Bersambung..
"Mesti abah gembirakan dapat tengok cucu sulung dia buat pertama kali" kata Mara sambil memandang Amato yang sedang memandu.
"Mestilah, sejak Boboiboy lahir sampailah sekarang dia tak pernah jumpa.. kalau video call tu lain lah cerita" balas Amato mengukuhkan lagi pernyataan Mara itu. Mara menganguk setuju sambil memandang kebawah. Terasa serba salah pula dihatinya tetapi apakan daya,Amato terlalu sibuk menangkap robot robot jahat di angkasa lepas. Tiada masa untuk balik ke kampung, dan sekarang umur Boboiboy sudah beranjak 3 tahun dengan cuti yang diperoleh Amato, dapatlah mereka pulang beraya.
"Bu! Nak shu! Bu!! Bu!!" Rengek babyboy di tempat duduk bayinya iaitu mechabot. Bak kata Amato, jimat...
"Jimatlah sangat" mechabot menyampuk cerita author.
"Kejaplah sayang.. kita cari r&r dulu.." kata Mara menenangkan babyboy yang meraung itu. Sebenarnya dah bancuh dah sebelum bergerak, tapi time nak gerak tu dia habiskan dulu.. mana nak ada dah. Dekat bonueq lah alamatnya.
"Situ Abang.." kata Mara kepada Amato tatkala melihat papan tanda rnr iaitu tempat perhentian yang berada dihadapan mereka. Amato menganguk lalu menyerongkan setereng kereta itu ke kiri dimana anah panah papan tanda itu tunjukkan.
Setelah berhenti di tempat letak kereta Mara pun bergegas keluar dari kereta untuk mengambil si manja yang dipenuhi air mata dan hingus akibat menangis.
"Shhh... shh.. sian sayang ibu ni.." Mara memujuk.
Amato yang memahami peranannya pun membuka bonueq kereta dan membuat susu untuk Boboiboy sementara Mara menarik perhatian Boboiboy dengan bermain bersama bola lembut kegemaran Boboiboy.
Siap pakej botol susu ye(Gambar terkecil pulak)
"Nah susu untuk anak ayah yang manly nih!" Kata Amato membuat sedikit aksi kapal terbang lalu menyuakan pada mulut anaknya itu. Boboiboy yang teruja melihat botol susunya itu hanya terus membuka mulut tanpa memberikan sebarang riak bagi aksi kapal terbang Amato itu.
Amato tertawa cangung, anaknya itu langsung mengabaikan jenaka bayi yang dibuat olehnya. Mara juga turut menertawakan Amato, faham sangat dia dengan perangai suaminya itu.
"OI OI! aku nak pergi tandas ni... cepatlah keluarkan aku dari rekaan kau yang teruk ni.." jerit empunya suara robot yang sudah seperti anjing tersepit.
Amato mengintai bahagian belakang keretanya di mana Mechabot telah di set kan oleh Amato di dalam kuncian. Membuatkan dia gagal untuk keluarkan dirinya dari kerusi bayi rekaan khas Amato itu diperbuat daripada bahan kitar semula👀👍
"Robot mana pergi tandas!! Pandai - pandai je kau ni.. bertahun - tahun kau duduk dengan aku, tak pernah aku nampak kau pergi tandas atau keluar tandas.." Dia bercekak pegang melihat Mechabot yang masih tidak berputus asa untuk melepaskan diri.
YOU ARE READING
Secret That I Keep (Short)
Fanfic(Short Story) cerita ini adalah mengenai Boboiboy sebelum ke Pulau Rintis. kehidupannya amatlah sunyi dan sepi. Dirinya sentiasa berseorangan dirumah. Walaupun begitu dia sentiasa gembira dengan kehidupannya itu, ayahnya sangat sibuk bahkan tiada ma...