'Uweekkk! uweekkk!'Raungan Bayi bergema di seluruh pelusuk rumah membuatkan kedua suami isteri yang sedang tertidur nyenyak bersama tersedar akibat raungan itu.
"Boboiboy!" Jerit salah sang isteri apabila melihat anak mereka hampir dibawa lari oleh sebuah robot jahat.
"Tak guna kau!" Marah si suami memberikan satu libasan tendangan tepat dibelakang kepala robot itu lantas merampas semula cahaya mata mereka dari tangan kotor robot itu yang hampir melangkah keluar dari balkoni bilik mereka.
"Mara!" Jerit sang suami yang terpaksa memberi anaknya yang berumur setahun itu di udara kepada isterinya. Dengan jiwa seorang ibu, dia dapat menangkap anaknya itu lalu dikucup penuh syahdu.
"Bawa dia lari dan kejut mechabot sekarang!!" Arah suaminya mengelak serangan robot itu yang memberikan serangan tidak menentu. Mara selaku isteri mengangguk faham lalu membalut skraf dikepalanya dan keluar dari bilik itu sehingga hampir tersadung dihadapan pintu.
(Info: dia boleh jalan atas alat cipttaan amato)
"Boboiboy sayang.. sabar ye.. nanti ayah kembali pada kita" katanya kepada anaknya bagi menghilangkan kerisaunya pada suami tercintanya yang sedang bertarung.
"Mechabot! Mechabot! Bangun! Kita diserang!"
"Ha? ape? tak munghkinlah.. huarggh!"
"Bangunlah!"
Kesabarannya tidak bertahan lama dan menekan butang kejutan pada tempat kawalannya membuatkan Boboiboy yang tadinya menangis tertawa geli hati melihat Mechabot terenjat sebegitu. Maka dengan itu, Mechabot cepat cepat pergi ke bilik mereka yang telah menjadi medan pertarungan yang sengit.
Mara mengeleng melihat Mechabot bergegas menaiki tangga. Tanpa membuang masa dia memberi signal kecemasan pada station Tapops memberitahu mereka yang mereka dua sedang menghadapi masalah.
40 minit kemudian, robot jahat itu telah ditewaskan oleh Mechabot dan Amato lalu diberkas pasukkan Tapops yang tiba beberapa minit seusai mereka menewaskan robot jahat itu.
"Nasib kamu berdua memang baik.. kebetulannya pasukkan aku ada misi di sektor berdekatan bumi. Jadi kami terima signal kecemasan kamu berdua dengan cepat"
"Terima Kasih Mask, tapi.. Aku hairanlah.. macam mana mereka dapat tahu yang aku ada anak? sedangkan aku tak pernah bawak dia ke mana mana misi. Aku dan Mara pun jarang bersama sewaktu menjalankan misi.." Hairan anak memegang dagunya kerana Mara yang selalu menjaga Boboiboy sewaktu dia menjalankan misi ataupun tidak menjalankan misi. Manakala Mara yang sedang mendukung Boboiboy yang tertidur dibahunya hanya mengangguk.
"Aku rasa disebabkan rambut sebahagian putih keterunan kau membuatkan mereka yakin bahawa Boboiboy ni anak kau..."
Mendengar teori Maskmana itu, mereka berdua memandang satu sama lain dengan riak wajah risau.
"Mechabot.. Mechanize ini.."
"Kenapa aku?"
"Ala.. jaga lah kejap Boboiboy, kesian.... Boboiboy"
"Haih... yelah.."
Setuju Mechabot yang bersimpati pada Boboiboy yang tidur lena dibahu Mara dan bertukar menjadi 'baby troler high tech'.
"Ha.. letaklah cepat.." arah Mechabot agar Mara meletakkan Boboiboy di badannya. Wajah Mecahbot mulai ceria apabila berat baby Boboiboy terasa pada badannya. Kalau boleh dia nak je gomoi Boboiboy yang tertidur itu.
"Jadi macam mana kita mahu menutup rambut putih dia?" Soal Mara kepada Maskmana dan suaminya sambil menarik kerusi disebelah Amato.
"Hm.... ha! Aku ada idea!" Kata Amato yang tiba - tiba sahaja berdiri dari kerusinya membuatkan Mara dan Maskmana memandangnya hairan.
•○●☆♡☆●○•
"Hihi hahaha" tawa si kecil Boboiboy yang sedang bermain susun block bersama Mechabot.
"Wow... cantiknya topi ni.. pandai orang tu buat" kagum Mara memegang topi yang ditempah Amato khas untuk anak mereka.
"Kan? Lambang topi pula saya minta dia jahitkan huruf B yang bergabung dengan emoji petir"
"Cantik.. saya suka!"
"Mari kita cuba dekat Boboiboy, Boboiboy..." panggil Amato sambil mendepa kedua belah tangannya yang menarik perhatian Boboiboy berjalan kearahnya.
"Ayah!!!" Terkedek kedek dia berlari memeluk hero hidupnya. Mechabot mendatar bercampur hampa ditinggalkan begitu sahaja lalu menerbang ke dapur mencari makanan yang boleh ia makan. Kalau ada biskut bayi pun dia boleh ngap je menangis Boboiboy tengok biskut dia habis ish ish ish..
"Upps! beratnya anak ayah ni.." kata Amato mengeletek perut Boboiboy sebaik sahaja menyambut anaknya yang dilambung rendah ke udara.
"Meshtilah Ayah... Boboiboy makan sayur banyak banyak telush jadi manly macam nie" terangnya menunjukkan otot lengannya kepada Amato walaupun sedikit otot pun tidak terlihat tapi kalau otot bayi tu nampaklah🤣
"Wow! Ayah pun nak makan sayur banyak banyak lah kalau macam tu!" Pujinya melayan kerenah anaknya yang tersangatlah comel itu.
"Hihihihi" senyumnya bangga di dukungan Amato.
"Memandangkan Boboiboy dah jadi manly! Ayah ada kejutan untuk Boboiboy!"
"Tejutan??!!" Riak wajahnya membinar binar mendengar kejutan itu di sebut Amato.
"Hahahah, Iye sayang.. kejutan.." geli hati Amato dibuatnya sambil membetulkan perkataan anaknya yang pelat itu. Dia mencuit hidung anaknya seketika sebelum mengambil topi tadi di tangan Mara
"Tada!~ anak ayah suka tak?" Amato menyarungkan topi itu di kepala Boboiboy. Namun serta merta mukanya tidak langsung kelihatan sama sekali. Boboiboy seakan terkaku sebentar sebelum mengangkat wajahnya yang dihadang topi yang di sarungkan agar ia dapat melihat ayahnya.
Amato tertawa melihat anaknya terkaku sebegitu sama juga Mara disebelahnya.
"Hahhaha kesian anak ibu ni... ha! Barulah nampak muka dia" Mara membalikkan posisi topi anaknya itu membuatkan Boboiboy tersenyum dan menghalakan kedua tangannya ke Mara menunjukkan ia mahu Mara pula yang mendukungnya.
"Tapi tak nampaklah tanda petir tu nanti?" Kata Amato memberikan Boboboiboy kepada Mara.
"Tak pe.. nanti saya sulamkan.. sekarang ni banyak awak masuk beg dalam kereta dulu.. ouh ye, songkok Boboiboy dekat atas almari tau.."
"Okay...." akur Amato dengan nada sedikit hampa kerana sulaman itu tidak kelihatan kecuali dibelakang.
"Apalah.. itu pun nak sedih ump..." perli Mechabot yang muncul disebelahnya membuatkan dia mendapatkan pukulan free seperti yang dia pernah kena dengan Amato dalam episode off key Mechamato tu.
Untuk makluman, bulan ni bulan puasa.. jadi diorang nak balik rumah tok aba kerana Author kaitkan gambar gambar yang dipos monsta k?
So..... author terpaksa membiarkan chapter ni 913 sahaja... jadi maaf ye.. for infomation, author balik asrama ahad ni (21/11/2021) jadi tiada update selama 2 minggu lebih ye..🥲
YOU ARE READING
Secret That I Keep (Short)
Fanfiction(Short Story) cerita ini adalah mengenai Boboiboy sebelum ke Pulau Rintis. kehidupannya amatlah sunyi dan sepi. Dirinya sentiasa berseorangan dirumah. Walaupun begitu dia sentiasa gembira dengan kehidupannya itu, ayahnya sangat sibuk bahkan tiada ma...