LP-04

2 0 0
                                    

"ck kecoh la diaorang ni. aku balas esok jelah.. ngantuk hoamm"

LOVE PROBLEMS




























dua orang sahabat sejati perempuan berambut caramel itu sedang duduk manis di kerusi depan meja petra yang berjabatan sebagai manajer di syarikat ayahnya. petra masih sibuk dengan semua dokumen yang perlu diselesaikan tetapi kedua sahabatnya membuat petra menjadi tak selesa dengan tatapan ingin tahu mereka itu

petra pun meletakkan dokumen itu lalu mula memandangi dua manusia di hadapannya itu

"ehem ehem we're waiting dear ~"

"ck ya lah aku cerita ni!" kata petra yang tak tahan dengan desakan kedua sahabatnya itu

"wait wait wait, jangan cakap kau dengan dia ada rumor lepastu korang kena paksa kahwin sampai kena tangguhkan majlis kahwin eren dengan mikasa?!" teka hange

"omo omo betul ke petra?! padahal korang tak pernah dekat pun. kenal pun tak" kata nanaba pula

"mana ada lah, kalau boleh aku taknak dipertemukan langsung dengan orang yang bernama levi ackerman tu" kata petra sambil menekankan nama lelaki yang kini adalah suaminya

"levi tu memang menjengkelkan tapi dia orang yang baik kalau kau kenal dia betul-betul petra" kata hange selaku kawan baik levi sejak di universiti

"ye la tu-- aik macam mana kau tau hati budi dia ni?" tanya petra hairan

"actually kitaorang dah berkawan dengan dia since university" jawab nanaba dan mendapat anggukan daripada hange

"aku tak tau punnnn.. ha apa-apa lah. aku nak meluah dekat korang ni macam mana semua benda ni boleh jadi"

"ha cepat, kitaorang tak sabar ni" kata nanaba dan hange semangat

"cerita dia macam ni tau ..."

setelah berpuluh minit lamanya, petra pun selesai menceritakan perkara sebenar kepada kedua orang sahabatnya yang tak henti-henti bertanya tentang perkara ini sejak tadi malam

"oh i see i see... susah jugak eh kalau macamtu. takde hint ke mikasa lari pergi mana?" tanya nanaba

petra menggeleng

"haish... habistu apa plan kau dengan levi?" tanya hange pula

"esok kitaorang mula cari mikasa"

"lepastu kalau mikasa dengan eren dah berbaik... hubungan kau dengan levi macam mana?" tanya hange

"cerai la. buat apa teruskan kalau kitaorang tak ada perasaan antara satu sama lain"

"weh apa kau ni... takkan sampai macamtu sekali kot" kata nanaba tak percaya

• • •

"nenekkkk ~" sambil berlari dan memeluk neneknya dari belakang

"eh mikasa... pergi mana dengan atuk tadi?"

"pergi mancing nek, mika dapat dua ekor ikan besar-besar hehehe"

"wah~ mesti sedap tu kalau bakar. mikasa nak makan ikan bakar?"

love problems Where stories live. Discover now