16 : For The Last Word !

29 2 0
                                    

>>> >>> >>> Before This >>> >>> >>>

      Seminggu sudah berlalu, bisikan misteri itu telah membuat dirinya ingin mencari panggilan tersebut. Berjaya sahaja keluar dari rumah Vampire it, dia terserempak dengan Sungchan di sebuah hutan dimana dia dibawa ke tempat persembunyian Dhampir untuk bermalam disana.

>>> >>> >>> Continue >>> >>> >>>

      Selepas itu, Sungchan dan Shotaro pergi menemani Cassey mengikuti bisikan itu hingga mereka menjumpai sebuah gua disebalik air terjun. Apabila sudah mereka masuk ke dalam, Cassey meminta mereka berdua untuk tunggunya di luar manakala dia akan terus masuk dengan akal positifnya mengatakan, "mungkin ini cumalah pertunjuk yang perlu aku tahu sahaja." ucapan gadis itu membuatkan mereka mempercayainya walaupun susah memahami keadaan.

      Beberapa langkah kehadapan, Cassey sudah ditutupi kegelapan dan keberanian yang ada membuatkan dirinya terus ke hadapan. 

      Tiba-tiba, seorang wanita tua muncul di depannya sambil tersenyum melihatnya. "Siapa kau?" dan wanita itu menjawab "Selamat pulang anakku." sambil menghulurkan tangannya menarik gadis itu. Cassey yang kekeliruan pun turut terikut tarikan wanita itu dalam pelukan.

      Terdetik Cassey ingin menanyakan, "Apa selama ini, kau yang memanggilku? " lalu wanita itu dengan mesranya jawab "Ya, kamu adalah anakku yang sudahku panggil selama 20 tahun kelahiranmu, anakku. " 

      Difikiran Cassey cuma tahu bapanya Mr Lee sahaja yang membesarkannya tetapi tentang ibunya kurang diceritakan. "Jika benar dia adalah Ibuku, kenapa Papa tidak pernah beritahuku atau dia menipu aku selama ini! " bisik hatinya.

      Oleh hal demikian, dia mengikut sahaja kata-kata wanita itu. Wanita itu membawanya hingga ke satu ruang santai sambil dilayan mesra tanpa rasa curiga lalu wanita itu mengambil sebotol cecair dari raknya dan menghulurkan kepada gadis itu, "ambillah ini dan minumnya agar ingatan kamu pulih kembali. " kata wanita itu menyakini Cassey untuk meminumnya. 

      Kata seorang ibu tidak akan pula dilawan, Cassey mengambilnya walau rasa ragu-ragu tetapi wanita itu masih bercakap penuh yakin pada gadis itu yang mendengarkannya.

      Setelah meminumnya, kepala Cassey mula rasa kepeningan dan berkhayal, "Apa yang berlaku? Kenapa... " soal Cassey menahan kesakitan dikepalanya manakala wanita itu terus tersengih melihatnya.

      "Sudah tibanya untuk anakku kembali. "

      "Apa maksud kau dengan semua ini! " kata Cassey yang sudah jatuh melutut ke tanah. Wanita tua itu tergelak dan berhenti menjawab "Kau tidak tahu jika bapamu sudah mengambil anakku dan meracuni ibumu apabila melahirkan kamu! " dengar sahaja jawapan dari wanita itu, Cassey jatuh rebah dengan mata yang kabur melihatnya hingga terpadam pandangannya tanpa sedar.

⚔⚔⚔⚔⚔⚔⚔⚔⚔⚔

      Sementara keriuhan di hutan menimbulkan kekacauan kehidupan di alam itu. Kelompok manusia yang diketuai oleh Mr Lee mula rasa kerisauan untuk berdepan dengan makhluk-makhluk jahat yang dianggap satu risiko untuk dilawan. 

      Lain pula puak syaitan dan vampire liar hanya tersengih menantikan mangsanya.

      Lantas, muncul 3 pemuda datang dari arah timur menghampiri kelompok itu, "Berhenti, tiada siapa akan cedera disini. " kata salah seorang dari mereka bertiga yang cuba menghalang puak-puak itu mendekati manusia. 

      "Siapakah kalian? Aku tidak pernah melihat kamu bertiga." soal Mr Lee dibelakang dan salah seorang dari mereka menoleh mengatakan bahawa mereka ialah pemburu lalu dia berbisik antara mereka, "Dia adalah bapa gadis itu dan juga perdagang pakaian memburu. "

[C] EVOL LOVE S2 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now