.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.+Play "sampai jadi debu,by banda niesari"
•••
Hyunjin membuka satu sampul untuk dirinya.
*Flashback*
Felix mula mengambil satu pen juga sehelai kertas. Dengan badan yang semakin menyusut dari hari ke hari,Felix tetap gagahkan dirinya menulis coretan hatinya untuk keluarganya.
"Buat untuk kembar aku lah." Kata Felix lemah.
Hyunjin,
Hai?? Ni Felix. Hehe. Aku tulis surat ni,untuk kau,omma dan appa sekali. Mesti kau dah jumpa Yeonjun Hyung kan? Dia baik tau. Kau jangan kasar-kasar dengan dia. Hehe.
Aku nak cakap,kalau kau baca surat ni,aku dah pergi jauh. Pergi mana?? Bercutilah! Dengan omma aku. Kau dengan omma Lee kau jaga diri elok-elok. Kau tahu,walaupun kau selalu buli aku,aku tahu kau baik. Sebab manusia ada sisi baik dan jahat. Aku tak nak judge kau dari sisi jahat!
Aku cuma berharap kita boleh berbaik sebagai satu keluarga. Aku tahu,kau rindukan appa kau sebab tu kau manja dengan appa aku. Aku pun sama,Hyunjin. Rindu omma aku. Aku pun tak tahu kenapa dia kena pergi dulu. Sebab aku sayangkan dia sangat-sangat.
Sebenarnya,aku ada masuk hopital lepas beberapa hari appa balik. Yeonjun hyung lah yang tolong aku. Nasib baik! Kalau tak,mesti aku akan ikut omma aku. Hehe. Gurau jelah,aku takkan tinggalkan kau,omma Lee dan appa.
Aku sayang korang,tapi kenapa aku selalu dilayan macam sampah. Aku cuma nak rasa kasih sayang sebuah keluarga balik.
Hyunjin,aku sakit...sakit tahan rasa sakit ni...kalau boleh aku nak berhenti. Nak tidur. Tidur yang lama hehe.Tapi aku tak boleh. Aku kena bertahan.
Hyunjin mula menangis teruk. Selama ni dia tidak tahu bahawa saudaranya itu sedang sakit. Dengan semua hujatan,pukulan yang dia beri,baginya tidak akan memberi kesan apa-apa. Hyunjin salah. Dia sudah menyebabkan Felix mati.
Aku rindu omma aku,aku nak jumpa dia balik...boleh tak Hyunjin?? Kalau aku dah takde,jaga diri,jaga omma dan appa. Appa emosi dia berubah-rubah. Kau jaga hati dia ya? Buat yang terbaik. Lepas ni,aku dah takde untuk tolong kau buat kerja sekolah. Jadi kau kena usaha!
Minum air coklat untuk musim sejuk,buatkan appa kopi kesukaan dia nanti..appa cepat mengantuk. Bagi omma happy. Jangan bagi dia marah-marah. Tak baik.
Aku rasa,jari aku dah nak patah. Haha. Mungkin,ni ayat last aku untuk kau. Terima kasih hadir sebagai saudara aku,walau kau bagi pedih dalam hati aku lama.
Lee Felix.
Hyunjin mula memeluk erat surat itu. Dia menjerit meluahkan rasa amarah bercampur sedih.
"Felix,Lets End This. Moga kau bahagia sekarang. Walau tanpa aku." Kata Hyunjin.
•••
Tuan Lee mengambil sampul surat yang baru sahaja diberi oleh anak tirinya,Hyunjin. Katanya ni amanat terakhir Felix. Mata tuan Lee mula memerah.
Untuk appa kesayangan Felix,appa,sekarang appa mesti dah dapat surat ni kan? Hehe. Maksudnya,Felix dah takde kat dunia ni. Nak pergi jumpa omma. Appa jangan ikut...nanti siapa nak jaga omma Lee dan Hyunjin. Diaorang perlukan appa.
Appa,Felix selama appa duduk kat luar negara selama tiga tahun selepas appa khawin dengan Omma Lee, Felix asyik sakit je. Macam entahlah,Felix pun tak tahu nak cakap apa.
Appa. Felix sayang appa. Terima kasih jadi appa yang terbaik dalam hidup Felix. Felix lah hero appa. Walau appa asyik lebihkan Hyunjin sekarang.
Felix tak kisah. Sebab Felix tahu,Hyunjin tengah rindukan appa. Dia rindukan kasih sayang appa. Tak apa untuk Felix diabaikan.
Appa,Felix minta maaf Felix pergi dulu. Felix sakit,Felix penat. Felix nak jumpa omma. Mungkin omma pun rindu Felix.
Appa jaga diri? Jangan asyik kerja. Nanti mudah jatuh sakit. Kalau tak,Felix bagitahu omma! Hehe. Felix harap kita jadi satu keluarga yang bahagia macam orang lain.
Felix sayang appa. Appa jangan risau. Felix tak marahkan appa pun. Hehe. Rasanya,Felix dah penat. Penat untuk berpura-pura ketawa. Dah tiba masanya Felix pergi dulu. Kita jumpa nanti okay appa?
Felix anak appa.^^
Tuan Lee tak mampu membendung airmata nya. Dari semalam dia menangis macam pengecut kerana pemergian anaknya. Lee felix. Anak tunggalnya dengan isterinya yang tercinta.
"Maafkan appa,tak dapat jadi appa yang baik untuk kamu nak." Kata tuan Lee.
•••
Puan Lee hanya memandang sampul surat yang masih elok keadaannya tidak disentuhnya. Dia takut. Lagi-lagi apabila melihat mata anaknya sebam akibat selepas membaca surat dari mendiang anak tirinya itu.
"Omma? Omma tak baca lagi ke?" Tanya Hyunjin apabila dia masuk ke bilik ommanya untuk bertanyakan sesuatu.
"Tak nak omma baca surat dari anak pungut tu." Kata puan Lee kasar.
Hyunjin mengepalkan tangannya.
" Omma,omma takde rasa bersalah ke? Dengan pemergian Felix? Kita ni boleh dikira sebagai punca kematian dia tau!"
Plakk
Puan Lee bernafas kencang kerana merasa tertampar dengan ayat anaknya.
" Jaga mulut kamu,"kata Puan Lee.
" Okay,omma tak nak baca,Hyunjin yang akan baca."
Terus Hyunjin mengambil surat dan membukanya.
Omma?
Felix tak tahu nak tulis apa sebenarnya,sebab belum tentu omma nak baca. Felix harap,dengan pemergian Felix,omma bahagia .
Felix minta maaf selama ni,Felix susahkan omma. Felix berharap omma tak kisah pasal surat ni. Sebab omma tak pernah kisah pun pada kehadiran Felix kan? Sayang omma^^
Lee Felix anak omma.
" Tengok ni omma! Dia bagi satu perenggan je! Sebab dia tahu omma tak sudi dengan dia walau dah jadi debu."kata Hyunjin mula menangis.
Betapa putus asanya Lee Felix kalau berkaitan puan Lee.
Airmata puan Lee mula mengalir.
" Hyunjin takkan maafkan omma selagi omma tak melutut kat kubur dia."kata Hyunjin dingin lalu pergi meninggalkan puan Lee.
" Hwang Hyunjin!"
•tbc•
![](https://img.wattpad.com/cover/291312171-288-k755010.jpg)
YOU ARE READING
THE END. •LEE FELIX• [C]
FanfictionTHE END~ (start 12.11.21 end:13.11.21 just a sad short story that i made while down. •warning disclaimer• +angst +suicide attempt +Bullying +Harsh words -fanfic malay btw. ++if you enjoy, pls leave votemment<33 #1-angst #2-angst #1-yongbok @chrysyaa...