BULAN SUTRA menghayun malas tangannya mengikut langkah Tamara. Bosan. Sangat bosan. Setiap malam asyik belajar silat sahaja. Bosan. Sumpah bosan gila.
Genggamannya pada pemegang kerambit di tangan dilonggarkan dan tangan terus dihayun malas. Dalam banyak-banyak senjata, senjata yang paling dia gemari adalah keris dan kerambit. Dia gemar akan keris kerana selain bentuknya yang cantik berkelok dan sarung serta pemegangnya yang diukir cantik dengan berbagai motif, ia juga sangat mematikan. Kalau kerambit pula, bentuknya seperti kuku harimau. Ketika berlawan, senjata tersebut bagai tersembunyi tapi mampu meninggalkan luka yang sangat mematikan. Tapi...
Bulan rasa bosan. Sangat bosan. Bulan kalau boleh mahu duduk di dalam bilik. Bermain alatan muzik atau menjahit. Bukankah lebih baik seperti itu?
"Tamara. Aku bosanlah. Boleh kah kalau kita berehat sebentar? Aku mahu ke tandas." Ujar Bulan. Memuncung bibirnya.
"Kau kalau bab mengada memang hebat sungguh. Tak sampai dua puluh minit pun kita masuk gelanggang ini Bulan. Banyak alasan kau. Tak boleh. Nanti kau lari macam hari tu." Balas Tamara tegas. Persis kakandanya.
"Alahai Tamara. Aku penatlah. Lagipula aku jarang sekali nak tinggalkan latihan silat aku. Aku dah power dah. Setakat nak tampar orang senang sahaja." Bulan sengih selepas itu. Hanya mampu sengih sahajalah sebaik sahaja melihat wajah Tamara yang sudah mengecilkan mata memandangnya atas bawah.
"Amboi bukan main kau riak. Okey. Kalau begitu, kau lawan aku dulu. Lepas tu baru kau boleh berehat." Tamara senyum jahat sebelum dia membuka kekuda. Ada satu pisau belati digenggam kemas di tangannya.
Terus mati senyuman di bibir Bulan. Mata dijulingkan. Akur. Kerambit di tangan di pegang kemas.
"Hiyargh!" Tamara meluru ke arah bulan. Mula menyerang. Bulan agak kalut sedikit namun dia hanya selesa menepis segala serangan. Saat Tamara melayang pisau belati di tangannya, Bulan menangkap pergelangan tangan Tamara. Lengan Tamara di tarik ke arahnya sebelum dia membengkes kaki Tamara.
Tamara yang mahu terjatuh ke hadapan terus berguling dan kembali berdiri bersama kekuda. Dia kembali meluru ke arah Bulan. Bulan terus tundukkan sedikit tubuh dan melepaskan diri di bawah lengan Tamara yang dah sedia nak hayun pisau di tangan ke arahnya. Tapi bukan semudah itu, Tamara lebih pantas menghayun siku ke belakang tubuh Bulan.
"Argh! Adoi!" Bulan jatuh melutut di atas tanah. Tangan menggosok tulang skapula yang serasa mahu retak dek siku tajam Tamara.
Seketika kemudian Bulan senyum jahat melihat Tamara. Tamara tersedar sesuatu. Terus dia tunduk memandang seluar yang dipakainya.
Apakah...
"Ampun Tuan Puteri. Patik minta diri dahulu. Tata!" Bulan terus angkat kaki. Berlari pergi dari gelanggang persilatan itu.
Tamara gigit bibir bawah. Rasa nak menjerit melihat seluar yang dipakainya sudah terkoyak besar di pahanya. Entah bila hujung mata kerambit si Bulan mengoyak kain seluarnya pun tak tahu lah.
Ikatan kain batik di pinggangnya dileraikan sebelum kain itu disarung dan diselit kemas di pinggang. Menutup koyak yang besar di seluarnya.
Kena ganti seluar lagilah ni!
Eiii Bu...
"Bulannn!!!"
Kau tunggu Bulan. Aku minta kau ganti seluar aku!
Siap kau!
BULAN SUTRA berbaring tenang di atas padang rumput di sebelah bukit yang menghadap laut. Mata memandang tenang langit malam. Bulan separa malam ini sangat cantik. Tetap berkilau di setengahnya walaupun hilang kilauan di setengahnya. Cantik. Dan disebabkan inilah dia mengerti mengapa bonda suka lihat bulan.
YOU ARE READING
BULAN SUTRA ADHIKA (Hold)
Fantasy# 2nd Kingdom Chronicles | 𝕬𝖓𝖉𝖆𝖗𝖆𝖘𝖔𝖐𝖆 -﷽- Aku? Nama diberi Bulan Sutra. Nama yang biasa. Tiada gahnya. Andarasoka. Aku mungkin tidak sekuat pahlawan pendekar yang masih ada untuk mempertahankan Andarasoka. Tapi aku tahu aku punya subjek un...