"masuklah cepat" berkali-kali levi melontarkan kata tersebut memandangkan isterinya masih enggan untuk mematuhi perkataannya
jujur ini sudah 30 minit berlalu sejak dia tiba di perhentian bas tempat petra berada. petra yang keras kepala dengan ego yang tinggi memang tak heran jika dia masih nekad tidak mahu masuk ke dalam kereta milik levi. dia amat murka sekarang. meski sudah setengah jam berlalu, levi masih sabar melayani sikap petra
"degil lah kau ni" levi mula kesal
"ha dah tau aku degil kan. pergi jelah. tak ada siapa suruh kau datang ambil aku kat sini" kata-kata pertama petra sepanjang 30 minit pertemuan mereka
ikut kan hati levi, dah lama dia tinggalkan wanita itu sekali lagi tapi dia bimbang keluarganya akan menyalahkan levi jika petra tidak kunjung pulang nanti
"HAHAHAHA aku dah kata.. kau yang tak percaya" kuat betul suara seorang lelaki yang berpakaian compang-camping itu
"gila betul" kata petra perlahan apabila melihat lelaki yang sedang bercakap dengan pokok seperti orang gila
lelaki yang sedang asyik ketawa dengan pokok itu pun memandang ke arah petra "HIHIHIHI HAHAHAHA CANTIKNYA CANTIKNYA!!" ujarnya teruja sambil bertepuk tangan berkali-kali lalu berlari ke arah petra
"AAAHHHHH" jerit petra sekuat-kuatnya apabila lelaki itu semakin hampir. tiada pilihan, petra pun langsung masuk ke dalam kereta levi lalu mengunci pintu
"huft..haaa..huft..haa tak sangka memang betul-betul orang gila" petra terkejut setengah mati
lelaki tak waras itu pun terlihat sedih apabila petra melarikan diri daripadanya. dia menatap terus ke arah tingkap penumpang yang di tinted itu. tak nampak apa-apa kecuali pantulan dirinya. dia pun berlalu pergi dan sambung berbual dengan pokok tadi
di situ levi sedang berusaha menahan tawanya. menahan bibirnya dengan jari telunjuk supaya tidak keluar suara gelakan kecil. tak sangka boleh tahan kelakar juga wanita di sebelahnya itu. lawak betul kejadian tadi sehingga dia sesal kerana tidak dapat merakam moment tersebut. tak apalah. dia boleh simpan dalam memori dia. begitu fikir levi
"cepatlah jalan. lapar ni" kata petra. dia nak cover malu je sebenarnya
• • •
"nenek~" panggil mikasa
"ya cucu nenek... ada apa ni?"
"nek, nenek rasakan apa yang mika buat ni melampau ke?" tanya mikasa serius
"melampau macam mana maksudnya?"
"yela, mika dah rosakkan majlis sebab lari. lepastu abang dengan kak petra pula kena jadi kambing hitam gantikan mikasa dengan eren sebab nak jaga maruah keluarga. mika rasa tak tenang nek" mata mikasa mula berair
"jujur nenek cakap.. apa yang mika buat tu memang salah. mika tak boleh lari daripada masalah. mika kena selesaikan masalah. lari akan burukkan lagi keadaan. tapi pada masa yang sama nenek faham, mika takut eren masih ada hati dengan dia kan? mika takut masa tengah jalankan rumah tangga nanti eren tiba tiba berubah hati lepastu tinggalkan mika semata-mata sebab perempuan tu kan?" jawab neneknya
"ne-nenek.. hiks" tidak dapat lagi menahan genangan air mata, mikasa pun melepaskannya
mikasa memeluk neneknya. menangis di dalam pelukan sang nenek yang sentiasa memahaminya
"mika janji mika akan selesaikan semua masalah ni nanti tapi bukan sekarang. mika masih takut nak menghadap papa, mama, abang, kak petra dengan keluarga eren. buat masa ni mika nak tinggal dengan atuk nenek dulu"

ANDA SEDANG MEMBACA
love problems
Fanfichari yang membahagiakan bagi seorang perempuan jelita bermarga ackerman, ya mikasa ackerman akan berkahwin dengan cinta pertamanya tetapi perkahwinannya hancur kerana kesalah fahamannya sendiri. bukan itu sahaja, dia malah melarikan diri untuk mengh...