Bersambung
Di kedai Tok Aba
Langit sudah pun berwarna jingga menandakan waktu petang, Tok aba dan Mara sibuk mengemas segala peralatan dan pinggan mangkuk untuk menutup kedai. Manakala Amato pula sibuk bermain bersama Boboiboy dimeja kaunter.
"Boboiboy pandang kamera.." kata Amato ingin mendapat perhatian 'BabyBoy' itu bagi menangkap gambar bersama - sama. Bersama wajah yang comel dia pun memandang kamera Amato itu lalu dia cuba untuk meraihnya kerana dia mengangap bahawa telefon Amato itu adalah mainan baginya. Tanpa angin dan tolakkan sesiapa topinya pun tersenget ke tepi akibat dirinya hampir mendapat kemahuannya namun dia ditarik dan duduk kembali pada tempat asalnya.
(Tengok gambar dpn sekali ea)
Setelah Amato menekan butang kamera itu, dia pun melihat gambar yang ditangkap olehnya sama ada cantik ataupun tidak, dah memang menjadi tabiat manusia lepas tangkap gambar tengok gambar tu dulu baru simpan.
Tiba - tiba dia melihat sesuatu yang aneh pada gambarnya semasa dia mengimbas gambar tangkapannya. Apa lagi kalau bukan sebesi yang tak diundang.
"Mechabot! Kenapa kau kacau gambar aku dengan anak aku!" - Amato
"Lah.. hahahh tak salahkan..." tawa Mechabot menerbangkan lebih tinggi badannya dari posisi awal sambil berpeluk tubuh memejam mata.
Amato memandanya geram dan lalu mengeluh, lagipun gambar itu terlalu comel untuk dibuang kerana gambar itu ditangkap tepat ketika Boboiboy membuat muka comel + gebunya. Amato tersenyum sendirian mengingati semula gambar itu.
(Amato be like...)
"Ai... dah kenapa senyum sorang - sorang tu.." ujar Tok Aba bercekak pingang di sisi Amato. Amato yang tersedar dari lamunannya pun memandang Abahnya.
"Eh Abah... hehehe tak de apa - apalah.. Boboiboy comel sangat" terang Amato sambil membantu si kecilnya berdiri di atas meja itu untuk menghampiri Tok Aba lalu mengangkat kedua - dua belah tangan agar atoknya itu mendukungnya.
Tok Aba mendukung Boboiboy bersama senyuman lembutnya ketika melihat wajah Boboiboy yang mahu dukungan daripadanya. Benarlah kata anaknya itu Boboiboy tersangatlah comel dengan matanya bersinar seolah bintang - binatang yang berkelipan.
"Tengoklah cucu sape🌚" kata Tok Aba membuatkan Amato mengangkat sebelah keningnya memandang abahnya seolah - olah mahu memberi tahu bahawa abahnya patut mengatakan 'tengoklah anak siapa'.
"Abah, Mara dah selesai.. jom balik, Mara nak masak pula untuk berbuka nanti" kata Mara mengelap tangannya pada kain yang kering.
"Tak payah.. kita berbuka kat luar je.." - Tok aba
"Yey! Berbhuke kayt luar!!!!!" Sorak Boboiboy gembira.
"Eh, Boboiboy pun puasa juga ke.."
"Hihihihi meshtilah Tok Aba.. Boboiboy dah lama puashe"
"Hmmph.. bolehlah tu.."
"Hahahahhaha" tawa mereka semua.
•○●♡●○•
Ok scene yang ni author skip... sbb scene ni mcm iklan raya bbb yang ade amato besar tu jer..
Ha yang tu..
•○●♡●○•
Bermula lebaran bersalam salaman, berakhir lebaran berlambai lambaian. Itulah dia keadaan mereka sekeluarga sekarang sedang mengucapkan selamat tinggal kepada Tok Aba yang bakal kesunyian kembali. Namun kerana nasib, hajat tidak tercapai. Mereka harus pulang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka yang sudah termaktub di dalam kisah mereka sebagai Anggota terbesar Tapops.
Si kecil Boboiboy berkali - kali mengajak tok aba untuk balik ke kota hilir bersama mereka akan tetapi pelawaan itu digeleng perlahan oleh tok aba.
"Tak apalah.. banyak sangat kenangan kat sana.. takut teringat.." dia mengusap kepala cucunya yang tersembul di tingkap pemandu sambil berjengket diriba Amato yang memegangnya kuat agar tidak tersebam keluar kereta. Karang benjol pula, jadi laen..
"Ala... nak tok abah😔" kata si kecil itu membuat muka sedih.
Tok aba tersenyum segaris
"Tak apa, esok bila Boboiboy dah besar.. cuti sekolah nanti boboiboy datanglah rumah atok.." - Tok Aba
"Hmn!" - Boboiboy
"Baiklah abah.. kami gerak dulu.. assalammualaikum.." -Amato
"Waalaikumussalam.." balas Tok abah dan mereka terus bertolak pulang.
"Awak, lepas ni kita dah mula sibuk... boleh ke kita balik kampung tahun depan dan tahun yang akan datang?" Soal Mara sambil menepuk Boboiboy yang sudah hampir terlena selepas minum susu badannya.
Amato terdiam melihat jalan. Dia tahu yang mereka tidak dapat lagi balik ke Pulau rintis dalam masa yang singkat.
"Ala.. apa susah minta jelah cuti.." - Mechabot
"BANYAK CANTIK KAU!" jerkah mereka berdua kepada Mechabot membuatkan mechabot memutar bola matanya.
•○●♡●○•
Beberapa Tahun sudah berlalu, sekarang Boboiboy telah berusia 10 tahun. Dimana umum mengetahui bahawa sewaktu diumur itu dia akan ke Pulau rintis bagi meluangkan masa cuti panjangnya dan mendapat jam kuasa daripada Ochobot.
Kelihatan mara sedang sibuk mengemas beg BoBoiBoy untuk dibawanya ke Pulau rintis nanti. BoBoiBoy yang gembira untuk berjumpa dengan Tok abah berpusing pusing bersama Mechabot dengan memegang tangan sehingga mual power sphera itu dibuatnya.
"Yey Yey! Yey yey! Jumpa Tok abah!"
"Woi! Woi! Berhentilah!!" Pintanya namun diendahkan BoBoiBoy sehinggalah Amato menuruni tangga.
"Ayah! Ayah dan ibu tak ikut ke?" Soal BoBoiBoy membuatkan Mechabot berasa bersyukur dengan ketibaan Amato disitu.
"Tak, anak ayah.. ibu ayah ada Hal di tempat kerja"
"Ala..."
"Tak pe, lain kali kita balik sama - sama" kata Mara menceriakan BoBoiBoy lalu mengalaskan beg baju atau beg sekolah anaknya itu. BoBoiBoy memasukkan tangannya didalam beg itu sebelum dia berkata.
"Janji ye"
"Ye janji" ucap Mara dan Amato serentak sambil membuat janji jari kelingking bersama anaknya. Setelah itu, Boboiboy pun dihantar ke station kereta api bagi memulakan kehidupan biasanya menjadi sesuatu yang luar biasa. Ya, sudah semestinya jam kuasa yang bakal dimilikinya.
Bersambung....
Enjoy ;)
YOU ARE READING
Secret That I Keep (Short)
Fanfic(Short Story) cerita ini adalah mengenai Boboiboy sebelum ke Pulau Rintis. kehidupannya amatlah sunyi dan sepi. Dirinya sentiasa berseorangan dirumah. Walaupun begitu dia sentiasa gembira dengan kehidupannya itu, ayahnya sangat sibuk bahkan tiada ma...