3. Latihan Bersama

56 2 0
                                    


"16 minit 23 saat"

Itulah masa yang diambil Zila untuk menghabiskan larian sejauh 2.4km.

"Tak lepas ni wei... ko kena push lagi" tegah Fatin.

"Aku pancit dowh... lama tak lari" jawap Zila.

Ya, sejak habis persekolahan memang Zila sudah tidak lagi aktif. Sudah berbulan-bulan dia hanya duduk dirumah sahaja, sekali sekala membantu ibunya di kedai.

Zila sedar dia perlu berlatih dengan keras kerana sudah lama dia tidak berlari. Hari ini sahaja sudah tiga kali dia berlari 2.4km secara bergilir-gilir dengan Fatin. Fatin juga masih tidak dapat melepasi masa yang disyaratkan iaitu kurang dari 13 minit.

Hari ini adalah hari ke-5 mereka berlatih bersama-sama. Nasib baik juga berdekatan dengan kampung mereka ada taman permainan yang sesuai untuk mereka menjalani latihan.

Kebiasaannya mereka berlatih seawal jam 8.00 pagi sehingga lewat tengah hari. Oleh kerana Fatin lebih mempunyai pendedahan, semua jenis latihan ditentukan oleh Fatin. Antara latihan yang dilakukan termasuklah tekan tubi, sit up, dan larian.

Setelah penat dan jam juga sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Matahari mula memancar terik di atas kepala. Mereka akhirnya mengentikan latihan dan berteduh di bawah pokok.

"Kau dah beli ke baju?" tanya Fatin termengah-mengah.

"Belum lagi, aku takut la nak bagitau mak aku..." jawap Zila.

Kedua-dua mereka tersandar dan kelihatan amat penat. Peluh bercucuran dan membasahi baju jersi yang dipakai. Oleh kerana mereka berada di taman, terpaksa la mereka menahan panas dan masih mengenakan tudung.

Fatin mengajak pulang, mereka menaiki motor terus ke rumah Zila. Sudah menjadi kebiasaan selepas latihan mereka akan berehat sebentar di rumah Zila.

Ibarat cacing kepanasan, tertutup sahaja pintu bilik, kedua-dua remaja tersebut terus membuka tudung. Fatin juga terus membuka baju jersinya kerana terlalu panas. Kelihatan jelas badannya basah berkilat dengan peluh, tetapi masih dibaluti bra sukan dan berseluar track.

Zila tidak membuka bajunya. Memang Zila sedikit pemalu, walaupun dia adalah seorang atlet malah sama-sama dalam pasukan sekolah bersama Fatin. Dia jarang membuka baju di depan rakan-rakan kecuali disuruh jurulatih.

"Aku rasa nak mintak akak aku sponsor lah" Zila menyambung perbulan mereka yang terhenti tadi.

"Elok juga tu... aku rasa akak kau mesti support kau nak masuk askar!" jawap Fatin.

"Nanti aku cuba tanya lah" balas Zila.

Oleh kerana mereka berdua kepenatan, tidak banyak yang dibualkan. Masing-masing sekadar tersandar sambil bermain handphone masing-masing. Zila juga cuba memberitahu kakaknya mengenai hasratnya untuk menyertai tentera.

"Nanti akak transfer duit!"

Tersenyum lebar Zila membaca mesej tersebut. Laju benar kakaknya membalas mesej. Memang kakaknya banyak menolong Zila, kebanyakkan peralatan sekolah, buku, dan yuran sekolah juga sering dibayarkan oleh kakaknya.

Ini kerana pendapatan ibunya tidaklah seberapa, sekadar cukup untuk makan dan membeli keperluan asas sahaja. Beruntung Zila kerana mempunyai kakak yang bertanggungjawab.

Koperal AzilaWhere stories live. Discover now