Bab 3 - Penuh -

262 20 1
                                    

"NAMA kau siapa?" soal Naina. Budak lelaki yang telah berjaya membuatkan punggungnya kebas malam tadi, dipandang lekat. Dekat sini jugak kita jumpa, kan? Taklah susah sangat pun nak tengok muka penyangak kau tu!

Tegang dan serius sahaja wajahnya. Langsung tidak dipedulikan Naina di sebelahnya.

Amboi! Siap bergendang lagi dia mengetuk-ngetuk meja. Pen pula diselitkan di telinganya. Sekali aku tahan kerusi kau yang terjongkang-jongket dari tadi, lumpuh kau satu badan sebab jatuh tergolek.

"Azad Hakeem! Stop bergendang. Fokus dekat apa yang saya ajar ni..." tegur Cikgu Mariam, garang.

Naina mengalihkan matanya ke arah Cikgu Mariam yang kemudiannya menyambung semula pengajarannya dalam subjek fizik itu sebelum pandangannya beralih kembali ke muka Azad. Berkerut-kerut kening Naina melihat muka selamba Azad yang langsung tidak hairan dengan teguran guru di depannya. Nak kata pekak, masuk kelas sains dan bukannya kelas peralihan!

"Apa hal pandang-pandang ha, Neyney?" soalnya keras. Kerusi yang dijongkang-jongketkan tadi berhenti. Tajam matanya menikam anak mata Naina bagai mahu ditelan sahaja Naina itu hidup-hidup.

"Apa? Neyney?" soal Naina agak pelik. Muka Azad dipandang meminta penjelasan.

"Kenapa? Ada masalah? Neyney?" Azad memprovokasi sambil tersenyum senget.

Puas Naina beristighfar dalam hati. Baru beberapa minit berjumpa, Naina sudah rasa hendak balik Kuala Lumpur semula sahaja. Bukan tidak tahan dibuli, tetapi takut-takut Naina jadi pembunuh pula di sini.

"Oh, tak ada apa masalah pun, Jajad." Selamba Naina menjawab. Buku dan bekas alat tulisnya diletakkan sedikit kasar di atas meja. Pandangan matanya dihalakan ke depan. Gatal biji matanya menatap muka bersegi Azad itu.

"Jajad?" Keras suaranya menyoal.


Naina ketawa sinis sebelum kepalanya menoleh ke sisi bahu. Muka mengejek ditayang sepuas hatinya.

"Kenapa? Ada masalah? Jajad?"

Azad mengecilkan matanya. Penumbuk digenggam geram. Kalau tidak memikirkan yang Naina ini perempuan dan guru yang sedari tadi membebel di depan, sudah diletupkan sahaja muka sinis Naina itu sekarang juga.

"Kau! Betina mereng! Jangan masuk meja aku ni!" bentak Azad. Buku dan bekas alat tulis Naina yang berada terlebih sikit sahaja di mejanya ditolak kasar ke meja Naina semula.

"Eh, siapa yang mereng sekarang ni? Macam budak tak cukup umur tak boleh lebih meja. Macamlah bapak dia yang beli meja ni." Bukunya direntap menjauhi meja Azad. Terjeling-jeling matanya. Hey, ada yang kena rebus buat asam ni nanti!

"Memang bapak aku yang beli. Kau lebih kawasan lagi, aku raba kau! Dahlah menyemak nak duduk sini! Gedik!" Sengaja sikunya dikepak-kepak seperti menghalau Naina.

Melopong mulut Naina. Eh, sekali aku hempuk jugak kau ni! Okey, sekarang aku isytiharkan mamat tak cukup akal ni musuh pertama aku dekat negeri istiadat ni! Full stop!






NAINA membuka bekas bekal warna merah jambu yang diberikan kepadanya oleh uwan pagi tadi. Nasi lemak lagi? Macam ini boleh gemuk berlemak-lemak. Kembang tekak Naina melihat nasi itu. Bukan sebab masakan uwan tidak sedap, tetapi disebabkan pagi tadi sebelum ke sekolah pun uwan paksa dia makan nasi lemak.

"Weh, tengok tu budak KL bawak bekal siot! Pink lagi tu!"

Membulat mata Naina mendengar suara lantang di belakangnya. Bekas bekal merah jambu di depannya dipandang. Sah-sahlah sindiran itu untuk Naina, kan? Sudahlah hatinya sedang panas kerana dipaksa membawa bekal ke sekolah, siapa pula yang berani nak menambahkan mood angin puting beliungnya ini?

Sara yang duduk di depan Naina dan sedang asyik mengunyah nasi lemak pantas mengangkat muka. Muka Naina yang mula kemerahan sambil bibir bawahnya sudah diketap-ketap membuatkan Sarah memejamkan mata. Apa lagi kali ini?

Naina menoleh ke arah belakangnya. Seorang budak lelaki yang sedang tersengih-sengih memandangnya, dipandang atas dan bawah. Naina bangkit berdiri menghadap manusia di depannya itu.

Oh my, ini mat rempit mana pulak berani bahan aku? Kulit hitam manis, badan kurus melidi, baju tidak dimasukkan kemas ke dalam seluar, rambut terpacak gaya Naruto. Dasar cicak kubing!

"Apa hal cik kak pandang aku? Tak puas hati?" soalnya dengan gaya lagak samseng.

"Ha lah, dia jealous pulak kita ada bekal. Kenapa? Mak tak pernah sediakan bekal, ya? Nak bekal kita? Boleh, ambillah. Make sure kau basuh bersih-bersih lepas makan ya, little boy!" sinis Naina memerli sambil kepala Afiq digosok-gosok persis budak kecil.

Afiq mengelak dan tangan Naina ditepis. Bertambah bengkak hatinya bila Naina ketawa mengejeknya. Pantang sungguh orang menyentuh rambutnya!

Naina tersenyum senget. Tahu pula terluka hati, ya? Baru dia mahu melangkah, hujung tudungnya ditarik membuatkan dia menghentikan terus langkahnya. Terpejam matanya menahan sabar.

"Let her go, Fiq!" tegur seseorang. Suara bak ketua yakuza, tegas dan garang. Serentak itu hujung tudung Naina dilepaskan.

Naina berpaling. Kecil sahaja matanya memandang seraut wajah selamba tiada perasaan itu berlalu melepasinya.

Azad tersenyum senget sambil tergeleng sedikit kepalanya melihat Naina yang seumpama mahu menelannya hidup-hidup. Entah apa masalah minah ni lagi?

"Weh, kak cik! Kau jangan cari pasal boleh tak dekat sini? Malulah," bebel Sara sedikit berbisik apabila Naina kembali mengambil tempat di depannya.

"Aku cari pasal? Kau tak nampak tadi si cicak kubing rempit tu yang cari pasal dulu? Memang taklah aku nak diam. Kau iyalah, lembik!" balas Naina selamba. Air sirap di dalam gelas disedut sekali gus sehingga habis.

"Dah memang perangai geng dia macam tu. Banyak yang kau tak perlu ambil peduli. Duduk diam-diam dan habiskan masa kau dua bulan ni untuk fokus belajar aje. Faham?" bebel Sara lagi. Agak bengang dengan perangai lepas laku Naina. Malu pun ada juga.

"Siapa ketua yakuza tu, Sara?" soal Naina ingin tahu. Bibirnya dijuihkan ke arah Azad yang duduk bersandar sambil merenung tajam ke arah Naina sejak tadi. Muka boleh tahan kacak tapi sayang, perangai tak selari dengan muka.

"Hahaha! Yakuza? Seriously babe? Beraninya kau!" sampuk Amira, rakan sekelas Sara. Amira sangat terkenal dengan gelaran stalker terbaik di sekolah itu. Semua cerita di sekolah itu ada di dalam poket baju kurungnya.

"Aku tak fahamlah. Apa yang korang semua takut sangat dengan Jajad tu? Cuba korang cerita sikit...?" soal Naina sedikit hairan. Dadanya didekatkan merapati meja makan kantin itu sambil terangkat-angkat keningnya ke arah Sara dan Amira.

"Siapa Jajad?" soal Sara dan Amira serentak.

Naina melepaskan berat nafasnya. Jari telunjuknya naik menuding ke arah Azad yang tidak lepas langsung daripada merenung ke arahnya. Terang-terangan menunjukkan yang mereka sedang bercakap mengenai Azad, membuatkan Amira dan Sara yang menoleh cepat-cepat memusingkan kembali kepala masing-masing. Gila Naina ni!

"Kau ni dah gilalah, Naina! Kau betul tak tahu siapa dia tu?" soal Amirah bersungguh-sungguh.

Naina mengangkat kedua-dua belah bahunya. Hujung penyedut minuman digigit-gigit sambil mata masih berani berlawan pandang dengan mata Azad. Dia tidak peduli siapa Azad, cuma yang dia ingin benar tahu, apa masalah Azad dengannya?

"Nama dia Azad Hakeem. Cuba kau jerit nama dia, confirm semua mata perempuan akan bagi pandangan maut dorang dekat kau dan yang lelaki pula akan pandang kau dengan pandangan 'oh, habislah kau'!" Laju sahaja bibir Amira bergerak-gerak memulakan sesi mengenalkan siapa Azad Hakeem kepada Naina.

Mata Naina beralih melirik ke arah muka Amira. Melengkung bibirnya tersenyum tanpa sebab namun segera sahaja suara Sara mematikan niatnya.

"Hah, kak cik! Jangan nak menggila. Aku report dekat uwan nanti," ugut Sara cepat-cepat. Cukup melihat raut wajah Naina, Sara sudah cukup cerdik mahu meneka apa yang ada di dalam hati sepupunya itu. Naina terlalu suka mencuba benda merepek-repek.

Naina mencebikkan bibirnya. Pipi kembali ditongkatkan di atas meja.

"Itu aje? Tak best pun."

"Taklah hebat mana. Cuma dia tu star dalam team bola sepak sekolah kita, best student dan jugak top list dalam bilik disiplin. Hebat ke hebat?" jawab Amira bersahaja.

Sara hanya menggeleng kepala. Bab bergosip bagi sahaja dekat Amira. Juara!

"Bab star dan nama dalam bilik disiplin tu aku okey aje... tak hairan mana, tapi best student? Biar betul? Macam mustahil bin ajaib aje!"

"Ya, best student. Sepatutnya kau lebih tahu. Dia satu kelas dengan kau." Kali ini Sara pula bersuara. Sejak tadi dia sekadar menjadi pendengar sahaja sebab sudah terlalu muak dengan topik Azad dan gengnya itu.

"Ingat aku hairan sangat ke?"

"Memang kau tak hairan, sebab perangai kau dengan dia sama aje." Laju sahaja Sara menyahut.

Amira menaikkan bebola matanya memandang Sara di sebelahnya.

"Apa maksud kau?"

"Kalau aku kata, aku akan challenge kedudukan Azad dalam sekolah ni dalam masa dua bulan ni, korang berani bet?" cabar Naina sambil tersenyum penuh muslihat.

Sara ketawa kecil melihat muka terpinga-pinga Amira. Sebelah tangannya menumpang di atas bahu Amira.

"Sekarang kau dah faham kenapa aku kata Naina ni sama aje dengan Azad?"


Dia...  Cik Luar Biasa! ( Buku Terbitan 2022 ) Where stories live. Discover now