BAB 3

1.3K 43 7
                                    

"NAURA dah tahu ke fasal hal tu? Kau dah bagitahu dia?" wajah tegang jelas terhias diraut wajahnya kini. Mata tunak merenung ke arah Encik Kamarul yang terlihat santai.

Tersungging senyuman nipis meniti dibibir tua Encik Kamarul. Tangan naik menepuk lembut bahu bidang Hafiz. Encik Kamarul tahu benar pasti sekarang ni Hafiz sedang dilanda kerisauan akan hal yang satu itu.

"Itu hal peribadi kau, Fiz. Aku tak boleh masuk campur. Fasal hal tu aku rasa ada baiknya kau sendiri yang berterus-terang dengan Naura. Seeloknya Naura dengar sendiri daripada mulut kau dan bukannya orang lain."

Keluhan dihempas kasar. Sesak dadanya apabila memikirkan akan hal yang satu itu. "Kau rasa kalau Naura tahu fasal hal ni, boleh ke dia terima aku sebagai suami dia?" soal Hafiz.

"Insya-Allah... Fasal hal tu kau tak payahlah nak risau. Naura tu nampak aje keras dekat luar tapi dia tu sebenarnya hati tisu. Aku yakin kalau Naura dah tahu perkara yang sebenar dia mesti akan faham dengan situasi yang sedang kau alami selama ni."

"Aku bukan apa..." Hafiz yang baru saja mahu menyambung bicaranya terhenti apabila mata mulai menangkap susuk tubuh Naura yang sedang melangkah menghampiri mereka berdua. Lebih baik dia diam daripada nanti rahsia besarnya itu bakal terbongkar.

"Abah..." sapa Naura. Mulut muncung sedepa.

Hafiz yang melihatkan wajah cemberut Naura mula rasa tercuit suka. Terbang bebas segala rasa bergelora yang tadinya menghentak dadanya.

"Ha Naura, siap dah kamu?" mata menilik penampilan Naura atas bawah.

Dianggukkan kepalanya. "Dah, abah."

"Macam ini aje kamu pakai, Naura? Apahal simple sangat?" soal Encik Kamarul tak puas hati.

Berlapis dahi Naura mendengarkan komen si abah. Ditilik penampilannya buat sekian kalinya.

Apa masalahnya? Baju panas berwarna putih dan dipadankan dengan seluar jenis jogger turut dari rona yang sama menjadi pilihan Naura. Pakaian yang cukup santai namun apa yang paling penting Naura rasa begitu selesa.

"It's okay. Kalau pak cik rasa tak suka dengan apa yang saya pakai, kita tak payahlah keluar. Habis cerita," mudah Naura membuat keputusan. Dia pun memang tak hati nak keluar dengan orang tua ganyut yang dari tadi merenung ke arahnya.

"Pak cik kamu panggil Hafiz ni, Naura? Hesy kamu ni tak eloklah panggil Hafiz macam tu. Kalau orang luar dengar tak manis bunyinya. Ingat sikit Hafiz ni bakal suami kamu. Cubalah kamu bahasakan dia ni abang, sayang tak pun baby. Sedap sikit telinga abah ni nak dengar," tegur Encik Kamarul. Dah berbuih mulut dia dengar tapi Naura tetap sama juga.

Baby? Nak termuntah Naura dengar panggilan yang diusulkan oleh Encik Kamarul. Paling sakit hati apabila mata terpandangkan wajah Hafiz yang jelas sedang tersenyum manis ke arahnya. Kalau ikutkan rasa panas hati ni mahu aje dia tarik jambang Hafiz yang bergayutan di wajah tua milik lelaki itu.

Biar padan muka dia!

"Apa-apa ajelah. Sekarang ni nak keluar ke tak nak?" kasar Naura menyoal.

"Eh mestilah nak. Jom..." kalut Hafiz bangun bersedia mahu berlalu.

Tangan Encik Kamarul, Naura capai dan disalam penuh sopan. Sempat dilabuhkan ciuman lembut di pipi tua si abah.

"Naura pergi dulu, abah."

"Yalah. Hari-hati, Naura. Please behave," pesan Encik Kamarul.

"Hmm... Okey," dianggukkan kepalanya tanda faham. Malas nak tunggu Hafiz, langkah Naura atur laju menuju ke kereta mewah milik lelaki itu.

Suami Pilihan Abah [E-BOOK]Where stories live. Discover now