𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12

325 57 41
                                    

" hiks "
kedegaran tangisan Jihyo dari dalam sebuah bilik .
Dia dikurung dalam bilik tersebut di Villa mewah itu .
Pintu dikunci dari luar oleh anak buah tiger .
Tangisan Jihyo langsung tidak dipedulikan oleh mereka .
Yang penting diberi upah oleh Tiger . Kerana duit sanggup buat apa sahaja .

Seorang wanita keluar dari dapur dengan segelas wine ditangan .
Gaya lenggang lenggong berjalan keluar dan melabuhkan duduk diatas sofa ruangtamu .

" Cik Melissa "

Melissa bereaksi rimas apabila seorang lelaki duduk menempel disebelahnya . Menghidu haruman rambut panjangnya itu .

" Kau nak apa ? "

" Ala , kau ni mentang-mentang dah hidup mewah sekarang sombong dengan aku .
Selalu asyik aku je yang kau nak " lelaki tersebut menyindir .
" Dahlah , Dawon .
Aku rimaslah dengan kau .
Aku tak kenal lagi aku ke apa ?
aku ni tak akan pakai lelaki untuk dua tiga kali tau .
Aku akan tukar .
Bosan benda sama "
lagak Melissa dengan gaya jari lagi .

Dawon senyum sinis .
" Habis kau ingat lelaki ni nak pakai kau dua tiga kali ke ?
kitorang ni lelaki bila dah pakai kitorang buang . Menyemak "

" Dahtu blah lah .
Kenapa terhegeh lagi dengan aku "
Melissa bangkit .
Dia jalan naik ke tingkat atas .
Raut wajah Dawon berubah .
" Kita tengok sejauh mana kau akan berlagak , Melissa "

Melissa menghampiri bilik dimana Jihyo dikurung .
Bilik tersebut dia buka .
Tanpa rasa bersalah dia mendekati Jihyo yang sedang termenung di jendela .

" Kau dah kata dekat kau ikut aku . Tapi kau degil .
kan sekarang tak pasal-pasal kau terkurung dekat sini .
Kalau kau ikut cara aku , Tiger tak akan kurung kau .
Kau akan lepas bebas macam aku .
Kau degil , Jihyo "
Melissa berpeluk tubuh .
Sinis dipandang Jihyo atas bawah .

" Aku rela terkurung seribu tahun pun . Asalkan aku tak buat benda terkutuk tu .
Bebas atau tak sama je .
Kau tetap terkurung dalam bayang-bayang gelap kau .
Kalau kau bebas kau tak duduk dekat sini " balas Jihyo .
Melissa patut sedar dia sebenarnya yang terkurung .

Melissa memutar bebola mata menyampah . " Aku terkurung sekalipun aku hidup mewah .
Kau duduk dekat sini tunggu sama je Tiger nak jadikan kau pelacur . Apa kau ingat suami kesayangan kau tu akan datang cari kau ? " Melissa jeda .
Tidak dipedulikan perasaan Jihyo . " Tak .
Dia tak akan datang cari kau .
Kau tahu sebab apa ? "

" Sebab suami kesayangan kau tu dah mati "

PANG !

Jihyo menampar Melissa dengan muka yang marah . Tidak dapat diterima jika sesiapa mengatakan Jungkook sudah mati .
Kerana dia yakin Jungkook masih hidup . Tindakan Jihyo mengejutkan Melissa . Tangan memegang pipi yang terasa pijar .

" Kau jaga sikit mulut kau ! "

" Kau ingat kau siapa nak cakap macam tu ? "

" Aku sampai sekarang yakin yang Jungkook masih hidup .
Kau benci aku sekalipun jangan sesekali kau kaitkan dengan Jungkook . Kau nak hidup dalam kegelapan . Kau nak jadi pelacur . Kau nak dikelilingi dengan lelaki . Itu urusan kau . Buat ! apa pun yang kau nak buat ! aku tak kisah Melissa .
Sikit pun aku tak kisah ! " ujar Jihyo kuat .

" Tapi kau tahu .
Kau tak ada sikit ! pun hak untuk nak aku ikut apa yang kau buat .
Aku hidup bukan semata-mata untuk kau , Melissa .
Lepas malam tu aku dah tak anggap kau siapa-siapa walau kawan seklipun . Aku dah tak kenal kau . Aku dah tak kenal siapa Melissa yang aku kenal " setitis demi setitis airmata mengalir dipipi Jihyo . Suara tertahan . Dia tahan untuk tidak menangis tapi dadanya sesak . Sukar untuk dia tahan .

[ ✓ ] 𝒉𝒊𝒔 𝒘𝒆𝒂𝒌𝒏𝒆𝒔𝒔 • 𝗠𝗮𝗳𝗶𝗮 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 | 𝒋𝒋𝒌Where stories live. Discover now