BAB 1

97 22 39
                                    


Jasad saling membutuhkan dengan jiwa tanpa janji setia

D A K A P A N   I R I S

Hujan turun lebat lagi hari ini. Bulu romanya juga mulai naik. Terasa angin malam menyapa tubuhnya membuatkan Iris mengemaskan pelukan. Fikirnya, bolehlah menghangatkan sikit badan yang kesejukan itu.

Seperti kebiasaan, Iris masih setia di pondok perhentian bas walaupun jam sudah menunjukkan angka 1 pagi. Tidak ada apa-apa yang menarik. Memang tempat itu sudah menjadi tempat dia menenangkan diri. Dia mahu sendiri.

Ting! 

Bunyi notifikasi membuatkan Iris tersentak seketika. Rasa menyesal pula sebab hidupkan data telefon bimbitnya.


3 unread messages

''Kau memang tak reti balik ke Iris? Kau sengaja biar bapak kau ni mati kebulur, kan?''

''Bawa si*l betul lah kau ni.''

''Balik bod*h, kau nak jadi anak derhaka?!''

-012-34******-

Satu keluhan berat keluar dari mulutnya. Walaupun tiada penama, Iris tahu benar siapa gerangan yang menghantar chat itu. Sudah lali telinganya mendengar segala caci maki macam ni. 

''How unfair life treats me.''

Iris menunduk kemudian memeluk lutut. Bibirnya pula terkumat-kamit merungut tentang betapa malangnya hidup yang dia ada sekarang. Tak menang tangan dia mengurus semua hal.

Tak lama, matanya pula dipejam erat. Nafas yang mulai tidak teratur cuba dikawal sehabis baik. Dia tidak mahu kalau-kalau emosi mengambil alih. Perlahan, dia menarik nafas dalam.


1,2,3,4,5. In. And out.

Hold.

Lama Iris dalam keadaan begitu. Dia mahu menenangkan diri sekejap.


''Err, cik? Cik okay tak?''

Iris menjerit kecil apabila disergah oleh seseorang. Dengan pantas, Iris mengangkat wajah dan merenung figura di hadapan. Tajam matanya membalas renungan tersebut. Badannya juga sudah siap sedia dengan sebarang kemungkinan.

''Eh, tenang cik. I'm not trying to do any weird or bad things here. You don't have to be worry.'' Lelaki itu melakar senyum mesra. Barisan gigi yang tersusun rapi dengan lesung pipit di pipi kanannya jelas kelihatan. Sesekali ada titisan air jatuh dari rambutnya, basah kerana hujan.

Bahu Iris yang tegang mula mengendur. Namun begitu, masih lagi otaknya ligat mencari jalan kalau-kalau orang di hadapannya ini ada niat yang tidak baik.

Dakapan IrisWhere stories live. Discover now