𝗕𝗔𝗕 4

2.1K 49 7
                                    

Semasa berada di dalam kereta mereka berdua hanya berdiam sahaja tidak mulakan percakapan.

Amirah menoleh ke arah Zafril. Dia dapat lihat muka Zafril yang dingin sejak dari kejadian itu.

Lalu Amirah mulakan percakapan setelah lama berdiam sejak dari tadi.

"hm awak nak bawak saya pergi mana ni?" tanya Amirah dengan perasaan takut. Yelah nanti tak pasal pasal si Zafril ni marah dia pulak kang.

"aku nak hantar kau balik" kata Zafril tegas.

"ouhh okayy" kata Amirah.

"rumah kau kat mana?" kata Zafril dingin.

"hmm rumah saya dekat Department Sri Mawar" kata Amirah.

Zafril tidak menjawab dia terus melajukan keretanya untuk menghantar Amirah kerumahnya.

**

Setelah sampai di kawasan perumahan Amirah.Zafril menghentikan keretanya di depan rumah Amirah.Dia menoleh ke arah penumpang dan melihat wajah Amirah ketika dia sedang tidur. Dalam tak sedar Zafril mengungkapkan satu kata.

"cantik..."bermonolog didalam hati.

"ehh Zafril kau dah kenapa nii.. takkan dah angau dengan perempuan ni kot.. tak boleh takboleh"monolog hatinya.

Setelah hampir 3 minit dia menatap wajah Amirah.. Amirah tersedar dari tidurnya dah menggeliatkan tubuhnya.Lalu menoleh ke arah Zafril yang sedang melihat dia dengan tatapan mata yang tajam.

"dah bangun?Kita dah sampai dah ni rumah kau"kata Zafril dingin.

"ouh hm.. Terima kasih Encik....."kata Amirah.

"Zafril.Panggil aku Zafril"kata Zafril

"ouh okay.. Terima kasih Encik Zafril"kata Amirah.

"tak payah panggil aku Encik.Panggil Zafril je"kata Zafril

"okay.. Terima Kasih Zafril.Btw saya Nik Amirah Raisya.Nice to meet you."kata Amirah.

"hmm cantik nama tu macam tuannya juga..ehh Zafril apa kau cakap ni ishh"monolog hatinya.

"ha ye sama-sama.Nice to meet you to Amirah "kata Zafril

Kemudian Amirah membuka pintu untuk keluar dari kereta tersebut. Ketika hendak menutup semula ditahan oleh Zafril.

"ye awak.. kenapa?"kata Amirah.

"takde pape, cuma nak cakap seminggu ni kau tak payah pergi kerja tau"kata Zafril.

"ehh kenapa pulak?"tanya Amirah.

"kau nak budak tiga orang tadi tu serang kau ke?" kata Zafril.

"hmm taknak" kata Amirah.

"ha kalau taknak dengar jelah cakap aku ni" kata Zafril dingin.

"okayy.. takpelah bubyeee" kata Amirah.

Zafril menghidupkan keretanya dan beransur pergi dari kawasan rumah Amirah.

Setelah melihat bunyi kereta Zafril semakin menjauh.Amirah masuk ke dalam rumahnya.

Dalam tak sedar ada seseorang yang memerhati gerak geri mereka berdua.

SUAMIKU MR MAFIAWhere stories live. Discover now