BAB 61 : Apa salah aku?

615 23 3
                                    

"Okay tak ibu dengan Khalis tu. Kamal jenguk jap". Kata kamal.

Kamal terus berdiri dan berjalan ke arah pintu. Wajah kamal juga terkejut apabila melihat wajah wanita tersebut.

"Papaaa". Panggil kamal.

"Kenapa kamal?". Tanya Dato' Romzi.

Kamal tidak menjawab soalan Dato' Romzi membuatkan Dato' Romzi tidak dapat duduk dengan tenang. Dato' Romzi terus berjalan ke arah kamal. Harris juga mengekori dari belakang.

Wajah Dato' Romzi berubah menjadi tegang apabila melihat wajah bekas isterinya. Dato' Romzi membuka pintu pagar automatinya.

"Rissa, Khalis. Biar dia masuk. Kamu berdua mari sini". Kata Dato' Romzi.

Mendengar arahan dari Dato' Romzi, Puan Arissa dan Khalis terus berjalan ke arah Dato' Romzi.

Linda pula dengan pantas masuk ke dalam keretanya lalu memandu masuk keretanya ke dalam. Linda park keretanya di sebelah kereta Harris.

Linda keluar dari keretanya dengan riak wajah tegangnya sambil memandang ke arah Dato' Romzi.

"Lama tak jumpa you Romzi. You sihat?". Tanya linda sambil memberikan jelingan kepada Puan Arissa.

"Just straight to the point laa linda. You nak apa datang sini?". Balas Dato' Romzi dengan suara tegasnya.

"Okay fine. Qirah mana? I nak jumpa dia sekarang". Kata Linda.

Harris memandang ke arah linda dengan perasaan marahnya. Dalam hati Harris, dia tidak mahu Qirah berjumpa dengan mamanya kerana Harri risau perkara buruk akan berlaku.

"You nak buat apa cari Qirah? Nak sakitkan dia lagi. You tak payah kacau Qirah. Jangan hancurkan kehidupan dia lagi". Balas Dato' Romzi.

"Eh. You lupa ke? I ni still mama dia. I ada hak dengan Qirah. Mana you sorok Qirah??.." Balas Linda

"Qirahhhhh.. mama datang ni.. Qirahhh". Jerit linda lagi sambil cuba untuk masuk ke dalam rumah.

Puan Arissa menahan tindakan Linda.

"You, jangan sentuh I." Marah linda.

Qirah yang baru keluar dari dari tandas terdengar suara mamanya memanggil namanya.

"Mama?". Kata Qirah.

Qirah terus berjalan laju menuju ke ruang tamu. Qirah ternampak Harris bersama yang lain sedang berdiri di depan pintu. Qirah berjalan perlahan ke arah mereka.

"Linda, you pergi balik sekarang. Jangan nak buat kecoh dekat sini. You jangan ingat I tak tahu niat you datang sini.

"You sajer nak mempergunakan Qirah lagi kan?  You ingat I akan bagi you jumpa Qirah". Marah Dato' Romzi.

"You nak buat apa Romzi? Qirah kalau dia nampak muka I, confirm dia nak ikut I. " jawab Linda.

"Qirah tu sayang gila dekat I. You cakap dekat I sekarang, apa you boleh buat?".

"I will told her everything. Perangai jalang you. Sekarang ni I nak you berambus dari sini". Bentak Dato' Romzi.

Linda mencebik sambil mempamerkan senyuman sinisnya.

"So, you nak bagitahu Qirah. You, ingat Qirah percaya dengan you? Di mata Qirah you ni seorang ayah yang rosakkan kebahagian dia."

"Qirah ingatkan you curang dengan I di sebabkan janda anak dua ni. You fikir kalau you cakap I yang curang, Qirah akan percaya ke Romzi?".

Dato' Romzi diam seribu bahasa kerana Dato' Romzi tahu apa yang di cakapkan oleh Linda itu benar.

"Kenapa you diam?". Kata linda.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now