"GOOD morning abah, umi..." ceria Naura menyapa. Pipi tua Encik Kamarul dan Puan Ramlah sempat dikucup mesra. Usai itu punggung dilabuhkan duduk bersebelahan sang umi.
"Morning, Naura. Abah tengok kamu ni happy semacam aje. Ada apa-apa ke ni?" soal Encik Kamarul ingin tahu. Surat khabar yang dibaca tadi diletakkan ke tepi.
"Aik? Naura nak happy pun salah ke?" cebik Naura.
"Tak salah pun abah cuma pelik aje. Biasanya kalau pagi-pagi macam ni mood kamu selalunya ke laut. Tapi hari ni abah tengok macam happy semacam aje. Kamu takde nak share apa-apa ke dekat umi dengan abah ni?" soal Encik Kamarul. Nasi goreng sempat disuap kembali ke dalam mulutnya.
"Abah, Kak Naura happy sebab tak lama lagi nak kahwin. Orang tengah bahagia tu abah," celah Natrah. Tersengih-sengih dia tak bersalah.
Jelingan tajam Naura hadiahkan buat si adik. "Eh kau ni memandai aje, ya."
"Eleh tak nak mengaku konon."
"Naura, Natrah sudah-sudahlah tu. Kamu berdua ni depan rezeki pun nak bertekak. Pantang berjumpa ada aje benda yanf nak digaduhkan. Peninglah umi dengan perangai kamu berdua ni," Puan Ramlah yang diam sedari tadi mulai bersuara.
"Natrah dulu yang mulakan dulu, umi. Dia kalau sehari tak sakitkan hati Naura memang tak sah," tercebik-cebik Naura mengadu.
"Eh apa pasal aku pulak yang kena?" soal Natrah tak puas hati.
"Naura, Natrah sudah. Kamu berdua kalau nak bergaduh bukan dekat sini," tegas Encik Kamarul menegur. Ini kalau dibiarkan mahu melarat.
Diam kedua beradik itu apabila ditegur sedemikian rupa.
Melihatkan masing-masing yang sedang leka menjamu selera Puan Ramlah mula berbicara sekaligus mengamit perhatian ahli keluarganya.
"Naura, kamu dengan Hafiz dah berbincang ke nak guna tema apa masa majlis perkahwinan korang berdua tu nanti?" aju Puan Ramlah. Tumpuan diberikan sepenuhnya buat Naura.
Keluhan kasar Naura hela perlahan. Tak suka dengan topik yang bakal mereka bahaskan seketika nanti.
"Takde pun, umi. Kami takde bincang apa-apa pun."
"Habis tu kamu keluar dengan Hafiz semalam takkan takde bincang apa-apa? Kalau ikutkan masa dah suntuk. Tinggal beberapa minggu aje lagi sebelum majlis perkahwinan korang berdua diadakan bulan depan," celah Encik Kamarul.Buntang bebola mata Naura. Wajah Encik Kamarul direnung tak percaya. "Bulan depan? Abah ni biar betul?"
"Yang kamu terkejut sangat ni dah kenapa, Naura?" soal Puan Ramlah.
"Cepatnya umi dengan abah nak Naura kahwin dengan Pak Cik Hafiz tu," nak tergolek jantung Naura bila dapat tahu yang dia dengan Hafiz bakal dinikahkan bulan depan.
Ah! Dia tak sanggup!
"Lagi cepat lagi bagus, Naura. Bulan depan tu dah dikira lambat. Kalau ikutkan hati abah hari ni jugak abah nak kamu cepat-cepat kahwin dengan Hafiz tu."
"Abah ni biarlah betul? Naura ni masih belajar tunggulah sampai Naura habis belajar dulu. Tak lama pun cuma tinggal 2 tahun aje lagi Naura nak habiskan study."
"Abah faham tapi dalam masa 2 tahun tu macam-macam perkara boleh berlaku. Lagipun kamu tak kesian ke dekat Hafiz tu? Berapa lama lagi kamu nak dia kena tunggu kamu?"
Keluhan Naura hela kasar. "Habis tu kalau Naura kahwin, study Naura macam mana? Mesti Pak Cik Hafiz tu takkan benarkan Naura sambung belajar lagi, kan?"
"Fasal hal tu kamu tak payahlah nak risau. Macam yang abah pernah cakapkan sebelum ni, Hafiz dah janji yang dia akan benarkan kamu terus sambung belajar walaupun masa tu kamu dah jadi isteri dia. Dia dah janji yang dia takkam sekat kemahuan kamu."
"Betul apa yang abah kamu cakapkan tu, Naura. Hafiz tu takdelah kejam sangat sampaikan nak sekat kamu belajar dekat universiti tu. Kamu aje yang terlalu negatif menilai dia. Umi tengok dia tu okey aje."
"Umi, macamlah umi tak kenal Naura Khalisha ni macam mana orangnya. Dia memang seorang yang sentiasa berfikiran negatif pun," sampuk Natrah tak bersalah.
"Natrah, kamu dah siap makan ke belum? Pukul berapa kamu nak pergi sekolah ni? Lambat nanti bising pulak cikgu kamu tu," tegur Puan Ramlah tegas. Sebelum berlaku pergaduhan mulut baik dia segera relaikan.
Bebola mata Natrah julingkan ke atas. "Natrah nak pergilah ni, umi."
Hilang saja bayang Natrah, Encik Kamarul kembali mengatur bicara.
"Kamu tak payahlah nak risaukan apa-apa lagi, Naura. Fasal hal persiapan perkahwinan kamu tu biar abah dengan umi aje yang bincang dengan Hafiz. Ramlah nanti awak tolong carikan mana-mana butik pengantin yang sesuai."
"Baik, abang."
"Suka hati abah dengan umi lah nak buat apapun."
Kalau itu yang abah dan uminya mahu, Naura hanya mampu turuti saja. Tiada daya dia mahu membantah.
*****
NOVEL hasil tulisan tangan Siti Rosmizah dicapai. Belakang buku yang menempatkan sinopsis jalan cerita diteliti satu persatu. Terkumat kamit ulas bibir Naura menelaah setiap baris kata tulisan yang dipamerkan.
Minat dengan jalan cerita, buku novel segera diletakkan ke dalam bakul yang telah disediakan buat pengunjung di kedai buku itu. Usai itu langkah kembali Naura atur berlalu ke arah susunan rak-rak buku yang lain pula.
"Hai, sayang. Sorang aje ke?"
Naura yang tadinya leka meneliti buku-buku tersentak apabila ada yang tiba-tiba datang menyapanya. Dongak saja wajah mata mula membulat besar melihatkan Hafiz yang sudah tersengih macam kerang busuk di hadapannya.
"Pak cik? Pak cik buat apa dekat sini?"
"Saja jalan-jalan cuci mata. Naura datang sorang aje ke?" aju Hafiz lagi.
"Taklah mana ada sorang. Saya datang sini dengan 10 buah bas. Pak cik tak nampak ke kawan-kawan saya ni semua," perli Naura. Jelingan tajam sempat dihadiahkan buat Hafiz.
Pecah tawa Hafiz lagi-lagi bila dia tengok wajah Naura yang dah berubah cemberut itu.
"Tak sangka sayang pun pandai bergurau, ya. Ini yang buatkan abang makin tak sabar nak kahwin dengan sayang," mata dikenyitkan. Saja mahu menggoda.
Makin sebal Naura rasa bila dengar ujaran Hafiz. "Pak cik datang sini buat apa? Pak cik datang stalker saya, ya?" tebak Naura. Mata dah mengecil merenung tajam ke arah Hafiz.
"Stalker? Eh mana ada! Awak tak baik tau tuduh saya macam tu. Awak ingat saya ni takde kerja lain ke nak buat, hah?" kalut Hafiz menyangkal.
Takkanlah Hafiz nak mengaku yang dia memang dah mengekori Naura sejak dari universiti lagi. Habislah kantoi nanti!
"Habis pak cik buat apa datang kedai buku ni?" soal Naura curiga.
Kepala yang tak gatal digaru seketika. Bibir tak lekang mempamerkan sengihan kerang busuk.
"Err... Kebetulan tadi saya lalu depan kedai buku ni. Lepas tu saya ada ternampak awak dekat dalam, so saya singgahlah dekat sini," debaran di dada cuba dikawal sebaik mungkin.
"Boleh percaya ke ni?" kening dijongketkan.
Laju Hafiz menganggukkan kepalanya. "Percayalah cakap abang ni, sayang..."
"Hmm okey takpe saya terima alasan pak cik tu," malas Naura nak panjangkan isu yang langsung tak penting baginya.
"Fuhh! Nasib baik..." omel Hafiz. Dada bidangnya diusap perlahan.
Kalih pandang wajah Hafiz, Naura renung penuh tanda tanya. "Pak Cik cakap apa?" soal Naura curiga.
Kepala digeleng laju. "Eh! Takde apa-apalah. Mana ada saya cakap apa-apa," sengihan kambing Hafiz pamerkan.
"Hmm okey..." jongket bahu dan langkah kembali diatur berlalu. Malas Naura nak layan Hafiz ni baik dia segera mencari apa yang dia mahukan di kedai buku ini.
YOU ARE READING
Suami Pilihan Abah [E-BOOK]
Roman d'amourKena kahwin dengan kawan baik abah? Eiiuu... Bunyinya pun dah mengerikan. Namun apa pilihan yang Naura Khalisha ada bila si abah kesayangannya dah memujuk agar dia bersetuju untuk dikahwinkan dengan lelaki yang usianya jauh berdekad-dekad lebih tua...