"oi dekat dahi or pipi je.. jangan dekat bibir"
"taknak"
"ha?--"
LOVE PROBLEMS
kediaman ackerman
ruang keluarga yang ditempati mereka semua senyap sunyi, tiada orang yang membuka suara. hanya terdengar bunyi detakan jam dinding yang menghiasi kesunyian itu
"maaf" satu kata keluar dari mulut kuchel
"maaf sebab anak perempuan saya... anak awak terlibat sama eve, aiden"
"janganlah cakap macamtu kuch, benda dah jadi. lagipun kita semua tak jangka benda ni akan jadi kan?" kata evelyn
"petra tak marah kan?" tanya kuchel lembut
"t-t-tak aunty" bohong petra
menipu la kalau aku tak marah, masa bujang aku yang berharga huwaaa.. solo trip aku... TIDAKKK
"levi marah mama ke?"
"hm" dengung levi
"maaflah ya, anak saya memang jimat kata-kata. jangan dimasukkan ke hati" kata julian
"hahaha tak apa julian" jawab aiden
"eren sekarang dah mula cari mikasa. jadi saya pun minta maaf sebab anak saya.. mikasa larikan diri" ujar carla
"aunty jangan risau, saya yakin abang eren akan jumpa kakak and berbaik semula" kata isabel
"terima kasih isabel" jawab carla dengan senyuman
lalu mereka pun mula berbincang tentang levi dan petra. ibu bapa mereka bersetuju jika masalah eren dan mikasa selesai, levi dan petra berhak memutuskan sama ada mereka akan bercerai atau tidak. ibu bapa mereka tidak akan keberatan kerana perkahwinan levi dan petra ini termasuk dalam pemaksaan dan bukan kerana perasaan cinta
kerana keadaan menjadi sunyi semula, levi pun memutuskan untuk membuka tv dan terpamparlah seorang host rancangan hiburan yang sedang membahas tentang perkahwinan puteri sulung keluarga ackerman dan putera bongsu keluarga yeager di skrin tv
"ya ada sedikit kekeliruan yang berlaku tentang perkahwinan kedua keluarga terhormat. apa yang terjadi? kenapa yang berkahwin hari ini ialah levi ackerman, anak sulung keluarga ackerman sekaligus ceo syarikat L.A dan petra ral, puteri tunggal keluarga ral yang bakal meneruskan perusahaan ayahnya, aiden ral? dimana eren yeager dan mikasa ackerman? adakah ini hanya perkahwinan business?-"
tut
levi mematikan semula televisyen kerana malas mendengar para wartawan atau host tv yang suka menokok tambahkan cerita, lagi-lagi jika itu bersangkut paut dengan keluarganya
"hm hari pun dah gelap, kami balik dulu ya" kata evelyn
"oh yela, kami pun minta diri dulu ya" kata carla
"baiklah, sekali lagi maaf ya semua"
• • •
levi's bedroom

ANDA SEDANG MEMBACA
love problems
Fanfictionhari yang membahagiakan bagi seorang perempuan jelita bermarga ackerman, ya mikasa ackerman akan berkahwin dengan cinta pertamanya tetapi perkahwinannya hancur kerana kesalah fahamannya sendiri. bukan itu sahaja, dia malah melarikan diri untuk mengh...