"Assalamualaikum!!!" jerit Fatin. Namun tiada jawapan.
"Zilaaaa, wei buka pintu la panas ni"
Fatin mula mengintai ke dalam rumah. "Selipar ada, motor ada, mana minah ni".
Tak lama kemudian pintu terbuka. Zila yang hanya memakai tshirt putih dan seluar track tersengih di depan pintu.
"Sori2, aku kat tandas tadi haha" jawap Zila.
"Ceit.. punya lama. Berpeluh aku tunggu.. dah la panas terik ni" rungut Fatin.
"Ala baru sikit tu.. kata nak jadi askar! esok kena jemur rentung lagi teruk hahaha" Zila berseloroh.
Mereka berdua masuk ke rumah dan terus ke bilik Zila. Memang kebiasaan mereka berdua lepak di dalam bilik sahaja, malah ibu Zila sudah biasa dengan perangai mereka berdua.
Rumah kayu beratap zink waktu tengah hari memang panas. Suasana rumah kampung seperti itu sudah menjadi kebiasaan bagi Zila dan Fatin kerana mereka sama-sama membesar dalam suasana kampung.
"Kau nak bukak baju bukak lah.. mcm tak biasa pulak!" kata Zila yang melihat Fatin mengibas-ngibas baju kurungnya kepanasan.
"Apasal kau pakai baju kurung ni, kau gi mana tadi?" tanya Zila lagi.
"Aku ikut ayah aku gi kenduri tadi, balik tadi terus jalan kaki gi rumah kau" jawap Fatin.
Memang kebiasaan Fatin hanya berjalan kaki kerana jarak rumah tidaklah begitu jauh. Namun memandangkan cuaca panas kerana baru jam 2.00 petang membuatkan dia berpeluh-peluh. Lebih-lebih lagi dia masih mengenakan baju kurung yang dipakainya ketika menghadiri kenduri tadi.
Fatin membuka tudung hitamnya. Jelas kelihatan lehernya berpeluh. Fatin juga adalah perempuan aktif seperti Zila, malah mereka sama-sama dalam pasukan bola jaring dan bola baling di sekolah. Jadi tidak menghairan jika tubuh badannya kuat berpeluh.
"Fuuh basah baju kurung kau haha..." tegur Zila bila melihat baju kurung Fatin yang bewarna coklat cerah mula basah dan melekat pada badannya akibat peluh.
"Hahaha mestilah.. aku kan sihat. Nanti masuk askar kawan aku cakap kena kawad pakai baju kurung sampai lencun lagi teruk tau..." jawap Fatin sambil membuka baju kurungnya namun masih mengenakan kain kurungnya.
"Eh takkan la kena pakai baju kurung pulak..." tanya Zila sambil menjeling Fatin yang hanya mengenakan bra hitam dan berkain kurung.
Memang Zila tidak pernah mengetahui bagaimana latihan tentera, berbeza dengan Fatin kerana kakak beliau merupakan seorang anggota tentera. Fatin lebih banyak terdedah dengan pengetahuan berkaitan kententeraan kerana sering melawat kakaknya di kem, selain kakaknya sendiri yang selalu berkongsi pengalaman dengannya.
Menurut Fatin, kadang-kadang anggota tentera wanita perlu mengenakan baju kurung terutamanya ketika menghadiri majlis atau aktiviti tertentu.
Perjumpaan kali ini juga untuk membincangkan persediaan mereka untuk menghadiri temuduga. Fatin berkongsi tentang apa yang mereka perlu bawa, bagaimana jenis pakaian yang perlu dipakai, apakah corak latihan yang perlu dilakukan, dan juga jenis-jenis ujian fizikal yang akan dilalui mereka.
Setelah hampir satu jam berbual, Fatin terpaksa pulang kerana perlu mengikuti ayahnya ke pekan untuk membeli barang keperluan.
"Nanti kita berlatih sama2 ok, mulai minggu depan! Jangan mengelat pula." pesan Fatin tegas.
Fatin terus mengenakan semula baju kurung dan tudungnya. Dia terus bergegas pulang kerana sudah terlewat.
Zila mula termenung panjang memikirkan semula semua yang dibincangkan. "Susah juga rupanya nak masuk askar ni" fikir beliau.
Bukan lah jenis ujian mahupun latihan yang difikirkan, namun apa yang merunsingkan Zila ialah bagaimana dia hendak meminta ibunya untuk membeli barang-barang dan pakaian yang diperlukan untuk temuduga.
Sejak ayahnya meninggal, ibunya bekerja keras untuk menanggung keluarga. Zila tidak mahu membebankan ibunya.
Baju kurung putih, kain hitam, tshirt putih, seluar track hitam, kasut sukan dan pelbagai lagi perlu disediakan. Walaupun Zila mempunyai banyak pakaian sukan kerana dia merupakan atlet sekolah, namun hampir semuanya sudah tidak muat, malah kasutnya juga sudah koyak.
Bra sukan yang digunakan waktu menjadi pasukan bola jaring dan bola baling sekolah juga sudah ketat, malah sudah mula reput. Memang kebiasaannya bra sukan tidak bertahan lama kerana setiap hari bermandi peluh ketika latihan.
YOU ARE READING
Koperal Azila
ActionMengisahkan pengalaman pahit manis seorang gadis yang memilih kerjaya sebagai seorang anggota tentera darat. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran namun beliau tetap tabah dan meneruskan cita-citanya, demi menyempurnakan impian seorang ayah. Kisah in...