3 : Come Back Home

34 5 0
                                    

>>> >>> >>> Before This >>> >>> >>>

      Jungwoo telah berjumpa dengan Cassey untuk menyampaikan sesuatu kepadanya. Sepucuk surat yang diterima oleh gadis itu adalah satu ucapan dari seseorang yang sangat rapat dengannya.

>>> >>> >>> Continue >>> >>> >>>

      "Kecuali tekaan aku salah." kata Jungwoo yang berhenti membelek. "Jika begitu tidak kita biarkan... Bila-bila masa kita tak akan jangkanya!" balas Taeyong yang berkerut dahinya.

      Jungwoo pun berdiri dan berkata lagi, "Aku tak pasti tapi mungkin saja ia sudah berlaku." Secebis ayat dari mulut Jungwoo membuatkan Taeyong terpaling ke wajah Jungwoo. "Apa yang kau kata?!" Taeyong yang berkerut itu pun menggenggam kolar kemeja Jungwoo.

      Melihat Jungwoo hanya memainkan lidahnya didalam mulut seperti ada perkataan yang tidak boleh dikeluarkan, dia terpaksa membisu. Sengaja Jungwoo menolak badan Taeyong, "Beri aku masa untuk aku pastikan hal ini."

      "Aku tak boleh biarkan dia. Aku mahu dia kembali... " resah Taeyong yang tidak dapat menahan emosi.

      Selepas apa yang terjadi didepan mata, Taeyong masih tidak boleh lupakan gadis itu (Cassey) mengorbankan diri untuk dirinya, dia menjadi separuh gila untuk memastikan keadaan gadis itu selamat.


.‧͙⁺˚*・༓☾ 😈💕 + ꋊꉔ꓄23 ☽༓・*˚⁺‧͙

      Keesokan harinya, Cassey yang dikatakan itu pun memulakan paginya yang normal seperti tiada tanda-tanda pelik yang berlaku seperti menghilangkan diri setiap pagi. Dia menuruni tangga dan menuju ke arah dapur, melihat Bibi sedang menyediakan sarapan mereka.

      Alangkah terkejut Bibi melihat gadis itu tercegat di depan bingkai dapur memandangnya. "Cassey? Kenapa kamu disini? Tidak mengapa, Bibi akan siapkan makanan kamu dan bawakannya ke bilik kamu, nak." dengan nada lembutnya Bibi sambil menolak gadis itu untuk menunggu di luar dapur. Gadis itu hanya ikut tolakkan Bibi, dilihat pula Olivia yang baru turun tangga kerana dia perlu bersiap untuk bekerja di Pekan Ulunada.

      Selepas bersarapan, Olivia melangkah keluar rumah tapi diikuti oleh gadis itu dari belakang. "Sebentar, bukankah kau belum pulih ingatan? Pergi sana bersenang di katil, jangan menyusahkan aku pula." kata Olivia sambil membetulkan kain bawahnya.

       Degilnya gadis itu tetap mengikut langkah Olivia membuatkan dia sangat marah, "Apa engkau ini memang tidak faham bahasakah?! Baiklah begini, kau boleh ikut dan jika kau menghilang kalini, aku akan abaikan kau." kata memadai seorang kakak yang bencikan adiknya. 

      Namun, Cassey tidak membalas apa pun mengikutinya hingga ke pekan dimana salah satunya toko kain tempat Olivia bekerja. "Kau pergilah pusing-pusing ke toko lain, manalah tahu ada yang menarik untuk kau dan pastikan kau pulang kesini semula." pesan Olivia kepada adiknya yang tidak mengenali kota itu.

      Tiba-tiba, muncul seekor rama-rama berterbangan dihadapan matanya membuatkan dia tertarik untuk melihatnya. Tanpa disedari, dia telah mengikuti rama-rama itu sehinggalah dia mendapati dirinya sudah berada diatas sebuah titi untuk menyeberangi sungai. 

      Pandangan disitu sangatlah cantik membuatkan dia rasa terpegun. Melihat semula, rama-rama tadi sudah menghilang, sebaliknya sebuah toko bunga yang berasingan jauh dari toko lain muncul dihadapannya. Disebabkan rasa ingin tahu, gadis itu pun melangkah kedepan untuk menuju ke toko bunga itu.

      Lantas, mulutnya ditutup dan ditarik oleh seorang lelaki bertubuh tinggi dari belakangnya. Gadis itu cuba meronta tetapi tenaganya tidak mencukupi. Lelaki itu membawanya ke belakang semak lalu memutarkan badan gadis itu dan mereka saling menatap mata.

[C] EVOL LOVE S2 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now