

Suami Pilihan Abah [E-BOOK]Where stories live. Discover now