Teaser Bab 2

355 15 3
                                    

Terus Naina menggigil seluruh badan mengenangkan air kolah yang sangat sejuk itu. Rumah uwan tak ada water heater. Air kolah dia, masya-Allah... sejuk dia macam berendam dalam ais! Sekali satu gayung dijirus atas kepala, beku terus otak beberapa minit! Kejang satu badan seperti terkena sawan!

“Kau kenapa, kak cik? Cepatlah! Uwan bising nanti lambat solat!” bebel Sara bila dilihatnya Naina masih terkebil-kebil memeluk diri sendiri di atas katil.

Naina menarik muka. Dia lantas bangun dan menggeliat sambil menguap kuat.

“Oi, elok sangatlah tu perangai anak dara menguap mengeliat macam tu!” tegur Sara. Perut Naina yang terdedah kerana dia mengeliat sehingga terangkat baju ke atas itu dicucuk dengan hujung jarinya.

“Gelilah gila!” bentak Naina. Rambut Sara ditarik geram.

Sara menampar-nampar lengan Naina tanda protes meminta agar rambutnya dilepaskan. Perempuan meroyan ni! Melampaulah!

“Lepaslah! Aku jerit nanti panggil uwan!” bentak Sara bila Naina semakin kuat menarik rambutnya.
Naina tidak peduli. Semakin kuat cengkamannya pada rambut Sara sambil lidahnya dijelirkan tanda mengejek.

“Uwan! Tengok kak cik ni!” jerit Sara kuat pada pagi subuh itu menggegarkan rumah milik nenek mereka.

Bulat mata Naina, tidak percaya yang Sara betul-betul menjerit memanggil uwan mereka.

“Syiuh diamlah!” Terketap-ketap gigi Naina meminta supaya Sara merendahkan suaranya. Kalau Uwan Milah mengamuk, habislah mereka. Lekas-lekas rambut Sara dilepaskan.
Sara mengelus rambutnya sambil menjeling tajam ke arah Naina.

“Kak cik! Sara!” Kedengaran suara memetir Uwan Milah dari arah dapur membuatkan Naina dan Sara terdiam. Kaku terus masing-masing tidak bergerak.

Naina lintang-pukang mencapai tualanya dan disangkutkan ke leher. Sara pula laju mencapai baju sekolah dan kelam-kabut dia bersiap. Kalau uwan sudah menjerit macam tu, maksudnya memang uwan sudah naik angin. Baik siap cepat!

“Aku dah cakap jangan jerit macam perempuan meroyan!”

“Kau tu pergi mandilah. Macam bau kerbau! Busuk!”

Masing-masing berlawan tangan memukul tetapi kali ini dilakukan dalam silent mode. Hanya tangan yang bergerak.

“Kak cik! Sara!”

Dia...  Cik Luar Biasa! ( Buku Terbitan 2022 ) Where stories live. Discover now