Aku berdiri di jendela membuang pandanganku jauh ke luar. Pagi tadi, selesainya upacara akad nikah yang sekaligus menyatukan aku dengan satu satunya lelaki yang pernah hadir dalam hidupku. Zamir, lelaki itu yang pernah bersama sama melalui segala susah dan senang, pahit dan manis denganku. Kerana kasihnya yang begitu dalam sehingga sanggup dia menerima aku, satu satunya wanita yang telah melukainya sebagai seorang yang bergelar isteri. Ya! Isteri. Itulah gelaran aku sekarang. Semua itu setelah luahan dari hati ke hati yang berlaku seminggu sebelum majlis.
"Are you sure that this is what you want?"
"Yes, absolutely!"
Empat mata saling bertemu. Aku dan Zamir berdiri menghadap satu sama lain. Bunyi air terjun buatan di sebelah kami sedikit sebanyak memberi ketenangan dalam situasi serius begini. Zamir mengajak aku minum di sebuah restaurant di tengah tengah bandar sebaik aku memaklumkan untuk berjumpa. Tadinya, kami hanya duduk berbincang sambil minum di meja makan sebelum Zamir mengajak aku pergi ke tempat lebih tertutup sebaik sahaja perbincangan kami menjadi semakin serius.
"I pernah tanya benda ni, hari ni I nak tanya sekali lagi."
Aku menarik nafas sebelum menyambung.
"Kalau I cakap I dah jauh tersasar, masih sudi ke you terima I jadi pendamping hidup you?"
"Sudi Amy. Siapalah I nak menghukum you? I akan cuba sedaya upaya I untuk bimbing you ke jalan yang benar. Just like I've said before, I will always love you no matter what!"
Aku terdiam. Lama juga aku mengambil masa untuk memproses dan memikirkan kata kata selanjutnya.
"I tak nak putuskan persahabatan I dengan Inas." Kataku setelah lama mendiamkan diri.
Kudengar Zamir menghela nafas sebelum menjawab.
"No problem!"
"I tak nak you halang apa pun yang I buat selagi perbuatan I tu tak bercanggah. Boleh?"
"Deal!" Katanya sambil mengangguk.
"Jangan sesekali paksa I untuk 'bersama' dengan you."
Zamir ternganga. Aku lihat lelaki itu menggeleng dan matanya memandangku dengan pandangan tidak percaya.
"I tak kan buat macam tu, Amy. Macam mana you boleh fikir benda macam tu? I kahwin dengan you bukan sebab nafsu Amy. I ikhlas sayangkan you. Ke you masih fikir yang I nak kahwin dengan you sebab dendam. Macam tu ke Amy?" Soalnya laju.
Terkedu aku disoal begitu.
"I tak cakap macam tu pun!"
"Habis tu macam mana you boleh bagi syarat macam tu kalau you tak terfikir apa yang I cakap tadi."
"I tak bermaksud macam tu, Zamir. I cuma.. I cuma..." Aku menundukkan kepala memandang lantai.
"I faham." Lemah kedengaran suara itu.
Aku mengangkat muka.
"After what you have been through, I faham kenapa you fikir macam tu."
Aku diam memberi ruang untuknya meneruskan bicara.
"Amy, I minta satu je Amy. I want you to accept me the way I accept you. I tak akan halang you untuk tentukan dengan siapa you nak berkawan, even dengan Syafinas sekalipun. Tapi tolong! Tolong terus terang dengan I. I know I have made this far. I came back from London because I believe what I feel. I trust my own though. It will be for nothing if you accept me with hesitation. Please.. let it be something."
Kata kata itu bermain main di dalam kepalaku.
"Okay, I wont let it be for nothing. But please.." Aku menarik nafas dalam.
YOU ARE READING
Possible 2
Mystery / ThrillerSetelah satu persatu rahsia dibongkar, kini, Amy lebih kenal siapa sebenarnya Inas. Inas, daripada perahsia kini lebih jujur dengan Amy. Sara, daripada aggressive kini sudah berlembut. Alia, daripada beku kini menjadi akrab dengan Amy. Anas, yang ti...