𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 02

452 78 110
                                    

𝑨𝑴𝑺𝑻𝑬𝑹𝑫𝑨𝑴𝑑𝑖𝑠𝑒𝑏𝑢𝑎ℎ 𝑙𝑜𝑟𝑜𝑛𝑔 𝑑𝑖 𝑘𝑜𝑡𝑎 𝐴𝑚𝑠𝑡𝑒𝑟𝑑𝑎𝑚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝑨𝑴𝑺𝑻𝑬𝑹𝑫𝑨𝑴
𝑑𝑖𝑠𝑒𝑏𝑢𝑎ℎ 𝑙𝑜𝑟𝑜𝑛𝑔 𝑑𝑖 𝑘𝑜𝑡𝑎 𝐴𝑚𝑠𝑡𝑒𝑟𝑑𝑎𝑚 .

Jihyo menekan-nekan telefonnya mendail nombor telefon rakannya di Amsterdam iaitu Melissa . Seorang wanita inggeris . Sudah berbelas kali dia hubungi tetap juga berjawab . Mengeluh panjang dia jadinya . Dahlah dia tidak biasa disini .

Berdebar pula jantungnya saat ini . Luggege ditarik . Lorong berdekatan airport dia lalui . Ikut sahaja langkah kaki . Dia tidak naik teksi kerana Melissa pesan kepadanya supaya tunggu . Melissa akan menjemputnya . Tapi dia yang tidak selesa dengan pandangan seorang pengawal keselamatan disitu membawa diri ke lorong berdekatan .

Dia sememangnya akan hadir perasaan tidak selesa apabila dipandang aneh oleh orang asing . Ditambah pula seorang lelaki . Takut juga dia rasakan . Kalau boleh mahu menghindar sejauh mungkin .

Asyik memerhati telefon , tiba-tiba dia dengar bunyi orang berjalan dibelakang . Tatkala pusing ada seorang lelaki berpakaian serba hitam jalan dibelakangnya . Degupan jantungnya mula berdegup kencang .

Berkali-kali dia toleh kebelakang . Kaki pula dilajukan melangkah . Dalam hati berdoa agar Melissa datang cepat . Dia takut benar sekarang ini . Lelaki itu masih berada di belakangnya .

Jihyo berlari kecil dan keluar ke jalan besar .
Dia toleh kebelakang semula , lelaki itu sudah tiada .
Kiri kanan dia tengok .
Dia perlukan sebuah teksi sekarang ini atau sesiapa sahaja yang sudi menumpangkannya .

PIN ! PIN !

" Jihyo "

" Melissa ! "
kekalutan Jihyo meluru kearah kereta Melissa . Cepat-cepat dia masuk kedalam kereta .
Ditempat duduk belakang bersama luggege nya .
" Kau kenapa ni nampak cemas semacam je ? " tanya Melissa bingung .

" Mujurlah kau datang cepat .
Ada lelaki sorang ikut aku .
Mengigil aku rasa "
jawab Jihyo seraya melihat ke luar tingkap .
" Ala , kau ni .
Dia nak berkenalan dengan kau lah tu " Melissa memandu pergi . Selamber sahaja dia bercakap .

" What ?
berkenalan ?
kau tahu tak dia nampak mencurigakan . Kalau dia ada niat jahat macam mana .
Tak akan orang ikut kau , kau fikir orang nak berkenalan dengan kau " terkejut Jihyo dengan ayat selamber Melissa .

Melissa memutar biji mata .
Kawannya itu terlalu membawa budaya berjaga-jaga nya dari Korea . " Hello ! Jihyo , sini Amsterdam okay . Bukan Korea . Ala , biasalah tu .
Diorang kacau diorang bagi duit tau . Serah diri kejap je . Duit ribu-ribu dapat . Apa salahnya " ternganga Jihyo mendengarnya .

" Melissa , tak akanlah . . "

" Hey ! aku tak ada pilihan lain okay .
Kalau aku tak buat macam tu macam mana aku nak teruskan hidup . Barang dekat sini mahal tau . Makan lagi , pakai lagi . Nak duduk dekat oversea ni Jihyo kenalah pandai cari duit . Tapi pastikan duit yang kau cari tu banyak . Kalau ciput je , nak beli gula-gula pun tak mampu " ujar Melissa panjang lebar membuatkan Jihyo terdiam .

[ ✓ ] 𝒉𝒊𝒔 𝒘𝒆𝒂𝒌𝒏𝒆𝒔𝒔 • 𝗠𝗮𝗳𝗶𝗮 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 | 𝒋𝒋𝒌Where stories live. Discover now