BULAN duduk diam di tebing tinggi itu. Sekali sekala dia membetulkan perbaringan. Lengan dibawa ke belakang kepala.
Seperti biasa. Bulan malam ini kelihatan sungguh indah. Bersinar memancar cahayanya ke bumi. Bulan tidak jemu langsung untuk melihat bulan itu setiap malam. Bunyi ombak menghempas ke tebing juga menjadi halwa telinga yang indah bagi Bulan.
Sepi.
Bulan. Ombak.
Ini sahaja satu-satunya cara yang ada untuk Bulan lepaskan rindunya yang sudah tidak tertanggung terhadap kedua ibu-bapanya.
Bulan mengetap rahang.
Dia takkan biarkan kematian ayahanda dan bonda sia-sia. Dia akan ba...
"Arghhh!!!"
Mata Bulan meluas sebaik sahaja mendengar sayup-sayup jeritan seseorang menampar pendengarannya.
Terus tegak duduk Bulan bangun dari perbaringan. Jeritan-jeritan yang bersahutan membuatkan Bulan terus bangun. Berlari dia menuju ke arah perkampungan Andarasoka.
Langkah Bulan terhenti. Jantung bagai mahu tercabut melihat cahaya-cahaya merah-jingga yang melanggar pandangannya.
A... Api?!
"Arghhh!!! Tolong! Tolong jangan apa-apakan kami!" Seorang wanita memeluk erat anaknya sambil menjauhi beberapa lelaki berpakaian besi dengan lambang na...
Naga laut!
Itu tentera Aquanda!
Tanpa berlengah, Bulan terus mencapai kain yang tersangkut di bahu. Kain itu dililit menutup separuh wajah dan dibawa naik ke kepala. Bulan meluru ke arah tiga orang tentera Aquanda itu.
"Pergi mampus!" Bulan mencapai kayu panjang yang disandar di sebelah pokok. Kayu itu dihayun ke arah perut tentera tadi.
Bukkk!
Seorang tentera menghayun pedangnya ke arah Bulan. Bulan lebih pantas menghalang dengan kayu di tangan sebelum kayu dihayun ke lengan lelaki itu.
"Argh!" Pedang yang terlepas dari tangan tentera tadi dirampas. Tersentak apabila ada pedang dihayun ke lehernya, Bulan terus berundur sebelum dia memusingkan tubuh dan menghayun pedang di tangan ke tangan lelaki itu.
"Arghhh!!!" Menjerit tentera Aquanda itu apabila beberapa jarinya terputus dek hayunan pedang Bulan.
Bulan terus membuka kekuda. Diam dia menghalang tentera-tentera itu dari merapati wanita dan anaknya tadi. Pedang ditangan digenggam kemas.
"Berlindung ke muara. Cepat!" Arah Bulan.
Mengerti. Terkocoh-kocoh dua beranak itu berlari pergi dari situ.
Bulan mengetap rahang melihat tentera pertama yang diserangnya tadi meluru ke arahnya bersama pedang di tangan.
"Arghhh! You son of a bi..."
Bulan rendahkan tubuh melepasi hayunan pedang tentera itu sebelum dia menendang belakang tubuh itu ke atas tanah. Tentera itu mahu bangkit melawan, namun Bulan terlebih dahulu menghunus kuat pedang di tangan ke bahu lelaki itu. Ditikam kemas bahu tentera itu sehingga pedang itu terhunus ke tanah.
"Arghhhhh!!!" Lantang jeritan lelaki itu menguasai suasana.
"Hiyargh!!!"
Bulan angkat kepala apabila mendengar suara pergelutan. Bulan tersentak melihat Tamara yang sedang berlawan dengan beberapa orang tentera berbaju besi Aquanda.
"Tamara!"
Tamara menoleh saat mendengar namanya diseru.
"Bulan jangan ke mari. Bawa orang-orang kampung berlindung di muara!" Arah Tamara. Tenang sahaja dia melibas pisau di tangan ke muka tentera tadi selepas itu.
YOU ARE READING
BULAN SUTRA ADHIKA (Hold)
Fantasi# 2nd Kingdom Chronicles | 𝕬𝖓𝖉𝖆𝖗𝖆𝖘𝖔𝖐𝖆 -﷽- Aku? Nama diberi Bulan Sutra. Nama yang biasa. Tiada gahnya. Andarasoka. Aku mungkin tidak sekuat pahlawan pendekar yang masih ada untuk mempertahankan Andarasoka. Tapi aku tahu aku punya subjek un...