" Azila.. Syafiqah.. Saya akan memilih salah seorang dari kamu berdua untuk mewakili tournament tae kwon do hujung bulan ini. Mulai minggu ini saya nak kamu berlatih kerana kamu perlu berlawan untuk saya memilih siapa wakil pasukan kita!" kata Sarjan Zahidah.
"Faham puan!" balas mereka berdua.
Sebenarnya Zila tidak pernah terfikir namanya disebut, berbeza dengan Syafiqah yang memang aktif dalam seni mempertahankan diri. Syafiqah sudah memilik tali pinggang merah kerana dia belajar tae kwon do sejak tingkatan 4 lagi. Namun bagi Zila, dia baru belajar asas sahaja dan masih tidak begitu cekap.
Mungkin kesungguhan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kadet ini membuatkan Sarjan Zahidah ingin memilih mereka.
Jam 10.30 malam setelah selesai kelas pembelajaran, semua kadet pulang ke dorm masing-masing. Dalam perjalanan pulang kelihatan Zila hanya mengelamun.
"Wei kau kenapa ni Zila?" tanya Fatin.
"Aku risau la, sarjan suruh aku lawan tae kwon do dengan Fiqah. Mati la aku!" jawap Zila.
"Jangan risau la, ada masa lagi sempat training. Kau kan kuat!" jawap Fatin cuba meyakinkan sahabatnya itu.
Zila hanya diam. Sebenarnya dia tidak mempunyai keyakinan untuk berlawan. Walaupun semua kadet sudah mempelajari tae kwon do setiap minggu, mereka semua sekadar belajar teknik-teknik tendangan dan menjalani sparring ringan sesama mereka sahaja. Namun kali ini perlu mengadapi perlawanan sebenar. Tiada lagi pukulan atau tendang olok-olok, dia perlu bersedia untuk menyerang dan diserang secara sebenar.
Lebih merisaukan Zila ialah lawannya Fiqah yang sudah berpengalaman. She is real fighter. Fiqah pernah menyertai beberapa pertandingan tae kwon do. Malah Fiqah pernah bertumbuk di kem kerana bergaduh dengan kadet lain.
...
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.
Jam 12.00 tengah hari seluruh pasukan berkumpul di dalam dewan untuk menyaksikan perlawanan diantara Zila dan Fiqah. Perlawanan kali ini juga turut disaksikan kadet lelaki.
Zila dan Fiqah yang lengkap memakai baju seragam tentera celoreng berada di penjuru masing-masing. Zila lebih kelihatan gementar, berbanding Fiqah yang nampak lebih yakin.
Sarjan Zahidah memanggil kedua-dua kadet untuk ke tengah gelanggang.
"Fight!" arah Sarjan Zahidah.
Dusshhh! Tanpa berlengah, satu sepakan hinggap di pipi Zila. Begitu cepat Fiqah menyerang, mujur sahaja sepakan itu tidak begitu kuat. Zila yang dalam keadaan tidak bersedia tersentak, memegang pipinya yang kesakitan.
Terkejut dengan jeritan sahabatnya itu, Zila mengatur serangan. Dia cuba menyasarkan tendangannya ke kaki Fiqah, namun dengan mudah Fiqah mengelak.
Zila kemudian memberi satu tumbukkan dari arah depan, namun Fiqah dengan mudah menepis dan menangkap tangan Zila. Tangan zila ditarik kedepan menyebabkan ruang perutnya terdedah. Dengan mudah Fiqah menumbuk perut Zila beberapa kali.
"Urghhh" Zila menahan senak.
Belum sempat Zila membuat apa-apa, satu hentakkan lutut padu ditujukan ke perutnya sehingga Zila terjatuh merengkok kesakitan.
"Hah bangun la perempuan! Jangan lembik sangat" kata Fiqah mengejek-ngejek lawannya.
Zila yang kesakitan menguatkan diri untuk bangun, tangannya memegang perut yang masih senak.
Fiqah melihat lawannya dalam keadaan lemah, terus mengatur serangan. Fiqah berlari kedepan dan cuba melayangkan satu tumbukkan di dada Zila, tapi dengan secara tiba-tiba Zila dapat mengelak menyebabkan Fiqah jatuh tersungkur di hadapan Zila.
Zila yang melihat peluang, terus memberi sepakkan padu kearah Fiqah yang baru hendak bangun. "Dusshhhh" begitu kuat bunyi sepakkan kasut but askar mengenai buah dada Fiqah.
Fiqah mengerang kesakitan. Tidak terperi sakit buah dadanya akibat di sepak menggunakan kasut but askar. Tangannya memegang buah dada yang senak tanpa memperdulikan penonton yang sedang melihat.
Sarjan Zahidah yang melihat Fiqah meraung kesakitan menghentikan perlawanan. Kemenangan diberikan kepada Zila dengan keputusan TKO.
Penonton yang ada di dewan memberi sorakkan kepada Zila yang seolah-oleh tidak percaya memenangi perlawanan ini. Fatin yang berada ditepi gelanggang terus berlari masuk dan memeluk Zila.
"Tahniah beb! Aku dah cakap kau boleh..." kata Fatin. Zila hanya tersenyum, namun di sudut hatinya dia rasa bersalah kerana mencederakan lawannya.
Zila menghampiri Fiqah yang masih terbaring kesakitan, cuba untuk membantu dan meminta maaf. Namun dengan pantas ditepis oleh Fiqah. Fiqah memang betul-betul tidak berpuas hati. Bermula saat inilah Fiqah berdendam dengan Zila dan tercetusnya persengketaan antara dua calon perajurit muda ini.
YOU ARE READING
Koperal Azila
ActionMengisahkan pengalaman pahit manis seorang gadis yang memilih kerjaya sebagai seorang anggota tentera darat. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran namun beliau tetap tabah dan meneruskan cita-citanya, demi menyempurnakan impian seorang ayah. Kisah in...