We Haven't Met

167 9 2
                                        

Masuk sahaja di dalam rumah, Fira terkejut apabila melihat sahabatnya memandangnya tajam. Tangan wanita itu bersilang memeluk tubuhnya sendiri dengan wajah yang masam mencuka. Dengan muka tidak bersalah dia bertanya.

"What?"

"Oh look, someone was having fun last night." Zetty menyindir.

Fira tersenyum mendengar sindiran itu. Memang pedas, tapi dia sudah biasa. Dengan lagak bersahaja dia meletakkan beg tangannya ke atas meja sebelum membuka zip dan terus menanggalkan sweater biru tuanya. Sweater itu kemudiannya disangkut pada bahu kiri yang kian terdedah dek kerana baju dalamnya yang tanpa lengan itu.

"Drink?" Soalnya sambil tangan kanannya mencapai gelas  yang sedia tertangkup di atas meja. Dutch lady coklat dikeluarkan dari dalam peti sejuk dan dituang ke dalam gelas.

Perbuatan bersahaja Fira itu ternyata menguji kesabaran Zetty. Dia menggeleng melihat kelakuan sahabatnya itu. Kadang kadang dia terfikir macam mana la dia boleh sangkut dengan si Fira ni? Jarang nak ambik serius dalam satu satu hal. Asyik fikir pasal diri dia je. Mana adil macam tu.

"Kau tau tak Fariz datang sini semalam?" Soalnya dalam intonasi yang sabar.

Senyuman dibibir Fira terus mati kala nama itu keluar dari mulut Zetty.

"Really!?" Soalnya terkejut.

Melihat espresi muka Zetty, Fira mengeluh berat.

"Look, Zyy.. I'm sorry." Ujarnya lemah.

Zetty menghembus nafas berat. Dia menarik tangan Fira dan membawanya ke sofa.

"Dengar sini baik baik Fie, kau kawan aku dan aku tak pernah restu kau couple dengan Riz. Tapi bila dah kau pilih dia aku tak boleh buat apa. I only wish the best for you Fie. Tapi bila benda dah jadi macam ni, you should end this." Bicara Zetty sambil memandang tepat dalam mata Fira.

"Ye, aku tau kau tak kan pernah setuju punya hubungan aku dengan Riz. But he completed me. Your brother is perfect for me Zyy and I think, I love him." Fira cuba meyakinkan Zetty namun hanya mengundang tawa wanita itu.

"First of all, Riz is never my brother. Dia cuma abang TIRI je k? Second, Fira, have you MET my stepbrother? I mean, kau betul betul kenal ke Fariz yang sebenarnya?"

Soalan itu membuatkan Fira mengetap bibirnya. Lama dia membisu sebelum akhirnya dia mengangkat tangan tanda surrender.

"Fine, kau menang. He was never a good boyfriend. But.. neither did I. Alaa aku cuma tak nak sunyi je.." Fira membebel sendirian.

"Kau tau tak? Aku cukup paling meluat setiap kali tengok kau keluar dengan dia. Mamat tu baran kau tau tak? Ikut baran bapak dia agaknya. Macam mana kau boleh bertahan eh dengan jantan baran tu?"

"Hey dia tak pernah baran la dengan aku. He was just.. being disrespectful." Sambil menuturkan ayat itu Fira mengerling kepada Zetty yang memandangnya sambil sebelah kening terangkat. "Okay, dia baran. Mesti dia marah kau kan malam tadi? Dia ada buat apa apa ke? Dia sakitkan kau?" Intonasi Fira bertukar prihatin.

"I'm fine.  He's my stepbro, I can handle him. Don't worry about me. Sekarang ni aku nak kau break dengan dia. Tak kira apa cara sekali pun. You two are living in unhealthy couple lifestyle for about three months, you know?"

"Wait, you didn't tell him about what I did behind him, right?" Soal Fira curiga.

"No, I didn't. But I do tell him that he was an asshole because he cheated on you behind your back like the exact same thing that you did behind his back. And how was that, my friends?"

Possible 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang