PART 2

7 0 0
                                    

Mak cik Nafisah mengimbas kad pengenalannya di atas skrin sebuah mesin daftar pengguna bagi membuat pengesahan penggunaan kereta yang akan dia gunakan bersama dua gadis tadi. Aiyana dan Evita yang sudah rambang mata di tempat tersebut akhirnya memilih Honda Jazz berwarna putih sebagai kenderaan mereka ke rumah sedara Mak Cik Nafisah.

Kereta yang memuatkan lima orang penumpang itu dipandu oleh Aiyana selaku insan yang paling teruja untuk menerokai kawasan tersebut. Evita mengambil tempat di bahagian belakang sambil menikmati pandangan yang sungguh memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Gunung-ganang yang bersambung-sambung , jalan raya yang sunyi daripada kesesakan dan asap berbahaya, ditemani pula dengan barisan pepohon hijau sepanjang jalan. Tingkap kereta dibuka bagi mengambil udara yang cukup segar dan menenangkan.

"Dah nak dekat ke cik Naf?" Aiyana mula memperlahankan kadar pecutan kenderaan itu.

"Nanti kalau jumpa tol kat depan tu, dah sampai lah tempatnya" Mak Cik Nafisah membalas sambil memerhati kawasan sekelilingnya.

"Tol? kawasan macam ni pun ada tol ke? kena bayar berapa ni?" Aiyana mencapai beg tangannya untuk mengeluarkan purse nya.

"Kau bawa card touch and go tak Vit?" dia memandang sekilas ke tempat duduk belakang. Evita membalas dengan gelengan.

"Eh buat apa pulak touch and go semua ni? tak payah tak payah. Tol tu tempat scan i/c je. Kawasan ni tak boleh masuk suka-suka . Setiap orang yang masuk dan keluar dari sini mesti akan direkod. Baru boleh kenal pasti siapa penduduk, siapa pendatang" jelas wanita itu.

Aiyana dan Evita membuat gerakan mulut berbentuk 'o' sahaja. Tidak sangka kediaman seperti ini akan secanggih itu. Selepas sahaja melepasi tol, Aiyana memakirkan kereta yang dipandunya di hadapan sebuah rumah kayu yang boleh dikatakan buruk dan kelihatan lama.

"Ini ke rumahnya ?" Evita meminta kepastian.
"Betul lah ni rumahnya"

"Ada ke orang duduk dekat tempat macam ni?" Aiyana seakan tidak percaya dengan rumah yang dilihatnya kini.

"Sedara acik ni memang dah lama tinggal sini. Tinggal sorang pulak tu. Ada duit pun cukup-cukup tampung diri dia saja" kata Mak Cik Nafisah sambil membuka seat belt nya. Dia orang pertama yang keluar dari situ.

"Assalamualaikum " kedengaran suara wanita tersebut memberi salam di luar pagar rumah itu.

Evita memandang Aiyana yang turut memandang dirinya dengan kening yang terangkat. Masing-masing memikirkan perkara yang sama.

"Serius ke ni Yana?" Evita mula berasa gelisah .

"Habistu kau nak pergi mana lagi? dah lah tak plan langsung nak pergi mana. Bersyukur lah dah jumpa tempat ni" balas gadis itu.

Evita memandang kembali rumah tersebut. "Nak turun tak ni? " Aiyana bertanya seraya membuka pintu pemandu.

Evita yang melihat sahabatnya yang sudah keluar segera turut keluar dari situ. Dia berdiri di hadapan pagar rumah kayu itu. Dia melihat setiap inci rumah itu dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.

Asal tandas dia kat luar sia? ini masih zaman pendudukan portugis ke macam mana. Aduh dengan zinknya dah berkarat, pintu macam nak tercabut je ni. Selamat ke nak tinggal kat sini?

Aiyana yang sedang bertarung nyawa menarik keluar bagasi miliknya memandang Evita yang sedang tercegat di hadapan pagar. Giginya diketap geram.

"Buat apa lah minah ni kat situ alaaaaah" bagasinya ditarik geram.

"Woi, pergi keluarkan barang sana!" suaranya ditinggikan. Kot kot lah gadis tu dah hanyut sampai ke alam kubur.

"Wei badak, kau serious lah nak tinggal dekat rumah tak siap ni? kayu pun entah kukuh ke tidak. Jom ah sewa condo" Evita masih mengulang ayat yang sama tetapi ditambah dengan ajakan untuk menyewa sebuah condominium.

TWIN'S (ON GOING)Where stories live. Discover now