SEDANG ruangan Istana Aquanda itu sedang sibuk riuh mempertahankan pendapat masing-masing di hadapan Maharaja Aquanda, seorang lelaki dengan sesuatu di pegangannya mula tersenyum sinis di luar pintu. Bunyian bingit dari pembesar-pembesar Aquanda yang kononnya mahu lakukan sesuatu untuk kerajaan mereka semakin bingit menampar gegendang telinga.
Ares senyum senget.
Kalaulah boleh. Semua yang ada di dalam itu mahu dia tikam pada jantung dan tamatkan riwayatnya sekarang juga.
Termasuklah Maharaja besar.
Tapi tunggu aku gila. Baru aku akan buat semuanya.
"Tu... Tuanku Raja." Menggigil suara seorang pengawal penjaga pintu istana melihat susuk tubuh Ares. Malah objek yang dipegang Ares cukup membuat kedua-dua pengawal tadi terundur selangkah. Ada titisan darah jatuh ke lantai.
Gila.
Kepala orangkah itu?
"Buka pintu." Arah suara itu tenang.
"Ba... Baik Tuanku!" Tanpa berlengah, mereka terus membuka pintu besar itu. Membenarkan Raja muda mereka masuk.
Suara-suara sumbang pembesar-pembesar Aquanda terdiam. Semua mata di ruangan itu memandang tepat ke arah figura yang tegak berdiri di pintu. Serta merta mereka terus menunduk melihat wajah dingin itu.
Jeneral perang mereka sudah pulang.
Ares Alastair Lionheardt.
Ares maju ke hadapan. Begitu yakin, begitu berani dan begitu gagah langkahnya maju mahu menghadap Maharaja Aquanda.
Dan kali ini dia melanggar lagi kesucian ruang menghadap ini. Tangan terus menghayun sama kain yangvmenyalut kepala di tangan. Darah segar menitis dari kain dan membiarkan karpet merah yang menghala ke Maharaja Aquanda dikotori darah itu.
Derapan langkah berat Ares membuatkan semua pembesar gerun dengan Raja muda mereka itu.
Ares Alastair Lionheardt.
Satu-satunya putera Maharaja yang punya kelainan berbeza dari putera-putera lain. Rambutnya berwarna jingga keemasan. Sepasang matanya berwarna amber keemasan. Kulitnya tanned. Figura tubuhnya lebih gagah dan perkasa berbanding enam beradiknya yang lain. Sesuai sungguh dengan imej jeneral perang yang dipegangnya.
Derapan langkah berat itu terhenti di anak tangga pertama. Perlahan-lahan Ares mengangkat tinggi kepala di tangannya. Menayang kepala itu di hadapan Maharaja biar dia puas.
"Tuanku Maharaja, Beta memenangkan perlawanan. Seperti yang Tuanku mahukan."
Maharaja Gunnhild Lionheardt memandang garang wajah Ares.
"Ares. Apa kau sudah gila?! Mencemari ruang hadap istanaku dengan darah kotor musuh lagi!" Ujar Maharaja itu lantang. Garang. Berang dengan Ares.
"Oh." Ares perlahan-lahan menjatuhkan kepala di tangannya.
"I won the battle. And that's the only thing you said when i bring his head to you?" Ares ketawa kecil. Sebelah lagi tangan naik menggosok kotoran hitam dan darah yang masih bersisa di pipinya.
I won the battle.
Beta memenangkan perlawanan.
Dari remaja sehinggalah dia menjadi jeneral. Hanya itu sahaja perkataan yang menjadi obsesinya.
Menang.
Menang.
Dan menang.
Tidak pernah ada kalah keluar dari bibir. Tak pernah sekalipun dia mengaku kalah.
YOU ARE READING
BULAN SUTRA ADHIKA (Hold)
Fantasy# 2nd Kingdom Chronicles | 𝕬𝖓𝖉𝖆𝖗𝖆𝖘𝖔𝖐𝖆 -﷽- Aku? Nama diberi Bulan Sutra. Nama yang biasa. Tiada gahnya. Andarasoka. Aku mungkin tidak sekuat pahlawan pendekar yang masih ada untuk mempertahankan Andarasoka. Tapi aku tahu aku punya subjek un...