Stesen LRT pada hari itu cukup sesak dengan manusia yang terburu-buru menuju ke destinasi masing-masing. Memandangkan hari tersebut merupakan hari isnin, para pekerja sudah mengerumuni stesen sejak awal pagi lagi.
Berbeza dengan dua orang gadis yang sudah berdiri di hadapan mesin tiket LRT selama hampir 20 minit. Masing-masing mengenakan topi dan pelitup hidung dan mulut berwarna hitam.
" Aduh macam mana ni? nak pergi mana ni woi?" Yana menggaru keningnya lalu memandang Evita yang sedang mengikis dinding menggunakan kuku tajamnya.
"Kau buat ape beruk, rosak la kambing dinding orang" Yana menarik kasar tangan gadis itu.
"Tak sekarang ni, kita lari rumah. Pastu tak tahu nak pergi mana. Okey, sekarang siapa yang plan semua ni?" Evita menyilangkan tangannya di dada. Rambut paras bahunya dikibas-kibas. Panas mat.
"Eh pompuan, kau yang ajak aku lari semalam pastu kau kata dah ade plan. Sekarang kau tanya aku pulak" kali ini telinganya pula digaru. Apa sadis sangat hidup aku ni ya Allah.
"Tu lah kau, kan mak kau dah pesan.. jangan cepat sangat percaya dengan orang. Tengok sekarang ape dah jadi?" Evita membalas dengan bangangnya.
"Aku rasa aku nak gi Australia ah, tak pun Switzerland" Yana membuat keputusan.
"Naik LRT?"
"Haah?"
"Asal tak pergi Antartika terus? kan tak ramai orang, hidup pun senang"
"Haah ek. Jom ah"
"Jom. Eh jap, kat sana ade beruang kutub tak?"
"Ada, banyak"
"Aku nak berjiran dengan diorang tau"
"Bole sayang" mata dikenyitkan sebelah.
"Wow. Gelinya saya" tersenyum tersipu malu.'PANG'
"Arghh.." Yana meringis kesakitan. Evita baru sahaja menghempas kepalanya di mesin tiket dengan kekuatan level 3. Baru level 3 so chill je.
"Sakit?"
"Tak sangat" Yana menepuk-nepuk dahinya seperti menghilangkan habuk."Sampai bilanya nak berdiri kat sini. Kadang penat jugak menunggunya" Evita mengeluh perlahan.
"Kadang je" Yana bercangkung pula di hadapan mesin tiket. Dagunya ditongkatkan.
"Tumpang dik, dah siap ke beli tiketnya? acik nak beli juga ni" suara yang muncul di belakang mereka sedikit mengejutkan kedua-dua gadis itu membuatkan mereka berpaling ke belakang serentak.
"Ouh hehehehehe. Belum sebenarnya, tapi kalau mak cik nak beli dulu silakan lah" Evita berbicara dengan sopan penuh budi bahasa dan pekerti.
Yana mempamerkan muka jijik. Dasar beruk talam nangka.Wanita yang kira-kira separuh abad itu memberikan senyuman manis kepada Evita lalu segera membeli tiket.
"Em, acik ni nak pergi mana?" Yana memberanikan diri untuk bertanya. Dia bukan lah jenis yang mesra alam sekitar yang bergaul dengan semua orang. Tapi dalam keadaan sekarang ni, menteri pun dia bole ajak borak. Bukan borak apa pun, nak tanya nak pergi mana je. Lebih-lebih sape nak layan.
"Acik nak pergi Bukit Rustown, ziarah sedara. Dah lama tak menjenguknya. Entah sihat ke tidak " mesra sahaja wanita itu menjawab.
Evita memandang wanita itu kekok. Sejak bila pulak aku tanya dia nak buat ape kat sana. Mak cik zaman sekarang memang macam ni ke? semua nak diceritanya.
YOU ARE READING
TWIN'S (ON GOING)
RandomSebuah coretan rekaan dunia khayalan dunia impian. IQ 1000 mohon menjauh. "Wei badak, kau serious lah nak tinggal dekat rumah tak siap ni? kayu pun entah kukuh ke tidak. Jom ah sewa condo" - Thalia Evita "Eh tenuk, kita tak ade duit gile. Nak tumpa...