Zila terjaga dari tidur, jeritan kuat membuatnya terkejut. Terdengar suara menengking-nengking, apa lagi yg mereka nak agaknya. Terasa baru sahaja mata terlelap, belum sempat berehat pun.
"Bagaimana aku boleh berada disini?" fikir Zila. Zila mula mengelamun, teringat apa yang berlaku padanya.
Masih segar dalam ingatan, pada bulan April lalu apabila dia menerima sepucuk surat tawaran untuk melapor diri ke Pusasda. Tidak pernah dia menjangkakan dia akan menerima tawaran tersebut. Malah dia juga tidak pernah terfikir untuk menyertai tentera.
Semuanya bermula apabila sahabat baik Zila, iaitu Fatin menghantar mesej kepadanya.
"Zila, jom teman aku... aku nak try apply askar la!"
Ya, itu lah mesej yang dihantar Fatin.
Zila agak terkejut dengan mesej tersebut, tapi dengan spontan menjawap "Ok".
Ya, walapun tidak pernah terfikir untuk masuk tentera. Tapi Zila sangat minat dengan badan beruniform. Zila merupakan seorang gadis yang lasak, malah dia adalah perempuan yang sangat aktif.
Berbeza dengan kebanyakkan remaja perempuan yang sebaya dengan Zila, remaja lain lebih gemar untuk bersosial, dan menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Tetapi Zila jarang sekali dapat menyertai mereka kerana sibuk dengan latihan sukan di sekolah.
Namun, setelah tamat persekolahan dan peperiksaan SPM. Zila tidak lagi dapat menyertai sebarang aktiviti sukan kerana hanya duduk di rumah sambil membantu ibunya yang menjalankan perniaga secara kecil-kecilan.
Mungkin ini peluang Hana untuk kembali aktif. Sudah lama badannya tidak mengeluarkan peluh. Walaupun belum tahu bagaimana corak latihan tentera, namun Zila dapat membayangkan bagaimana agaknya anggota tentera perlu menjalani latihan fizikal, kerana perlu mengekalkan fitnes dan kecergasan.
"Nak join mcm mana, ada open ka?" tanya Zila kepada Fatin lagi.
"Kau isi online link yg aku bagi... kau punya SPM kredit kan, layak tuh" jawap Fatin.
Zila membuka pautan yang diberikan Fatin, selain dari mengisi semua maklumat dikehendaki sempat juga Hana membaca antara syarat-syarat yang diperlukan.
- Wanita bujang 18 tahun hingga 25 tahun
- Berat minima 45kg
- Tinggi 160cm
Sudah lama Zila tidak mengukur berat badan, tapi agaknya cukup syarat kerana sejak habis SPM beratnya sudah bertambah.
"Pelik jugak dia nak berat minima, patutnya letak la syarat jangan lebih berat" kata Zila dalam hati. Namun dia tidak mengambil endah tentang itu dan meneruskan permohonannya.
Ketinggian pula tidak menjadi masalah kerana Zila memang memiliki tubuh badan yang tegap dan tinggi.
Kawan-kawan pun selalu memuji badannya. Mereka menggelarnya "gadis sado". Walupun Zila agak malu-malu dengan pujian rakan-rakannya, namun jauh di sudut hati dia memang bangga memiliki tubuh badan yang tegap.
Zila bukan seperti perempuan lain yang mengimpikan badan ramping, atau mahukan kulit yang putih gebu. Dia lebih suka kelihatan tegap dan sihat, baginya tubuh badan seperti itu lebih seksi dan menarik perhatian.
"Kita jumpa esok, ada banyak benda nak bincang ni..." mesej Fatin.
"Haa tu la, nak tanya mcm2 gak ni.. esok dtg rumah aku" balas Zila.
Bersahabat sejak sekolah rendah, Zila dan Fatin memang sahabat akrab. Satu kampung tahu mereka kalau kemana-mana pun pasti berdua. Malah keluarga Zila dan keluarga Fatin juga agak rapat kerana rumah mereka tidak lah begitu jauh, boleh jalan kaki sahaja.
Fatin tidak membalas mesej tersebut, mungkin dah tidur agaknya fikir Zila. Jam pun sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Memang kebiasaannya bagi Zila tidur lewat sejak habis sekolah. Bangun pula lewat, kadang-kadang tengah hari baru bangun, itu pun setelah ibu mula bising dan membebel.
Zila mempunyai seorang adik perempuan yang masih bersekolah di tingkatan empat, dan seorang akak dan abang yang sudah bekerja namun masih menetap bersama-sama dengan ibunya. Kedua-duanya masih belum berkahwin.
YOU ARE READING
Koperal Azila
ActionMengisahkan pengalaman pahit manis seorang gadis yang memilih kerjaya sebagai seorang anggota tentera darat. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran namun beliau tetap tabah dan meneruskan cita-citanya, demi menyempurnakan impian seorang ayah. Kisah in...